Iklan

Isnin, 16 Mac 2015

Novel: Rock, Then The Stars Fall & Bowl Full With Cherries

Hello!!!

Masa cuti hari tu, selain jalan-jalan masa aku juga banyak dihabiskan dengan membaca. Banyak juga buku yang aku download dan masukkan dalam iPod aku. So hari ni just nak kongsi pasal buku-buku yang aku baca. Aku pilih tiga buku dulu. Nanti panjang pulak post ni. 


Rock by Anyta Sunday (2014)

Buku ni mengisahkan seorang remaja lelaki, Cooper yang mana ibu dan bapanya telah bercerai kerana bapanya jatuh cinta kepada wanita lain. Kemudian bapanya telah berkahwin dengan wanita itu. Ia telah menjejaskan hubungan Cooper dengan ayahnya. Setelah lama tidak berjumpa dengan ayahnya, ibunya menasihati Cooper untuk memaafkan ayahnya dan meluangkan masa pada hujung minggu di rumah ayahnya. 

Cooper bersetuju untuk menghabiskan masa bersama ayahnya dan isteri baru ayahnya, Lila. Lila mempunyai seorang anak lelaki yang tua setahun dari Cooper iaitu Jace. Cooper mula cemburu apabila melihat ayahnya yang rapat dengan Jace. Namun hubungan mereka yang buruk mula bertukar menjadi baik apabila Jace yang mengetahui minat Cooper terhadap pelbagai jenis batu, telah menghadiahkan koleksi batu yang belum dijumpai oleh Cooper. Hubungan mereka menjadi rapat sehinggakan Cooper telah jatuh cinta kepada abang tirinya itu. 

Sedikit review daripada aku. Cerita ni sangat perlahan tetapi sangat menarik. Perlahan kat sini bukannya boring tetapi plot buku ini yang menceritakan hubungan di antara Cooper dan Jace semenjak dari zaman mereka remaja, ke universiti sehinggalah dewasa. Setiap chapter buku ini diberi nama jenis batu. So banyak jugalah jenis batu yang aku pelajari dari buku ini. Huhu. Overall aku suka buku ni. 

Rating: 



Then The Stars Fall by Brandon Witt (2014)

Aku suka sangat dengan cover buku ni. Tenang je cover dia. Mengisahkan Travis yang telah empat tahun kematian isterinya. Dia mempunyai tiga orang anaknya dan seekor anjing. Pada suatu hari anjingnya telah sakit. Travis yang panik dan bimbang akan kehilangan anjing seperti kehilangan isterinya telah membawa anjing ini ke klinik haiwan. Namun doktor haiwan yang dicarinya tiada. Yang ada hanya seorang doktor baru bernama Wesley. 

Travis yang agak skeptikal pada mulanya membenarkan Wesley merawat anjingnya. Buat pertama kalinya, setelah kematian isterinya, Travis berasa sesuatu dalam dirinya. Travis merupakan seorang lelaki biseksual sebelum dia berkahwin dengan isterinya. 

Buku ni sangat best. Hubungan antara Travis dan Wesley bergerak perlahan tetapi masih boleh difahami. Travis masih lagi tidak boleh melupakan isterinya dan Wesley pula baru putus cinta dengan boyfriendnya. Selain watak utama, ada juga watak-watak lain yang best macam anak-anak Travis dan juga adik Travis yang sangat memahami, Wendy. Overall, definitely a good read for me. 

Rating: 



Bowl Full of Cherries by Raine O'Tierney (2014)

Okay cover novel ni memang buruk, But never judge a book by its cover. Novel ni mengisahkan Crowley yang mempunyai banyak masalah dalam hidupnya. Ibunya tidak dapat menerima yang dia adalah gay dan juga Crowley sendiri mempunyai masalah keyakinan diri terutama melibatkan berat badannya. Perayaan krismas bakal tiba dan Crowley bercadang untuk menghabiskan krismasnya di dalam bilik di kolejnya sahaja. Namun kawan baiknya dan juga teman sebilik, Tyler memaksa Crowley untuk mengikutnya balik ke rumah keluarga Tyler. Crowley bersetuju. 

Di sana buat pertama kalinya, Crowley bertemu dengan Averell, kembar kepada Tyler. Averell yang menjangkakan kawan baik kepada Tyler akan bersikap seperti Tyler yang perfectionist sedikit terkejut apabila melihat Crowley yang pemalu dan nerdy. Crowley banyak menghabiskan masa bersama Averell di sana. Hubungan mereka mula menjadi rapat. Ini membuatkan Tyler tidak senang kerana dia bimbang Averell akan melukakan hati kawan baiknya yang agak rapuh.

I really like this book. Cover tu langsung tak sesuai dengan jalan cerita dalam buku ini. Cerita ni mostly berkisarkan pada Krismas. Watak utama dalam buku ni sangat menarik. Crowley merupakan seorang lelaki yang kerap dibuli semasa kerana berat badannya. Dan ini telah menjejaskan keyakinan dirinya. Walaupun dia sudah tidak mempunyai masalah berat badan dia masih lagi bimbang dan tidak yakin. Averell pula lebih free-spirit. Tidak pernah peduli akan pendapat orang lain. Walaupun keluarganya terutama Tyler bimbang akan masa depannya, dia tidak menghiraukan pendapat mereka kerana baginya hidup dia adalah miliknya. 

Banyak sangat babak-babak cute antara Averell dan Crowley. Averell banyak mengajar Crowley tentang keyakinan diri dan Crowley juga mengajar Averell untuk lebih serius dalam hidupnya. Aku suka juga dengan watak Tyler, kembar Averell yang straight. Dia sangat bimbang akan kawan baiknya. Jalan cerita yang simple dan tak meleret. Very light and romantik. I love it. 

Rating: 

That's it. Antara 3 novel yang aku baru baca. Kalau ada sapa-sapa yang nak, boleh email aku. Aku cuma ada epub version. Boleh baca pakai application iBooks.  

Bye..

4 ulasan:

  1. hyep.. shin nak boleh??

    budak_shinchan@hotmail.com

    BalasPadam
  2. Nak jgk...

    zulkarnain.nano@gmail.com

    BalasPadam
  3. hardcopy for all nk cari mne ek?? penat google

    BalasPadam
  4. Nak boleh

    zac_effon13@yahoo.com

    BalasPadam