Iklan

Jumaat, 10 Julai 2015

Persiapan Raya

Salam semua,

Seminggu lagi nak raya. Macam mana dengan persiapan raya korang? Raya tahun ni rasa ada semangat sikit. Bukan apa tahun lepas merupakan raya pertama tanpa ayah aku. Jadi sambutan pun ala kadar sahaja. 

Aku masih lagi di Selangor. Dalam otak ni duk asyik fikir pasal kampung jer. Paling penting juadah-juadah yang ada di Kelantan. Mak aku pula masih lagi belum siapkan apa. Dia memang saja tunggu anak sulung dia balik. Buat kerja ramai-ramai lagi best. 

Dalam keluarga aku, kami biasanya diberi tugas masing-masing setiap kali nak raya. Adik-adik aku dikerah untuk pasang langsir, cuci siling, dan beberapa tugas lagi lah. Tapi kat sini aku hanya nak berkongsi tugas aku sebelum tiba Hari Raya Aidilfitri. Boleh kata ni je lah tugas aku setiap kali raya. 


Pasang sarung kusyen 

Pasang sarung kusyen ni agak mengjengkelkan juga. Terutama kalau kusyen jenis keras. Ringan je mulut nak mengeluarkan kata-kata nista di bulan puasa. Tapi itulah antara tugas utama aku. Terpaksa. Kat rumah aku pula, bukan main banyak kusyen. So, aku lebih suka buat benda ni lepas berbuka. Kalau tak membazir je pahala puasa aku. 


Popia mini

Ni satu lagi tugas utama. Balut dan gulung popia mini. Agak remeh juga. Nak buat macam mana, aku tak ada adik beradik perempuan. So aku lah yang jadi mangsa. Dari sekolah rendah lagi, mak aku dah paksa aku untuk buat benda remeh ni. Ambil masa jugaklah nak buat popia mini ni. Tapi bila makan, kejap je habis. Tugas ni aku biasa buat di hadapan tv. 


Buat kek

Yang ni aku suka. Sebab ramai yang menghargai kek coklat yang aku buat. Biasanya malam raya, ni tugas aku. Mak aku akan busy dengan juadah utama, aku pula akan buat kek. Kami biasanya tak buat biskut. Beli kat luar sahaja. Tapi kek, memang aku selalu buat. Semuanya sebab aku pernah belajar pastri kat universiti dulu. Uncle dan Aunty aku pula memang ramai. So siapa yang lewat dan kek sudah pun habis mesti akan kerah aku untuk buat semula kek. Tapi aku tak kisah sebab buat kek ni senang je.


Seterika baju adik beradik. 

Ni pun buat malam raya. Macam aku cakap, mak aku memang akan sibuk. So aku je lah harapan untuk tolong dia. Adik-adik lelaki aku semua dah lesap dah kalau malam raya. Aku pernah duduk di asrama. Jadi benda ni dah biasa. So biasanya aku ditugaskan untuk seterika baju Melayu. Mak aku akan seterika sendiri baju kurung dia, sebab dia cakap aku tak pandai iron baju kurung. 


Siapkan balang biskut.

Aku suka tugas ni. Sambil susun biskut, sambil tu juga aku masukkan dalam mulut aku. Aku memang hantu biskut. Kalau pergi mana-mana, memang biskut lah yang aku terjah dulu. Paling aku suka? Mama Carries (or Carey?) dan juga Almond London. 


Itulah antara tugas utama aku. Tahun ni juga kami akan menyambut raya dengan orang baru. Isteri adik aku telah bersalin pada bulan empat yang lalu so aku adalah seorang Pak Long sekarang. So persiapan baju raya banyak tertumpu pada nephew aku tu. Aku sendiri pun berpeluang untuk menghabiskan duit dengan membeli baju-baju raya budak gemuk tu. 

Okaylah. Aku nak sambung pack baju. Nanti share lah juga persiapan raya korang. 

Bye

Khamis, 9 Julai 2015

TV Series: Love Sick The Series (Season 2)

Hello!!!


Sekarang ni aku tengah busy 'menelaah' siri tv Love Sick. Musim pertama siri tv popular Thai ini ditayangkan pada tahun lepas. Suka sangat dengan siri tv ni sebab banyak sangat babak-babak yang sweet di antara dua watak utama Phun & Noh. Seingat aku musim pertama hanya ada 13 episod tapi untuk musim ni dah sampai episod yang ke 20. Tak pasti lah pula aku ada berapa episod semuanya. So hari ni aku just nak kongsi sedikit ringkasan tentang watak-watak utama untuk musim ini.

Phun & Noh




Rasanya penamat musim lepas, Phun & Noh bersetuju hanya untuk menjadi sahabat. Tetapi tak kekal lama pun sebab mereka berdua saling menyukai di antara satu sama lain. Mereka juga mula berani menunjukkan perasaan masing-masing. Babak kegemaran aku adalah bila Noh memberitahu Phun yang Phun adalah satu-satunya lelaki yang disukainya. And then, Phun pula menjerit memberitahu Noh yang dia juga sukakan Noh walaupun di situ ada ramai pelajar lelaki lain. Kelakar sangat babak tu. 


Earn



Earn pula masih menaruh hati dengan Noh. Pelbagai cara yang dilakukan Earn untuk menarik hati Noh. Kesian juga dengan Earn. 


Ohm & Mick





Ohm ni merupakan kawan baik kepada Noh. Rasanya pelakon lain yang bawa watak Ohm pada musim lepas. Tapi aku tak kisah sebab Ohm yang ni lagi best. Aku memang tak expect pun yang watak Ohm akan suka pada pelajar lelaki juga. Pelajar lelaki yang menjadi perhatian Ohm ialah Mick. Sangat comel Mick ni. Aku tak sure pula kalau watak Mick ni ada kat musim pertama. Mick adalah pelajar junior yang baru saja menyertai kelab muzik. So, Ohm banyak membantu Mick. Cute sangat mereka berdua ni. 


Per & Win



Per merupakan ahli kelab muzik juga. Dan Win pula merupakan kawan baik dan juga jiran kepada Per. Per banyak membantu Win sehingga Win jatuh cinta kepada Per. Tetapi bila Per mendapat tahu yang Win sukakannya, hubungan mereka menjadi renggang. 


Yuri & Aim


Yuri pula masih lagi obses dengan Noh. Masih tak faham-faham lagi yang antara dia dengan Noh tak ada sparks langsung. Tapi aku suka dengan watak Yuri ni. Naif sangat. Baik pula tu. Aim pula, dah mula curang dengan Noh. Dan dia dah mula syak dan curiga dengan hubungan antara Phun dan Noh. Dia mula plan untuk menjejaskan hubungan antara Phun dan Noh. 


Jeed & Khom


Watak Jeed ni mengelirukan aku sikit. Kadang-kadang aku kesian dengan dia, then aku benci pula. Khom pula tak ada sangat watak dia dalam musim ni. Cuma kadang-kadang je terserempak dengan Jeed. Hubungan mereka masih lagi belum pulih tambahan pula Jeed sekarang menjalinkan hubungan dengan Neung, seteru utama Khom dalam kelab renang. 

Kalau nak tengok, boleh check website Kudalakorn. Dailymotion streaming dan ada English subtitles. 

Rabu, 8 Julai 2015

Strange Love - Part 9

Bab 9

Bunyi telefon yang berdering menyedarkan Afizi dari tidur. Afizi mencapai telefon yang ada di tepi katil. Jam sudah menunjukkan pukul 7.00 pagi. Biasanya pada waktu inilah Afizi akan bangun untuk bersiap ke rumah Irham. Tangan Irham masih merangkul pinggangnya. Dengkuran kecil yang kedengaran membuatkan Afizi tersenyum. Mata Irham masih lagi terpejam rapat. Afizi meneliti setiap inci wajah Irham. Tidak pernah terfikir yang dia dan Irham akan menjadi serapat ini. 

Tiba-tiba mata Irham terbuka. Dia sedikit terkejut melihat Afizi yang sedang memerhatikannya. Fikiran Irham melayang kembali kepada peristiwa malam tadi. Melihat Afizi yang bertarung dengan peragut itu membuatkan hatinya berdebar-debar. Dia sangat marah. Bukan sahaja kepada peragut itu, tetapi juga kepada dirinya sendiri yang tidak dapat melindungi Afizi. 

"Selamat pagi." Afizi tersenyum melihat telatah Irham.

"Awalnya. Baru pukul tujuh..." Irham menggeliatkan tubuhnya yang keletihan. 

"Mana ada awal sangat. Matahari dah keluar tu. Nak makan apa?" tanya Afizi. 

"Tak payah masaklah. Order McDonald's je," balas Irham. 

"Okay." Afizi mengambil kembali telefonnya untuk memesan sarapan. Seperti biasa, dia akan memesan dua set 'Big Breakfast' untuk dirinya dan Irham.

"Dah order. Bangunlah. Nak kemas katil pulak ni. Nanti bos saya yang garang tu marah," usik Afizi. 

"Tak nak! Nak cuddling." Irham menarik tangan Afizi untuk naik semula ke atas katil. 

"Aduh.. Sakit tangan.." Luka semalam masih lagi terasa. 

"Eh, sorry. Aku tak sengaja." Irham melihat lengan Afizi yang luka. 

"Lain kali jangan buat macam tu lagi. Aku tak kisah pasal beg tu pun. Nyawa kau lagi penting." Irham memeluk Afizi dari belakang. Afizi berasa sungguh tenang.  

"Terima kasih kerana ambil berat." Afizi memegang tangan Irham yang merangkul pinggangnya. 

"Terima kasih mana cukup. Kenalah cium sikit." Irham mula mencium leher Afizi. 

"Eh.. Gelilah.. Jangan..." Afizi cuba untuk melepaskan diri tetapi gagal. 

"Aku takkan lepaskan kau," bisik Irham perlahan. 

xxx

Telefon Afizi berbunyi. Dengan segera, Afizi meletakkan bekas minuman McDonald's dan terus menuju ke arah sinki untuk membasuh tangannya yang agak comot dengan sos. 

Belum sempat dia kembali ke meja makan, Irham sudah mengangkat panggilan daripada ibunya. 

"Hello,"

"Hello! Along sibuk ke? Umi nak cakap ni?"

"Ni Irham, Umi. Kejap saya bagi telefon kepada Afizi," Irham tersenyum ke arah Afizi. 

Afizi mengambil telefon daripada Irham. 

"Hello Umi." 

"Along, bos Along ke tadi? Umi tak ganggu Along buat kerja ke?" Agak bimbang kedengaran suara ibunya.

"Takdelah, Umi. Along baru siapkan sarapan untuk dia. Kenapa Umi?"

"McDonald's je, Umi. Kesian saya..." Irham menyampuk sambil tersengih. 

"Semalam, Ila tak balik rumah. Pukul 6 pagi baru sampai. Umi tanya dia pergi mana, dia cakap tidur rumah kawan. Tapi Umi nampak budak lelaki yang biasa tu hantar dia pagi tadi. Bimbang Umi."

Afizi terdiam seketika. 

"Takpe Umi jangan bimbang. Nanti Along cakap dengan dia. Kita dah tak boleh berlembut sangat dengan dia," balas Afizi. 

"Okay, Along. Umi tak nak ganggu Along. Petang nanti Along balik kan?"

"Ya, Along balik."

"Okay. Jangan bagi bos Along tu makan McDonald's sangat. Tak elok. Tak sihat untuk badan."

"Okay Umi. Bye Umi. Jumpa malam nanti."

Afizi meletakkan telefonnya kembali ke atas meja. 

"Kenapa"? Dari tadi lagi Irham tidak sabar untuk bertanya kepada Afizi mengapa reaksi muka Afizi berubah. 

"Takde apa. Adik sayalah. Selalu buat masalah sekarang. So Umi bimbang. Kalau Umi yang bagi nasihat, memang tak masuk dalam telinga adik saya pun."

"Oh, so kau kena marah dia lah. Nak tengok macam mana kau marah. Mesti comel kan?" Irham tersenyum nakal. 

"Ha.. Ni saya nak marah ni. Kenapa Encik cakap McDonald's tadi. Tak pasal-pasal kena sound dengan Umi. 

"Hehe... Padan muka. Okay kemas ni. Nanti join aku kat sofa. Nak bermesra sikit," usik Irham.

"Tak nak. Boikot." Afizi menjeling tajam sambil mula mengemas plastik-plastik yang ada di atas meja. 

"Potong gaji..." Irham tergelak. 

Afizi hanya tersenyum. 

"Okay... Saya kalah.."

xxx

Afizi membelok kereta ke arah rumahnya. Tangan yang masih lagi berbalut masih terasa pedihnya. Dalam fikirannya, memikirkan pelbagai alasan untuk diberitahu ibunya. 

Belum sempat Afizi terfikirkan alasan yang kukuh, dia melihat seorang lelaki di hadapan pintu pagar rumahnya. Lelaki itu mengalihkan motornya untuk memberi laluan kepada Afizi. 

Sebaik sahaja meletakkan kereta, Afizi keluar dan berjalan menuju ke arah lelaki itu. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalam. Lelaki itu hanya tersenyum. 

"Bang.. Baru balik kerja?" tanya lelaki itu dengan sopan. 

"Ya. Baru balik. Tunggu Ila ke?" 

"Ya. Nak keluar makan malam. Boleh ke bang?"

 Walaupun dari luaran lelaki ini nampak agak rugged, terutama dengan rambut perangnya, tetapi perilakunya agak sopan. 

"Boleh. Tapi abang cuma nak beritahu, kalau boleh hantar Ila sebelum 12 malam. Bukan apa, tak manis kalau dilihat orang. Abang tak kisah pun awak nak berkawan dengan Ila. Cuma kena tahu batasannya lah." Agak lembut nasihat daripada Afizi. 

"Ya bang. Saya janji akan hantar Ila awal." 

"Nama apa ni. Lupa pula abang nak tanya." Afizi baru tersedar yang dia masih lagi belum tahu akan nama kekasih adiknya. 

"Alex..."

"Along, bila sampai. Ila nak keluar ni.." Terdengar suara Ila dari belakang. Ila mencium tangan Afizi seperti biasa.

"Baru je sampai. Balik awal ya. Kesian Umi bimbangkan Ila. Umi kan tak sihat sangat," tegur Afizi.

"Okay Along, Ila balik awal. Ila janji. Ila pergi dulu ya." 

"Pergi dulu ya bang," sahut Alex pula. 

"Okay. Hati-hati.." Afizi melihat adiknya berlalu pergi bersama teman lelakinya. 

xxx

  "Kenapa ni?" tegur Irham. 

Lamunan Afizi terhenti seketika. Peristiwa semalam masih lagi membelenggu fikirannya. Terutama Umi yang begitu bimbang akan anak perempuannya. Mujurlah semalam Asilah mengotakan janjinya dan balik sebelum lewat malam.

"Takde apa. Letih je sikit," Afizi kembali memandang kaca televisyen yang ada di hadapan.

"Tidurlah dulu. Kita lunch lewat takpe. Abang tak lapar sangat," ujar Irham. 

"Hah apa? Abang?" Mata Afizi yang sudah hampir layu kembali segar. Dia mula ketawa. 

"Jangan nak mengejek. Salah ke kalau aku nak bermanja dengan kau?"

"Kelakarlah. Geli pun ada." Afizi menjelirkan lidahnya kepada Irham. 

"Oh geli ya. Mari aku nak geletek." Irham bergerak ke arah Afizi dan mula 'menyerang' Afizi. 

Afizi mula tergelak. Dia memang seorang yang agak penggeli apabila bahagian badannya mula disentuh apatah lagi digeletek oleh orang lain. 

"Dahlah.. Nak terkencing dah ni.. Sorry.... Abang."

Irham berhenti. Sedikit tersentak dengan perkataan 'Abang'. Hatinya berasa sesuatu. Buat pertama kalinya, dia merasai cinta dan sayang. 

Irham kembali membetulkan posisinya sambil dibantu oleh Afizi. Afizi meletakkan kepalanya di bahu Irham. 

"Semalam, saya jumpa boyfriend adik saya."

"Macam mana? Okay tak dia? Jangan nak terpikat dengan dia sudah."

"Ish.. Takdelah. Bukan taste saya pun. Dengan rambut perang. Nama pun Alex. Taste saya muka Melayu kampung jah." Afizi tersenyum.

"Oh, jadi muka aku muka kampunglah?" Irham membuat reaksi geram.

"Aik. Tadi nak ber'abang' sangat. Kejap je romantiknya." 

"Alamak, Abang lupa. Sorry sayang." Irham mencium pipi Afizi. 

Afizi tergelak kecil. 

"Wait.. Alex tu naik super bike Yamaha ke?" tanya Irham secara tiba-tiba. 

"Tak sure pulak jenama apa. Tapi memang super bike lah. Kenal ke?" tanya Afizi kembali.

 "Warna biru?"

"Ya.. Warna biru. Kenal ke?" 

"Kenal sangat. Kami panggil dia Alex Karat. Sebab rambut dia selalu jer warna karat. Dia dulu masuk kelab motor sekali dengan aku. Budak tu okay. Tapi tak pandai sangat pilih kawan. Masa depan cerah. Boleh challenge aku lah kalau lumba motor. Tapi tu lah. Masalah disiplin. Selalu datang training lewat. So pengurus kelab, Abang Joe terpaksa buang dia. Sayang.."

"Habis tu dia buat apa sekarang?" tanya Afizi lagi.

"Entahlah. Dengar kata, kerja bengkel motor."

"Budak tu macam mana? Okay ke? Baik ke? Bimbanglah..."

"Teruk juga budak tu. Perempuan keliling pinggang. Lima orang dah mengandung dek penangan dia," tambah Irham.

Reaksi muka Afizi berubah. Bagaimana kalau Asilah menerima nasib yang sama dengan gadis-gadis itu. 

Irham tergelak. 

"Budak tu okaylah. Aku gurau jer. Nanti aku call dia. Bagi warning. Kalau dia mainkan adik kau, aku cepuk dia." Irham masih lagi tertawa.

"Ish.. Orang tengah bimbang ni, nak buat lawak pula." Afizi sedikit bengang. 

"Sorry sayang.." Dengan segera Irham memeluk Afizi. 

"Eh.. lepaslah.. Panas ni." 

"Maaf tak?" 

"Ya.. maaf." 

Irham melepaskan pelukannya. Tanpa sengaja Afizi menyepak kaki Irham. Reaksi muka Irham berubah.

"Kenapa ni?" tanya Afizi.

"Aku dapat rasa..."

Irham tersenyum.

xxx

To be continued
F.I

Huhu.. Lama sangat rest. Kini SL kembali. Aku janji akan lebih rajin lagi menulis. 

Bye.

Abam?

Hello!!!

Aku sekarang ni tengah menghitung hari nak balik kampung. Nak puasa kat sana dan nak pergi bazar Ramadhan kat sana. Bazar Ramadhan kat sini, kurang menarik hati aku sikit. Kat Kelantan lagi best. Yang paling aku tak sabar nak 'baham' ialah Akok. Setakat ni aku tak merasa akok lagi. Mengidam lah jugak. 

Aku baru je habis selesai mark paper budak-budak exam pertengahan tahun. Mcm-mcm kerenah jawapan. Tapi ada satu benda yang agak mengejutkan aku. Kewujudan perkataan 'Abam' dalam kertas jawapan!!!

Bukan seorang yang guna perkataan ni, tapi hampir sepuluh orang. Dia orang ni berpakat ke apa nak? Aku sebelum ni tak kisah pun perkataan Abam ni. Mungkin orang yang guna perkataan ni rasa lebih manja dan cute. Up to them lah. Tapi sampai dah influence kat budak-budak sekolah, agak membimbangkan jugaklah. 

Time nak bagi balik kertas jawapan, aku sindir pelajar-pelajar yang guna perkataan Abam ni. Aku tanya dia orang apa maksud Abam ni? Mostly pelajar perempuanlah. Lepas tu, aku suruh sapa yang tulis dalam exam tu untuk buat pembetulan ayat yang dia orang salah tu sebanyak 100 kali. Ambik kau!! Nak berAbam sangat. Kalau Abam lagi tak tahulah aku. 

Kat sini ada ke Abam?