Iklan

Rabu, 11 Mac 2015

Holiday

Hello!!!

Finally kembali dari bercuti. Aku ambik cuti selama 3 minggu. Dah lama aku tak luangkan masa bersama family. Last sekali balik Kelantan adalah masa Aidilfitri bulan 8, so that's why aku ambik cuti lama. Penat sangat dengan kerja yang makin bertambah. Ada kelas yang aku tak pernah mengajar pun, terpaksa ambil jugak sebab kekurangan cikgu. Nasiblah kerja kat tempat swasta. Mujurlah cuti aku diluluskan. 

Enough pasal kerja. Nak cerita pasal apa yang aku buat masa cuti hari tu. Memang banyak berjalan sangat masa cuti. Sekali sekala dapat jumpa family. Masa balik hari tu, sempatlah juga singgah bandar Kuala Krai. Bandar masih lumpuh lagi. Debu dan habuk pun masih banyak. Sedih jugak tgk kawasan tu. 

Agenda utama masa percutian kali ni adalah tenangkan fikiran. So aku bersama ibu dan adik-adik aku yang lain pergi stay di resort. Plannya nak cari resort kat Kelantan je lah. Tapi pantai-pantai yang ada kat Kelantan ni macam dah tak sesuai je untuk mandi. Entah macam mana adik aku suggest satu resort di Terengganu iaitu di Bukit Keluang. Aku memang tak pernah tahu pasal tempat ni, so lepas tanya dan tempah bilik yang ada, kami sekeluarga pun bertolak ke sana. 

Agak dekat juga dengan Kelantan. Rasanya kat daerah Besut kot. Aku ni bukan pakar sangat kalau bab-bab tempat ni. Memang best sangat kat sana. Pantai dia agak scary jugaklah tapi masih boleh mandi. Kami stay kat sana dalam 3 hari. Masa aku memang diluangkan bersama family betul-betul. No laptop, no internet. Sangat-sangat tenang. 

Buat pertama kalinya jugak aku telah menjejakkan kaki di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor. Walaupun aku ni orang Kelantan, aku tak pernah pergi kat tempat yang terkenal sebagai kawasan membeli belah ni. Bila family aku tahu yang aku tak pernah pergi sini terus dia orang buat plan nak bawa aku dan 'sembelih' aku. Berpinar jugaklah mata aku tengok harga barang-barang sini. Walaupun banyak benda rasa macam nak beli, aku tahan jugak nafsu aku tu. Beratus jugak kot habis beli jersi TRW, seluar, coklat dan beberapa lagi benda lain. 

Aku jugak ada ronda-ronda bandar Kota Bharu. Rindu sangat dengan bandar Kota Bharu ni. Dari umur aku 13 tahun sampailah 19 tahun, aku bersekolah di Kota Bharu. So kalau weekend je mesti kena naik bas untuk balik rumah family di Kuala Krai. So, aku decide nak pergi bandar KB sorang-sorang dengan naik bas. Lama dah tak naik bas. Time dulu-dulu tiket nak pergi KB dalam RM3.50 je. Sekarang dah hampir RM 7 dah. 

Selepas ronda-ronda bandar KB, aku decide nak pergi lepak di KB Mall. Aku still ingat lagi, KB Mall ni dibuka pada tahun 2004. Masa tu aku dekat nak STPM. Bila stress je mesti nak pergi KB Mall. Walaupun masa tu kat KB Mall ni apalah yang ada sangat. Dari Kompleks Sekolah2 tu aku berjalan kaki je pergi KB Mall. So berbalik pada zaman sekarang, aku tak sure ada bas ke tak nak pergi KB Mall dan teksi pulak takde so aku decide nak jalan kaki. Rasanya macam dekat jer masa aku jalan kaki zaman sekolah dulu. Rupa-rupanya hampeh. Berpeluh habis aku. Mungkin aku dah tua kot... Dulu relax je..

KB Mall sekarang memang dah jauh beza. Aku sendiri pun dah tak ingat bila last sekali aku pergi kat sini. Aku duk berpusing-pusing je kat situ. Tempat favorite aku semestinya Popular. Walaupun kat Sunway ni pun dah ada Popular, tapi perasaan berada di Popular KB Mall ni lain sikit. Hehe. Banyak lah juga buku yang aku beli walaupun aku boleh je beli buku ni kat Sunway Pyramid. Saje nak feeling sikit. 

Dari pagi sampai petang aku berada kat bandar KB. Tiba-tiba aku rasa macam nak makan satay perut. Biasanya aku suka beli benda ni kat satu tempat di kawasan Flat Buluh Kubu. Dia macam pasar malam tapi ada setiap malam. Aku tak sure apa nama dia tapi aku panggil tempat ni Pade Bas aka Padang Bas. Lepas check in hotel, aku pun pergi lah kat tempat ni. Tapi entah kenapa takde banyak gerai macam dulu. Dulu rasa macam meriah sangat. Ada tempat lain ke? Terkejut jugak aku tengok sikit je gerai. Mujurlah apa yang aku nak makan tu ada. So aku borong akok dan sate perut yang aku duk mengidam sangat tu. Balik hotel, makan-makan dan terus tidur kerana penat sangat. Maklumlah aku rajin sangat berjalan untuk ke KB Mall.

Esok pagi, aku pergi melawat sekolah lama. Tak masuk pun. Aku pun tak sure cikgu yang mengajar aku dulu ada ke tak. So aku lepak-lepak je kat padang sekolah sambil mengimbau kenangan lalu. Cewah.. Memang aku feel sangat masa ni. After that, aku pergi pula Pasar Siti Khadijah. Yang ni memang urusan nenek dan mak aku yang kirim banyak benda pelik-pelik. Antaranya serunding daging dan macam-macam lagi lah. Sampai sesat aku kat dalam pasar tu. Mujurlah ada Abe hensem tunjuk jalan ke arah tangga. Thank you, abe. Nanti nak dtg lagi lah. Aku dah siap lukis peta macam mana untuk ke kedai Abe hensem ni kalau aku ke Pasar Siti Khadijah lagi. 

So percutian aku kali ni agak menyeronokkan. Sekarang kena kerja balik. Hari pertama masuk kelas, longlai je kaki aku melangkah. Siap cakap Kelantan lagi dengan anak murid. Semua macam blur-blur, apalah cikgu dia ni merepek. Bulan 5 ni aku plan nak balik Kelantan lagi. Dan aku pun dah plan nak ronda-ronda bandar KB macam ni lagi. Ada tak nak join aku? Nanti kita pergi stalk abe hensem yang selamatkan aku dari sesat di Pasar Siti Khadijah tu ya.. Huhu. 

P/S: Novel belum siap lagi. Huhu lama dah.. Sorry ya. Sekarang ni nak sambung balik tulis. And to those yang minta novel epub kat email, kejap lagi aku buka email aku ya.

Okay, bye-bye!!!

6 ulasan: