Iklan

Khamis, 18 Jun 2015

Novel: William & The F Words by Anyta Sunday

Hello!!!

Hari ni aku extra rajin sikit, so dapatlah buat satu lagi post. Kali ni nak novel review pulak. Ramai sangat yang duk minta novel so kalau sapa-sapa nak novel yang aku akan review ni, email je lah. 

Kedua-dua novel ni merupakan hasil karya Anyta Sunday. Aku pernah baca novel dia sebelum ni iaitu Rock dan aku suka sangat novel tu. So aku try cari novel dia lagi, jumpalah dua buah novel ni. 

William


William mengisahkan seorang lelaki bernama Will aka William yang berhijrah dari US ke New Zealand untuk melanjutkan pelajarannya di peringkat Master. Di sana dia telah menyewa sebuah bilik di sebuah rumah yang didiami oleh seorang wanita dan anak lelakinya. Wanita itu melayan Will dengan baik tetapi anak lelaki perempuan itu, Heath berkelakuan seolah-olah tidak menyukai kehadiran Will di dalam rumah ini. Hubungan mereka yang dingin tidak bertahan lama kerana mereka saling tertarik di antara satu sama lain. 

Aku suka sangat novel ni. Banyak babak-babak cute antara mereka berdua. Terutama sekali dengan Will yang penakut dengan anjing milik Heath. Dan Heath pula gemar menyakat Will. Ada sebab mengapa Heath cuba menjauhkan diri dari Will. I really like this novel. 

Rating: 


The F Words


The F Words pula ada kaitan dengan novel William tadi. Mengisahkan kawan baik kepada Heath iaitu Rory, seorang lelaki yang tidak dapat menerima kenyataa yang dia adalah gay. Rory ni bersikap homophobic sikit. Masa dalam novel pertama, dia agak sukar untuk menerima hubungan antara Heath dan Will. 

Setelah dua tahun tidak bertemu, Rory secara tidak sengaja kembali terserempak dengan Eric. Eric ni merupakan kawan baik kepada Will. Rory dan Eric pernah bercium semasa di kolej, tetapi Rory kemudiannya telah mengherdik dan menghina Eric. Eric yang baru sahaja berpindah ke bandar baru untuk memulakan hidup baru setelah kematian satu-satunya ahli keluarganya iaitu datuknya, telah menolong Rory yang rosak motornya di tepi jalan raya. Eric berpura-pura tidak mengenali Rory namun Rory masih lagi dengan sikap lamanya yang ego. 

Kisah Rory dan Eric pun menarik jugak. Bermula sebagai musuh, Eric lama kelamaan mula memahami mengapa Rory bersikap sedemikian. Rory pula mula bersikap terbuka dan jatuh hati dengan Eric. Cerita yang ringkas dan mudah difahami. Another good novel from Anyta. 

Rating: 

3 ulasan:

  1. menyepi lama nmpak?gi mana demo?

    BalasPadam
  2. Masih menanti story irham...

    BalasPadam
  3. salam, nak tanya, novel2 ni, boleh dapat kat Malaysia ke? or kena order dari overseas. tq

    -A.A-

    BalasPadam