Iklan

Khamis, 18 Jun 2015

Murid Nakal

Hello!!!

Lamanya aku tak menulis. Nak kata busy sangat takdelah. Cuma kadang-kadang tu tak sempat nak duduk dan habiskan masa untuk menaip. 

Hari ni first day puasa. Entah kenapa aku lembik sangat hari ni. Dalam kelas nak mengajar pun tak larat. Murid-murid pula bukan main aktif. Confuse aku puasa ke tak. Naik angin jugaklah aku tadi. Adalah tertinggikan suara. Semua terus senyap. 

Honestly aku bukanlah cikgu yang garang. Jarang sangat aku marah students aku. Kecuali kalau yang betul-betul nakal jer. Mengajar tempat swasta pula cabarannya memang besar. Murid-murid ni ego dia lagi tinggi dan 'ramahnya' dengan cikgu-cikgu pun bukan main lagi. Macam kawan. Well aku tak kisah pun, asalkan jangan melampaui batas dah lah. 

Sepanjang 4 tahun aku mengajar kat tempat kerja aku ni, tak pernah lagi lah aku berhadapan dengan murid yang betul-betul nakal sampai dah boleh cop sebagai biadap. Setakat bising-bising dalam kelas tu biasa lah. Teknik aku senang je. Kalau nak bercakap, aku akan diam. So dia orang pun pandai-pandailah diam selepas tu. Aku bukan jenis suka merotan dan membebel. Buat bazir tenaga jer. 

Tetapi mulai dari hujung tahun lepas juga, aku telah diberi cabaran yang paling kental. Kanak-kanak berumur 4 dan 5 tahun. Bila guru yang bertugas untuk handle kelas ni berhenti, aku ditawarkan untuk tugas ni. Mula-mula aku tak nak tapi bila dengar kenaikan gaji, aku terus tewas dengan godaan daripada guru besar. Huhu. 

Dengan konfiden, aku masuk ke kelas. Hanya tuhan yang tahu betapa letihnya melayan kerenah budak-budak kecil ni. Walaupun kelas aku dengan mereka hanya ada 3 kali seminggu tapi penatnya.. Grr. Ada sekali tu aku memang tak boleh tahan, aku bawa bulu ayam masuk. Then aku pukul meja terus semua senyap. 

So, sejak kebelakangan aku memang menghargai sangat kaum ibu yang terpaksa berhadapan 24 jam dengan kerenah anak mereka. Aku yang baru sikit pun dah mengeluh panjang, apatah lagi ibu-ibu yang terpaksa melayan anak mereka sepanjang masa. So hargailah ibu anda. 

Selamat berpuasa. Dek penat sangat aku boleh tertidur semasa tunggu buka puasa. Sedar-sedar dah hampir lapan malam. Tragis. 

Bye...

Erk.. Aku check email penuh dengan permintaan untuk sambung Strange Love. Sabar ya.. Jangan bimbang. Aku pasti akan sambung. 

Untuk novel-novel baru pula, nanti aku akan emailkan. Ada banyak jugaklah novel yang aku dah baca, dan memang aku suka sangat. So nanti aku share ya. 

1 ulasan: