Iklan

Ahad, 8 Februari 2015

Movie: Cuatro Lunas

Hello!!!

Lama dah tak buat movie review. Ada movie yang aku tengok, agak kurang best so nak buat review tu pun takde semangatlah. Well pagi tadi, aku ada tengok satu movie yang berjudul Cuatro Lunas atau dalam Englishnya, Four Moons. 




Filem dari Mexico ini mempunyai 4 jalan cerita menarik yang digabungkan menjadi satu filem. Kisah yang pertama adalah mengenai seorang budak lelaki yang berumur 11 tahun yang menyukai sepupu lelakinya. Mauricio sentiasa cuba untuk menarik perhatian sepupunya, Oliver. Perasaan ingin tahu yang ada dalam diri Mauricio menyebabkan hubungannya dengan Oliver terjejas. 

Mauricio & Oliver

Kisah kedua adalah mengenai dua orang rakan baik yang terpisah semasa kecil dan bertemu kembali di universiti. Setelah menyambung kembali persahabatan mereka yang terputus, hubungan Leo dan Fito menjadi semakin rapat. Namun Leo meminta Fito untuk merahsiakan hubungan mereka berdua. Tetapi Fito mula dapat menerima kenyataan yang dia adalah gay, tetapi Leo masih lagi cuba menafikan siapa dirinya yang sebenar. 

Fito & Leo

Kisah seterusnya adalah mengenai sepasang kekasih yang sudah menjalinkan hubungan selama 10 tahun. Tetapi hubungan mereka mula berantakkan. Hugo tidak dapat meneruskan lagi hubungan dengan kekasihnya, Andres. Apa saja yang dilakukan oleh Andres (bersikap feminin dan melekatkan terlalu banyak magnet fridge di peti sejuk) menjadi punca pergaduhan mereka sehinggalah Hugo meminta Andres untuk memutuskan hubungan mereka. Tambahan pula Hugo sudah mempunyai kekasih baru. Namun Andres merayu supaya Hugo memberinya dua minggu untuk mengembalikan semula cinta mereka. 

Andres & Hugo

Akhir sekali mengenai seorang lelaki yang sudah berusia dan mempunyai keluarga tetapi masih merasa sunyi. Apabila Joaquin bertemu dengan seorang pelacur lelaki, Gilberto, dia menjadi obses dengan Gilberto. Dia mula mencari jalan untuk melanggan Gilberto yang mengenakan caj yang tinggi kepada Joaquin

Gilberto & Joaquin

Keseluruhannya bagi aku movie ini sangat menarik. Walaupun ada 4 cerita tapi setiap cerita ni memang menarik. So tak perlu nak skip apa-apa. Lakonan pelakon-pelakon pula memang best. Even pelakon kanak-kanak pun pandai menjiwai watak mereka. 

Aku paling suka kisah Fito dan Leo. Jatuh cinta with your bestfriend. Hehe. Sangat dangerous actually. Ending untuk setiap cerita sangat memuaskan. Aku cukup tak suka kalau ending sesebuah filem tu tak complete. Tapi pengakhiran untuk movie sangat memuaskan. Ada happy ending dan ada juga ending yang tak berakhir dengan baik tetapi still relevan dengan situasi. Aku nak bagi

Rating: 

So, carilah jalan untuk tengok filem ni.. Hehe.. Aku rasa ada kot download. Kalau tak tanya je kat En Adri kat blog dia. Link dia ada sebelah kiri tu ya. Aku terlupa pulak alamat blog dia.. Hehe.. 

Okay. Aku nak sambung SL ni. Bye!!!

Khamis, 5 Februari 2015

January Favorites

Hello!!!

Thank you to those yang bagi feedback kat SL. Komen-komen koranglah yang memotivasikan aku untuk terus menulis. Hopefully sebelum aku balik ke Kelantan untuk bercuti selama seminggu, aku dapat publishkan part 9. 

Sebelum tu nak share favorite aku di bulan January yang lepas

Favorite Movie: PK


Bulan Januari ni banyak movie yang aku tengok membuatkan aku keluar dari panggung wayang rasa mcm nak hantuk kepala kat eskulator je. Dari citer Seventh Son, Taken 3, The Boy Next Door dan juga Project Almanac. So aku terpaksa pilih movie Hindi yang bertajuk PK ni. PK ni aku tengok betul-betul pada tahun baru. Habis je bunga api terus masuk panggung wayang. Sangat menghiburkan. Agak sensitif sikit sebab menyentuh pasal agama. But it's a very good movie. Boleh gak cuci mata dengan tubuh Aamir Khan dalam filem ni. Hehe.  


Favorite Album: Title by Meghan Trainor


Aku bukanlah peminat Meghan Trainor. Sekadar dengar dan suka dekat lagu All About That Bass dan Lips Are Movin'. So bila album dia keluar, aku just dengar kat Spotify je. Ntah nape, aku dah jadi macam minat kat dia. Suka sangat dengan lagu-lagu yang ada dalam album ni. Buat aku yang malas ni rasa cam nak goyang. Huhu. My favorites selain dari lagu single kat atas tu ialah Title, Walkashame dan juga Dear Future Husband.  


Favorite Songs


Antara lagu yang kerap dimainkan oleh aku pada bulan lepas; Sledgehammer (Fifth Harmony), Uptown Funk (Mark Ronson ft. Bruno Mars, Thinking Out Loud (Ed Sheeran), Bed of Lies (Nicki Minaj ft. Skylar Grey), Heartbeat Song (Kelly Clarkson) dan Style (Taylor Swift) 


Favorite Book: Aristotle & Dante Discover The Secrets of the Universe


My favorite book this month. Novel ni agak lain sikit dgn novel yang aku pernah post sebelum ni (yang agak naughty). Novel ni sangat best. Mengisahkan dua orang remaja yang masih lagi mencari identiti diri mereka. Aristotle seorang yang agak loner bertemu dengan Dante seorang remaja yang agak periang. Dante bersetuju untuk mengajar Aristotle belajar berenang. Di situlah bermulanya persahabatan mereka. 

Hari tu aku tengok, novel ni ada dijual di Popular dan MPH. Agak senang nak cari novel ni sebab dia agak popular. Tapi kalau korang nak versi epub boleh email aku kat email aku ya.  


Favorite TV Series: Empire (Season 1)


Siri tv Empire ni baru lagi. Dalam 5 episodes baru tayang, tapi aku memang suka sangat dengan cerita ni. Siap ulang tayang lagi tengok. Mengisahkan sebuah keluarga yang mempunyai syarikat rakaman sendiri. Lucious (Terrence Howard), disahkan menghidapi ALS dan mempunyai tiga tahun sahaja untuk hidup. Jadi dia mula berfikir bagaimana untuk menurunkan wasiatnya kepada tiga anak lelakinya; Andre, anak sulung yang banyak membantu ayahnya tetapi tidak mempunyai bakat dalam bidang muzik, Jamal, singer-songwriter yang sangat berbakat tetapi mempunyai konflik dengan ayahnya disebabkan dia adalah gay dan Hakeem, anak kesayangan Lucious yang mempunyai masalah attitude. Selain itu, bekas isteri Lucious juga, Cookie (Taraji P. Henson) baru dibebaskan dari penjara dan kembali untuk menuntut haknya dalam company itu. Watak Cookie ni memang best sangat.   


Favorite Mint: Blink (Green Apple)


Aku memang tak boleh berenggang dengan mint. Tambahan pula kerja aku yang kena mengajar ni menggunakan mulut dengan kerap. So sebelum masuk kelas, aku kena kunyah mint dulu. Baru confident nak mengajar. Huhu. Right now my favorite mint is Blink perasa Green Apple. Aku belum pernah lagi jumpa mint perasa Epal. Aku ni agak obses dgn Epal so bila je nampak benda ni terus beli. Kotak dia comel sangat. Kecil dan senang nak masuk dalam pocket. 

Aku ada satu cerita pasal mint ni actually. Hari tu aku keluar dengan ex aku (pasal kerja ya!!!). Aku letak mint ni dalam poket so bila masuk kereta dan duduk, benda tu agak tak selesa sikit so aku keluarkan dari poket aku. My ex was like "Oh.. kondom jenis baru ya...". Aku yang terkejut dengan cepat beritahu dia yang tu adalah mint. Dia pun balas balik "Ingat ke U nak bagi I jealous or nak ajak I main". I was like... What... Dude, ko dah nak kahwin. Tak payah nak menggatal. Tapi bila tengok balik bekas mint tu mmg nampak cam bekas kondom. Well bila habis je mint ni, akan ku gunakannya sebagai bekas kondom. Hehe. 


Favorite Perfume: Glazed Apple by The Body Shop


See.. Dah cakap aku cukup obses dengan epal. Hari tu lalu The Body Shop then nampak gambar epal, Terus je aku beli perfume ni. Bau dia fruity so agak girly sikit but I don't mind as long as janganlah bau bunga. Cukup tak suku perfume bau bunga. Buah okay lagi.

Okay. Aku nak makan dulu. Bye..

Isnin, 2 Februari 2015

Strange Love - Part 8

Bab 8

Fikiran Afizi masih lagi terganggu dengan memori perbualannya bersama Ilyas semalam. Dia cuba mengingati kembali setiap kata-kata Ilyas kepadanya. Tidak mahu menyalahtafsirkan apa yang didengarinya. Walaupun dia sendiri kadangkala merasakan yang Irham menyukainya, dia masih juga terkejut apabila mendengar dari mulut Ilyas yang Irham menyukainya. 

Afizi tidak pernah bercinta. Ya, dia pernah menyukai lelaki lain, tetapi rasa sukanya hanya berhenti setakat itu sahaja. Seperti mana dia menyukai Doktor Azlan. Afizi kelu. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Semenjak dari pagi tadi lagi dia mengelak untuk berbual panjang dengan Irham. Masanya banyak terluang kepada membantu Ilyas mengemaskan barang-barangnya. Afizi berharap yang Irham tidak sedar yang dia sedang cuba menjauhi diri daripada Irham. 

"Ha! Termenung nampak," sergah Irham dari belakang. Afizi yang sedang membasuh pinggan mangkuk tersentak dari lamunannya. 

"Ish.. Encik ni... Mujur saya tak terbaling pinggan ni ke muka Encik," balas Afizi yang terkejut melihat Irham yang ada di belakangnya. 

"Jangan... Muka aku yang hensem ni, muka cari makan ni." Irham tersenyum sinis. 

Senyuman Irham membuatkan hati Afizi berdebar-debar. Dia mula tidak keruan. Dengan segera, tumpuannya kembali fokus kepada pinggan mangkuk yang ada di dalam sinki. Ingin menghabiskan kerjanya dengan cepat dan segera menjauhi Irham. 

"Malam nanti lepas hantar Iyas, teman aku tengok wayang. Boleh?" tanya Irham. 

Afizi tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Walaupun dia ingin sekali menjauhi diri daripada Irham, namun bukan senang untuk Irham bersetuju untuk keluar dari rumah. Dia mengingati pesan Doktor Azlan yang inginkan dia memujuk dan membawa Irham keluar dari rumah. Ini penting untuk menaikkan kembali semangat Irham untuk berjalan semula. 

"Okay. Boleh. Nanti saya beli tiket online kejap lagi." Akhirnya Afizi bersetuju. 

"Tak payah. Aku dah beli." Irham tersengih. 

"La.. Macam mana kalau saya tak dapat pergi. Tak ke rugi duit tu," balas Afizi kembali. 

"Ala aku tahu kau mesti akan pergi juga," jawab Irham dengan penuh yakin.

"Kenapa?" tanya Afizi pula.

"Sebab kau sayang aku..." Dengan segera Irham mengayuh kerusi roda ke arah biliknya. 

Afizi terkedu mendengar usikan daripada Irham.

Ya, aku sayangkan dia...

xxx

 Irham hanya mampu melihat Afizi membantu Ilyas mengangkat beg-beg milik Ilyas. Dia melihat ke arah kakinya. Entah mengapa semangatnya makin membara semenjak kebelakangan ini. Dia ingin pulih kembali. Untuk anaknya yang bakal lahir dan juga untuk Afizi. 

Mereka bertiga berjalan masuk ke dalam KLIA. Ilyas melihat jam tangannya. 

"Okaylah. Dah boleh check-in ni. Iyas masuk dulu lah ya. Lagipun you guys nak pergi datingkan." Ilyas tersenyum nakal. 

Irham mencubit perut adiknya. 

"Aduh.. Sorry, sorry..." Irham melepaskan cubitannya. 

"Walaupun aku tak boleh berjalan, power aku still kuat tahu tak."

Ilyas ketawa. Dia gembira melihat abangnya. Sebelum dia datang ke sini, dia nekad untuk memujuk abangnya pulang. Tetapi apabila melihat sendiri keadaan abangnya di sini, segala kerisauannya hilang. Dia akan meyakinkan ibu mereka untuk membiarkan sahaja abangnya tinggal di sini buat sementara waktu. 

"Afizi, thank you so much. I pun tak sangka ada orang yang sanggup menjaga abang I ni." Tanpa diduga Ilyas memeluk Afizi. Dia berbisik perlahan. 

"Take care of him..."

Afizi mengangguk perlahan. Irham sedikit cemburu apabila melihat adiknya memeluk Afizi. Dia sendiri belum pernah memeluk Afizi.

"Okay.. Saya nak pergi toilet kejap." Afizi ingin memberi ruang untuk Irham dan Ilyas mengucapkan selamat tinggal. Afizi berlalu dari situ. 

"Bestnya dapat peluk." Ilyas mengusik abangnya sambil ketawa kecil. 

"Kau nak kena cubit lagi ke?" Irham mengangkat tangannya. 

"Relakslah bang. Gurau je lah. Well... jaga diri baik-baik. Don't worry, I'll take care of Mama.. Tahulah Iyas nak pujuk dia," ujar Ilyas. 

"Okay.. Tell her that I love her and I promise I'll go to London in a few months." Irham menarik nafas lega. 

"Okay bang.. Iyas pergi dulu." Ilyas memeluk abangnya. Berat hatinya untuk meninggalkan abangnya tetapi dia tahu yang Afizi akan menjaga dan menggembirakan abangnya. 

xxx

Afizi menguap kecil. Walaupun filem yang ditayangkan mempunyai banyak aksi, entah mengapa jalan ceritanya tidak menarik hatinya langsung. 

Dia lebih menggemari cerita yang mempunyai tema yang berat. Filem-filem yang biasanya tercalon di dalam anugerah Oscar. Dia juga menggemari filem romantik komedi. 

"Mengantuk ke?" bisik Irham perlahan.

"A'ar... Letih sikit. Takpe dah nak habis dah ni. Boleh bertahan lagi," jawab Afizi. 

"Tidurlah dulu. Nanti filem dah habis aku kejut."

"Takpe. Lagipun tak selesa sangat nak tidur," balas Afizi. 

Irham menarik rambut Afizi dengan perlahan dan meletakkan kepala Afizi di bahunya. Afizi tergamam. Tidak tahu mana satu yang lebih memeranjatkannya. Irham meminjamkan bahunya atau cara Irham melakukannya iaitu dengan menarik rambutnya. 

Tak romantik langsung!

xxx

Afizi memasukkan kerusi roda di dalam bonet kereta. Irham sudah ada di tempat duduk sebelah pemandu. Setelah menutup bonet kereta, Afizi bergerak ke arah tempat duduk sebelah pemandu.

"Saya nak pergi bayar parking kejap," ujar Afizi. 

"Okay."

Irham melihat sahaja ke arah Afizi yang sedang berjalan ke kaunter membayar tiket parking. Dia tersenyum kecil. Afizi langsung tidak menolak saat dia meletakkan kepala Afizi di bahunya. Dia yakin Afizi mesti terharu dan terpikat dengannya. 

Mata Irham tiba-tiba tertumpu kepada seorang lelaki yang sedang berjalan dengan laju. Lelaki itu menuju ke arah Afizi. Entah mengapa hatinya menjadi gelisah. Irham melihat ke arah lelaki itu lagi. Ada pisau kecil di dalam tangannya. Dengan segera Irham menjerit.

"Afizi!!! Afizi!!! Lari," jerit Irham. 

Afizi terkejut mendengar jeritan Irham. Dia berpaling ke belakang. Seorang lelaki yang tidak dikenalinya berlari laju ke arahnya dan menarik beg yang disandangnya. Afizi terkejut namun entah mengapa dia memberanikan diri dan mengejar lelaki itu. 

Afizi berjaya mencapai tali begnya. Namun dia gagal untuk mengimbangi tubuhnya dan terjatuh. Tetapi tangannya masih lagi menggenggam tali beg pemberian Irham dengan erat. Lelaki itu mengheret beg dan dalam masa yang sama turut mengheret Afizi bersamanya. Melihat Afizi yang masih lagi berpegang erat pada tali beg membuatkan lelaki itu ingin mengelar tangan Afizi.

Afizi melepaskan tangannya. Namun lelaki itu tidak pula melarikan diri. Sebaliknya dia menuju ke arah Afizi. Riak mukanya seolah bengang dengan tindakan Afizi yang mengejarnya sebentar tadi. Namun, bunyi hon yang berterusan telah mengejutkan lelaki itu. Dia melihat dua orang pengawal keselamatan berlari ke arahnya. Dengan segera dia melarikan diri. 

xxx

Afizi keluar daripada balai polis setelah selesai membuat laporan. Dia melihat tangannya yang penuh dengan kesan calaran akibat diseret oleh peragut tadi. Tangannya pula tadi hampir dikelar oleh peragut itu. Mujurlah dia sempat melepaskan tangannya dari tali beg itu. 

Afizi menuju ke arah kereta. Irham masih lagi setia menunggu di dalam kereta. Dia mahu menghantar Irham pulang, tetapi Irham bertegas untuk menemaninya ke balai polis. Afizi masuk ke dalam kereta. 

Mujurlah kunci kereta berada di dalam poket seluarnya semasa kejadian tadi berlaku. Afizi menghidupkan kereta dan terus berlalu dari situ. Irham hanya mendiamkan diri. 

xxx

Afizi membuka pintu rumah dan menolak masuk Irham.

"Saya balik dulu lah."

"Tidur je kat sini. Dah lewat ni," balas Irham. 

Afizi melihat kesan-kesan calaran yang di tangan dan sikunya. Bimbang juga apa reaksi ibunya apabila melihat keadaannya. 

"Okay. Saya call mak saya sekejap." Afizi mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Ada kesan koyakan di seluarnya.

Afizi menghubungi ibunya dan memberitahu yang dia tidak akan pulang pada malam ini. Sekadar memberi alasan yang kepalanya pening dan dia akan menumpang di rumah rakannya.

Afizi meletakkan telefonnya kembali ke dalam poket seluar. Irham sedang merenungnya tajam. 

"Kenapa kau buat benda bodoh tadi? Kau tak sayang nyawa ke? Kau tak fikir pasal mak dan adik kau ke? Harta benda boleh cari, tapi nyawa tu hanya ada satu je. Kalau guard tak datang tadi, aku tak tahu apa yang akan berlaku. Macam mana aku nak bagi tahu mak kau, kalau something happen kat kau?" Irham meluahkan apa yang terpendam di hatinya sejak kejadian tadi. Dia sangat marah dengan tindakan bodoh Afizi tadi. 

Saat mendengar Irham menyebut nama ibu dan adiknya, airmata Afizi menitis. Dia sendiri tidak sedar apa yang dilakukannya tadi amat berbahaya. Bagaimana jikalau sesuatu berlaku kepadanya. Ibu dan adiknya bergantung sepenuhnya kepada Afizi. 

Irham tergamam melihat Afizi yang sedang menangis di hadapannya. Rasa kesal mula timbul kerana dia telah meninggikan suaranya sehingga melukakan hati Afizi.

"Dah, pergi mandi dulu. Bersihkan luka tu. Kejap aku ambilkan towel dan pakaian." Irham bergerak ke biliknya. 

xxx

Selesai mandi, Afizi masuk ke dalam bilik Irham. Irham sudah ada di atas katilnya bersama peti kecemasan.

"Sini... Aku nak sapu ubat," arah Irham. 

"Takpe, saya boleh buat sendiri."

"Tak payah. Biar aku buat." Irham bertegas. 

"Baiklah..."

Afizi naik ke atas katil. Dia hanya membiarkan sahaja Irham menyapu ubat untuk mencuci luka yang ada di tangan dan sikunya. Sesekali Afizi mendengus kecil kerana sedikit pedih dengan ubat yang disapu. 

Setelah selesai, Irham meletakkan peti kecemasan itu kembali di atas meja di sisi katilnya.

"Saya keluar dulu. Terima kasih." Afizi bangun dari katil. 

"Tak perlu keluar. Tidur je sini. Lagipun bilik satu lagi tu mesti berselerak lagi." Irham merujuk kepada bilik yang didiami Ilyas. 

"Takpe. Saya boleh tidur kat sofa."

"Tidur je kat sini. Lagipun katil aku ni besar." Kali ini agak tegas suara Irham. 

"Okay." Afizi tewas. Dia agak letih untuk berdebat dengan Irham. 

"Tutuplah lampu kalau kau tak boleh tidur dalam cerah." 

Biasanya Irham hanya membiarkan lampu di dalam bilik tidurnya terpasang akibat pergerakannya yang terbatas. 

"Tak apa. Saya tak kisah." Afizi naik ke atas katil. Hatinya berdebar-debar. 

Afizi berbaring di sisi Irham.

"Aku minta maaf sebab tengking kau tadi." Irham berkata perlahan. 

"Tak apa. Saya minta maaf juga. Saya tak sedar pun apa yang saya buat. Saya tak kisah pun pasal duit dan barang yang ada kat dalam beg tu. Mungkin sebab beg itu amat berharga. Saya minta maaf sangat. Encik beli beg tu mahal-mahal, saya tak jaga dengan elok." Suara Afizi sedikit sebak. 

Irham teringatkan beg yang dihadiahkannya kepada Afizi. Afizi sanggup membahayakan dirinya semata-mata beg pemberian daripadanya. Irham terharu. 

"Afizi..."

Afizi memalingkan kepalanya ke arah Irham. Irham mendekatkan kepalanya ke arah Afizi. 

"Aku sayangkan kau. Aku tak boleh kehilangan kau," bisik Irham perlahan. 

Afizi hanya diam.

Mata mereka saling bertentangan. Buat pertama kalinya, Afizi tahu apa yang harus dilakukannya. Afizi mendekatkan bibirnya dengan bibir Irham. Lalu buat pertama kalinya bibir mereka berdua bertaut. 

xxx

To be continued
F.I

P/S: Sorry lambat update. Agak busy sikit dengan kerja. Banyak benda kena buat. Planning silibus dan banyak lagi lah benda-benda yang memenatkan otak.