Iklan

Rabu, 8 Julai 2015

Strange Love - Part 9

Bab 9

Bunyi telefon yang berdering menyedarkan Afizi dari tidur. Afizi mencapai telefon yang ada di tepi katil. Jam sudah menunjukkan pukul 7.00 pagi. Biasanya pada waktu inilah Afizi akan bangun untuk bersiap ke rumah Irham. Tangan Irham masih merangkul pinggangnya. Dengkuran kecil yang kedengaran membuatkan Afizi tersenyum. Mata Irham masih lagi terpejam rapat. Afizi meneliti setiap inci wajah Irham. Tidak pernah terfikir yang dia dan Irham akan menjadi serapat ini. 

Tiba-tiba mata Irham terbuka. Dia sedikit terkejut melihat Afizi yang sedang memerhatikannya. Fikiran Irham melayang kembali kepada peristiwa malam tadi. Melihat Afizi yang bertarung dengan peragut itu membuatkan hatinya berdebar-debar. Dia sangat marah. Bukan sahaja kepada peragut itu, tetapi juga kepada dirinya sendiri yang tidak dapat melindungi Afizi. 

"Selamat pagi." Afizi tersenyum melihat telatah Irham.

"Awalnya. Baru pukul tujuh..." Irham menggeliatkan tubuhnya yang keletihan. 

"Mana ada awal sangat. Matahari dah keluar tu. Nak makan apa?" tanya Afizi. 

"Tak payah masaklah. Order McDonald's je," balas Irham. 

"Okay." Afizi mengambil kembali telefonnya untuk memesan sarapan. Seperti biasa, dia akan memesan dua set 'Big Breakfast' untuk dirinya dan Irham.

"Dah order. Bangunlah. Nak kemas katil pulak ni. Nanti bos saya yang garang tu marah," usik Afizi. 

"Tak nak! Nak cuddling." Irham menarik tangan Afizi untuk naik semula ke atas katil. 

"Aduh.. Sakit tangan.." Luka semalam masih lagi terasa. 

"Eh, sorry. Aku tak sengaja." Irham melihat lengan Afizi yang luka. 

"Lain kali jangan buat macam tu lagi. Aku tak kisah pasal beg tu pun. Nyawa kau lagi penting." Irham memeluk Afizi dari belakang. Afizi berasa sungguh tenang.  

"Terima kasih kerana ambil berat." Afizi memegang tangan Irham yang merangkul pinggangnya. 

"Terima kasih mana cukup. Kenalah cium sikit." Irham mula mencium leher Afizi. 

"Eh.. Gelilah.. Jangan..." Afizi cuba untuk melepaskan diri tetapi gagal. 

"Aku takkan lepaskan kau," bisik Irham perlahan. 

xxx

Telefon Afizi berbunyi. Dengan segera, Afizi meletakkan bekas minuman McDonald's dan terus menuju ke arah sinki untuk membasuh tangannya yang agak comot dengan sos. 

Belum sempat dia kembali ke meja makan, Irham sudah mengangkat panggilan daripada ibunya. 

"Hello,"

"Hello! Along sibuk ke? Umi nak cakap ni?"

"Ni Irham, Umi. Kejap saya bagi telefon kepada Afizi," Irham tersenyum ke arah Afizi. 

Afizi mengambil telefon daripada Irham. 

"Hello Umi." 

"Along, bos Along ke tadi? Umi tak ganggu Along buat kerja ke?" Agak bimbang kedengaran suara ibunya.

"Takdelah, Umi. Along baru siapkan sarapan untuk dia. Kenapa Umi?"

"McDonald's je, Umi. Kesian saya..." Irham menyampuk sambil tersengih. 

"Semalam, Ila tak balik rumah. Pukul 6 pagi baru sampai. Umi tanya dia pergi mana, dia cakap tidur rumah kawan. Tapi Umi nampak budak lelaki yang biasa tu hantar dia pagi tadi. Bimbang Umi."

Afizi terdiam seketika. 

"Takpe Umi jangan bimbang. Nanti Along cakap dengan dia. Kita dah tak boleh berlembut sangat dengan dia," balas Afizi. 

"Okay, Along. Umi tak nak ganggu Along. Petang nanti Along balik kan?"

"Ya, Along balik."

"Okay. Jangan bagi bos Along tu makan McDonald's sangat. Tak elok. Tak sihat untuk badan."

"Okay Umi. Bye Umi. Jumpa malam nanti."

Afizi meletakkan telefonnya kembali ke atas meja. 

"Kenapa"? Dari tadi lagi Irham tidak sabar untuk bertanya kepada Afizi mengapa reaksi muka Afizi berubah. 

"Takde apa. Adik sayalah. Selalu buat masalah sekarang. So Umi bimbang. Kalau Umi yang bagi nasihat, memang tak masuk dalam telinga adik saya pun."

"Oh, so kau kena marah dia lah. Nak tengok macam mana kau marah. Mesti comel kan?" Irham tersenyum nakal. 

"Ha.. Ni saya nak marah ni. Kenapa Encik cakap McDonald's tadi. Tak pasal-pasal kena sound dengan Umi. 

"Hehe... Padan muka. Okay kemas ni. Nanti join aku kat sofa. Nak bermesra sikit," usik Irham.

"Tak nak. Boikot." Afizi menjeling tajam sambil mula mengemas plastik-plastik yang ada di atas meja. 

"Potong gaji..." Irham tergelak. 

Afizi hanya tersenyum. 

"Okay... Saya kalah.."

xxx

Afizi membelok kereta ke arah rumahnya. Tangan yang masih lagi berbalut masih terasa pedihnya. Dalam fikirannya, memikirkan pelbagai alasan untuk diberitahu ibunya. 

Belum sempat Afizi terfikirkan alasan yang kukuh, dia melihat seorang lelaki di hadapan pintu pagar rumahnya. Lelaki itu mengalihkan motornya untuk memberi laluan kepada Afizi. 

Sebaik sahaja meletakkan kereta, Afizi keluar dan berjalan menuju ke arah lelaki itu. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalam. Lelaki itu hanya tersenyum. 

"Bang.. Baru balik kerja?" tanya lelaki itu dengan sopan. 

"Ya. Baru balik. Tunggu Ila ke?" 

"Ya. Nak keluar makan malam. Boleh ke bang?"

 Walaupun dari luaran lelaki ini nampak agak rugged, terutama dengan rambut perangnya, tetapi perilakunya agak sopan. 

"Boleh. Tapi abang cuma nak beritahu, kalau boleh hantar Ila sebelum 12 malam. Bukan apa, tak manis kalau dilihat orang. Abang tak kisah pun awak nak berkawan dengan Ila. Cuma kena tahu batasannya lah." Agak lembut nasihat daripada Afizi. 

"Ya bang. Saya janji akan hantar Ila awal." 

"Nama apa ni. Lupa pula abang nak tanya." Afizi baru tersedar yang dia masih lagi belum tahu akan nama kekasih adiknya. 

"Alex..."

"Along, bila sampai. Ila nak keluar ni.." Terdengar suara Ila dari belakang. Ila mencium tangan Afizi seperti biasa.

"Baru je sampai. Balik awal ya. Kesian Umi bimbangkan Ila. Umi kan tak sihat sangat," tegur Afizi.

"Okay Along, Ila balik awal. Ila janji. Ila pergi dulu ya." 

"Pergi dulu ya bang," sahut Alex pula. 

"Okay. Hati-hati.." Afizi melihat adiknya berlalu pergi bersama teman lelakinya. 

xxx

  "Kenapa ni?" tegur Irham. 

Lamunan Afizi terhenti seketika. Peristiwa semalam masih lagi membelenggu fikirannya. Terutama Umi yang begitu bimbang akan anak perempuannya. Mujurlah semalam Asilah mengotakan janjinya dan balik sebelum lewat malam.

"Takde apa. Letih je sikit," Afizi kembali memandang kaca televisyen yang ada di hadapan.

"Tidurlah dulu. Kita lunch lewat takpe. Abang tak lapar sangat," ujar Irham. 

"Hah apa? Abang?" Mata Afizi yang sudah hampir layu kembali segar. Dia mula ketawa. 

"Jangan nak mengejek. Salah ke kalau aku nak bermanja dengan kau?"

"Kelakarlah. Geli pun ada." Afizi menjelirkan lidahnya kepada Irham. 

"Oh geli ya. Mari aku nak geletek." Irham bergerak ke arah Afizi dan mula 'menyerang' Afizi. 

Afizi mula tergelak. Dia memang seorang yang agak penggeli apabila bahagian badannya mula disentuh apatah lagi digeletek oleh orang lain. 

"Dahlah.. Nak terkencing dah ni.. Sorry.... Abang."

Irham berhenti. Sedikit tersentak dengan perkataan 'Abang'. Hatinya berasa sesuatu. Buat pertama kalinya, dia merasai cinta dan sayang. 

Irham kembali membetulkan posisinya sambil dibantu oleh Afizi. Afizi meletakkan kepalanya di bahu Irham. 

"Semalam, saya jumpa boyfriend adik saya."

"Macam mana? Okay tak dia? Jangan nak terpikat dengan dia sudah."

"Ish.. Takdelah. Bukan taste saya pun. Dengan rambut perang. Nama pun Alex. Taste saya muka Melayu kampung jah." Afizi tersenyum.

"Oh, jadi muka aku muka kampunglah?" Irham membuat reaksi geram.

"Aik. Tadi nak ber'abang' sangat. Kejap je romantiknya." 

"Alamak, Abang lupa. Sorry sayang." Irham mencium pipi Afizi. 

Afizi tergelak kecil. 

"Wait.. Alex tu naik super bike Yamaha ke?" tanya Irham secara tiba-tiba. 

"Tak sure pulak jenama apa. Tapi memang super bike lah. Kenal ke?" tanya Afizi kembali.

 "Warna biru?"

"Ya.. Warna biru. Kenal ke?" 

"Kenal sangat. Kami panggil dia Alex Karat. Sebab rambut dia selalu jer warna karat. Dia dulu masuk kelab motor sekali dengan aku. Budak tu okay. Tapi tak pandai sangat pilih kawan. Masa depan cerah. Boleh challenge aku lah kalau lumba motor. Tapi tu lah. Masalah disiplin. Selalu datang training lewat. So pengurus kelab, Abang Joe terpaksa buang dia. Sayang.."

"Habis tu dia buat apa sekarang?" tanya Afizi lagi.

"Entahlah. Dengar kata, kerja bengkel motor."

"Budak tu macam mana? Okay ke? Baik ke? Bimbanglah..."

"Teruk juga budak tu. Perempuan keliling pinggang. Lima orang dah mengandung dek penangan dia," tambah Irham.

Reaksi muka Afizi berubah. Bagaimana kalau Asilah menerima nasib yang sama dengan gadis-gadis itu. 

Irham tergelak. 

"Budak tu okaylah. Aku gurau jer. Nanti aku call dia. Bagi warning. Kalau dia mainkan adik kau, aku cepuk dia." Irham masih lagi tertawa.

"Ish.. Orang tengah bimbang ni, nak buat lawak pula." Afizi sedikit bengang. 

"Sorry sayang.." Dengan segera Irham memeluk Afizi. 

"Eh.. lepaslah.. Panas ni." 

"Maaf tak?" 

"Ya.. maaf." 

Irham melepaskan pelukannya. Tanpa sengaja Afizi menyepak kaki Irham. Reaksi muka Irham berubah.

"Kenapa ni?" tanya Afizi.

"Aku dapat rasa..."

Irham tersenyum.

xxx

To be continued
F.I

Huhu.. Lama sangat rest. Kini SL kembali. Aku janji akan lebih rajin lagi menulis. 

Bye.

10 ulasan:

  1. wah romantikkk

    si dia dulu mesti mcm nih kannn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Si dia mana pulak ni? Aik.. Husband org. Tak baik.

      Padam
  2. Waahh,,x sabarlah,,cerita ni sweet sgt2,,sy peminat awk *o*

    BalasPadam
  3. finally mncul jgk SL...really worth...cant wait for the next...

    BalasPadam
  4. FINALLY!! huhuhu... terpaksa baca dari part 1 sampai part 8 utk ingat balik jalan cerita, sbb dah lama SL tak bersiaran..huhuhu

    BalasPadam
  5. Finally..
    So sweet.
    Tapi konflik masih menanti. Can't wait for it.
    Kuat ke Afizi nanti kalau dia tahu Irham bakal bergelar ayah?
    Tetap menanti..

    BalasPadam
  6. Fuhh, sekian lama menunggu dengan sabaq akhirnya, nak dekat2 raya ni baru dapat baca hahaha. Apa2 pun selamat berhari raya..

    BalasPadam
  7. Cepat2 kuarkan sambungannya.. btw.. selamat ari raya..

    BalasPadam
  8. Cepat2 kuarkan sambungannya.. btw.. selamat ari raya..

    BalasPadam
  9. bila akan update sambungan? tak sabar nak baca lagi... menarik sangat...

    BalasPadam