Iklan

Rabu, 18 Mac 2015

Writer's Block

Hello!!!

Sekarang ni tengah cuti sekolah. Walaupun cuti aku still ada kelas tambahan yang kena settle. Bukan murid jer yang bengang tak dapat cuti sebenarnya, cikgu pun bengang jugak. Cuma terpaksalah sembunyi. Tapi aku still banyak masa terluang. So aku plan nak siapkan Strange Love tetapi masih lagi gagal. Aku taip then aku delete balik. Banyak kali jugak lah. Aku pun tak sure kenapa. Ada je aku tak puas hati. 

Then, aku sempat tengok cerita Jane The Virgin. Watak utama dalam siri tv tu, Jane yang suka menulis pun tengah tak dapat nak menulis. Semuanya gara-gara Writer's Block. So boleh aku simpulkan sekarang ni aku tengah mengalami Writer's Block. Actually ni first time jugak lah aku mengalami Writer's Block yang agak lama. Biasanya sehari dua dah okay but now dah berminggu-minggu kot. Last time aku post SL pada awal bulan 2. Huhu. 

Writer's Block ni boleh memakan masa hingga bertahun-tahun lamanya tau tak. Hopefully aku takdelah sampai ke tahap tu. Mungkin otak aku tengah kusut sekarang ni. Harap sangat by next week aku dapat publish SL. Ramai sangat duk email minta suruh sambung. Don't worry ya, aku sambung. 

Ramai jugak yang minta novel. Sorrylah kalau aku lambat reply. Kekadang terlupa. Busy sikit. Tapi aku dah balas semua email yang sampai. Aku jugak sempat check blog milik blogger2 lain yang tertinggal disebabkan vacation aku yang lepas. Banyak benda yang berlaku. Takziah kepada Zacky yang baru kehilangan ibu yang tercinta. Menangis jugaklah aku baca cerita dia sebab aku sendiri pun telah kehilangan ayah pada bulan Jun lepas. Aku agak sensitif kebelakangan ni. Terutama akan perkara yang berkait dengan ibu dan bapa. 

Takziah juga kepada Mr. Unknown. Don't worry. Ko masih muda lagi dan kumbang bukan seekor. Enjoy your life. Gibb pulak makin busy menyelesaikan masalah orang lain. Hehe. Suka baca bila ada post #ASKGIBB tu. So siapa yang ada masalah tu boleh refer kat Gibb. (P/S: Tengok Survivor tak?)

Okaylah. Aku saja je nak update blog. Manalah tahu dengan menulis benda2 ni boleh menghapuskan writer's block tu. Sekarang ni aku duk tengah crushing hard kat sorang mamat ni. He's like my new Ed Sheeran (I just saw him live few days ago and he's amazing). Nama dia James Bay. Nah lagu dia yang kalau aku tak dengar sehari, rasa cam nak hantuk kepala kat dinding, Hold Back The River dan juga cover untuk lagu baru Rihanna. Jangan nak tangkap cintan pulak cause he's mine. Hehe



Isnin, 16 Mac 2015

Novel: Rock, Then The Stars Fall & Bowl Full With Cherries

Hello!!!

Masa cuti hari tu, selain jalan-jalan masa aku juga banyak dihabiskan dengan membaca. Banyak juga buku yang aku download dan masukkan dalam iPod aku. So hari ni just nak kongsi pasal buku-buku yang aku baca. Aku pilih tiga buku dulu. Nanti panjang pulak post ni. 


Rock by Anyta Sunday (2014)

Buku ni mengisahkan seorang remaja lelaki, Cooper yang mana ibu dan bapanya telah bercerai kerana bapanya jatuh cinta kepada wanita lain. Kemudian bapanya telah berkahwin dengan wanita itu. Ia telah menjejaskan hubungan Cooper dengan ayahnya. Setelah lama tidak berjumpa dengan ayahnya, ibunya menasihati Cooper untuk memaafkan ayahnya dan meluangkan masa pada hujung minggu di rumah ayahnya. 

Cooper bersetuju untuk menghabiskan masa bersama ayahnya dan isteri baru ayahnya, Lila. Lila mempunyai seorang anak lelaki yang tua setahun dari Cooper iaitu Jace. Cooper mula cemburu apabila melihat ayahnya yang rapat dengan Jace. Namun hubungan mereka yang buruk mula bertukar menjadi baik apabila Jace yang mengetahui minat Cooper terhadap pelbagai jenis batu, telah menghadiahkan koleksi batu yang belum dijumpai oleh Cooper. Hubungan mereka menjadi rapat sehinggakan Cooper telah jatuh cinta kepada abang tirinya itu. 

Sedikit review daripada aku. Cerita ni sangat perlahan tetapi sangat menarik. Perlahan kat sini bukannya boring tetapi plot buku ini yang menceritakan hubungan di antara Cooper dan Jace semenjak dari zaman mereka remaja, ke universiti sehinggalah dewasa. Setiap chapter buku ini diberi nama jenis batu. So banyak jugalah jenis batu yang aku pelajari dari buku ini. Huhu. Overall aku suka buku ni. 

Rating: 



Then The Stars Fall by Brandon Witt (2014)

Aku suka sangat dengan cover buku ni. Tenang je cover dia. Mengisahkan Travis yang telah empat tahun kematian isterinya. Dia mempunyai tiga orang anaknya dan seekor anjing. Pada suatu hari anjingnya telah sakit. Travis yang panik dan bimbang akan kehilangan anjing seperti kehilangan isterinya telah membawa anjing ini ke klinik haiwan. Namun doktor haiwan yang dicarinya tiada. Yang ada hanya seorang doktor baru bernama Wesley. 

Travis yang agak skeptikal pada mulanya membenarkan Wesley merawat anjingnya. Buat pertama kalinya, setelah kematian isterinya, Travis berasa sesuatu dalam dirinya. Travis merupakan seorang lelaki biseksual sebelum dia berkahwin dengan isterinya. 

Buku ni sangat best. Hubungan antara Travis dan Wesley bergerak perlahan tetapi masih boleh difahami. Travis masih lagi tidak boleh melupakan isterinya dan Wesley pula baru putus cinta dengan boyfriendnya. Selain watak utama, ada juga watak-watak lain yang best macam anak-anak Travis dan juga adik Travis yang sangat memahami, Wendy. Overall, definitely a good read for me. 

Rating: 



Bowl Full of Cherries by Raine O'Tierney (2014)

Okay cover novel ni memang buruk, But never judge a book by its cover. Novel ni mengisahkan Crowley yang mempunyai banyak masalah dalam hidupnya. Ibunya tidak dapat menerima yang dia adalah gay dan juga Crowley sendiri mempunyai masalah keyakinan diri terutama melibatkan berat badannya. Perayaan krismas bakal tiba dan Crowley bercadang untuk menghabiskan krismasnya di dalam bilik di kolejnya sahaja. Namun kawan baiknya dan juga teman sebilik, Tyler memaksa Crowley untuk mengikutnya balik ke rumah keluarga Tyler. Crowley bersetuju. 

Di sana buat pertama kalinya, Crowley bertemu dengan Averell, kembar kepada Tyler. Averell yang menjangkakan kawan baik kepada Tyler akan bersikap seperti Tyler yang perfectionist sedikit terkejut apabila melihat Crowley yang pemalu dan nerdy. Crowley banyak menghabiskan masa bersama Averell di sana. Hubungan mereka mula menjadi rapat. Ini membuatkan Tyler tidak senang kerana dia bimbang Averell akan melukakan hati kawan baiknya yang agak rapuh.

I really like this book. Cover tu langsung tak sesuai dengan jalan cerita dalam buku ini. Cerita ni mostly berkisarkan pada Krismas. Watak utama dalam buku ni sangat menarik. Crowley merupakan seorang lelaki yang kerap dibuli semasa kerana berat badannya. Dan ini telah menjejaskan keyakinan dirinya. Walaupun dia sudah tidak mempunyai masalah berat badan dia masih lagi bimbang dan tidak yakin. Averell pula lebih free-spirit. Tidak pernah peduli akan pendapat orang lain. Walaupun keluarganya terutama Tyler bimbang akan masa depannya, dia tidak menghiraukan pendapat mereka kerana baginya hidup dia adalah miliknya. 

Banyak sangat babak-babak cute antara Averell dan Crowley. Averell banyak mengajar Crowley tentang keyakinan diri dan Crowley juga mengajar Averell untuk lebih serius dalam hidupnya. Aku suka juga dengan watak Tyler, kembar Averell yang straight. Dia sangat bimbang akan kawan baiknya. Jalan cerita yang simple dan tak meleret. Very light and romantik. I love it. 

Rating: 

That's it. Antara 3 novel yang aku baru baca. Kalau ada sapa-sapa yang nak, boleh email aku. Aku cuma ada epub version. Boleh baca pakai application iBooks.  

Bye..

Rabu, 11 Mac 2015

Holiday

Hello!!!

Finally kembali dari bercuti. Aku ambik cuti selama 3 minggu. Dah lama aku tak luangkan masa bersama family. Last sekali balik Kelantan adalah masa Aidilfitri bulan 8, so that's why aku ambik cuti lama. Penat sangat dengan kerja yang makin bertambah. Ada kelas yang aku tak pernah mengajar pun, terpaksa ambil jugak sebab kekurangan cikgu. Nasiblah kerja kat tempat swasta. Mujurlah cuti aku diluluskan. 

Enough pasal kerja. Nak cerita pasal apa yang aku buat masa cuti hari tu. Memang banyak berjalan sangat masa cuti. Sekali sekala dapat jumpa family. Masa balik hari tu, sempatlah juga singgah bandar Kuala Krai. Bandar masih lumpuh lagi. Debu dan habuk pun masih banyak. Sedih jugak tgk kawasan tu. 

Agenda utama masa percutian kali ni adalah tenangkan fikiran. So aku bersama ibu dan adik-adik aku yang lain pergi stay di resort. Plannya nak cari resort kat Kelantan je lah. Tapi pantai-pantai yang ada kat Kelantan ni macam dah tak sesuai je untuk mandi. Entah macam mana adik aku suggest satu resort di Terengganu iaitu di Bukit Keluang. Aku memang tak pernah tahu pasal tempat ni, so lepas tanya dan tempah bilik yang ada, kami sekeluarga pun bertolak ke sana. 

Agak dekat juga dengan Kelantan. Rasanya kat daerah Besut kot. Aku ni bukan pakar sangat kalau bab-bab tempat ni. Memang best sangat kat sana. Pantai dia agak scary jugaklah tapi masih boleh mandi. Kami stay kat sana dalam 3 hari. Masa aku memang diluangkan bersama family betul-betul. No laptop, no internet. Sangat-sangat tenang. 

Buat pertama kalinya jugak aku telah menjejakkan kaki di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor. Walaupun aku ni orang Kelantan, aku tak pernah pergi kat tempat yang terkenal sebagai kawasan membeli belah ni. Bila family aku tahu yang aku tak pernah pergi sini terus dia orang buat plan nak bawa aku dan 'sembelih' aku. Berpinar jugaklah mata aku tengok harga barang-barang sini. Walaupun banyak benda rasa macam nak beli, aku tahan jugak nafsu aku tu. Beratus jugak kot habis beli jersi TRW, seluar, coklat dan beberapa lagi benda lain. 

Aku jugak ada ronda-ronda bandar Kota Bharu. Rindu sangat dengan bandar Kota Bharu ni. Dari umur aku 13 tahun sampailah 19 tahun, aku bersekolah di Kota Bharu. So kalau weekend je mesti kena naik bas untuk balik rumah family di Kuala Krai. So, aku decide nak pergi bandar KB sorang-sorang dengan naik bas. Lama dah tak naik bas. Time dulu-dulu tiket nak pergi KB dalam RM3.50 je. Sekarang dah hampir RM 7 dah. 

Selepas ronda-ronda bandar KB, aku decide nak pergi lepak di KB Mall. Aku still ingat lagi, KB Mall ni dibuka pada tahun 2004. Masa tu aku dekat nak STPM. Bila stress je mesti nak pergi KB Mall. Walaupun masa tu kat KB Mall ni apalah yang ada sangat. Dari Kompleks Sekolah2 tu aku berjalan kaki je pergi KB Mall. So berbalik pada zaman sekarang, aku tak sure ada bas ke tak nak pergi KB Mall dan teksi pulak takde so aku decide nak jalan kaki. Rasanya macam dekat jer masa aku jalan kaki zaman sekolah dulu. Rupa-rupanya hampeh. Berpeluh habis aku. Mungkin aku dah tua kot... Dulu relax je..

KB Mall sekarang memang dah jauh beza. Aku sendiri pun dah tak ingat bila last sekali aku pergi kat sini. Aku duk berpusing-pusing je kat situ. Tempat favorite aku semestinya Popular. Walaupun kat Sunway ni pun dah ada Popular, tapi perasaan berada di Popular KB Mall ni lain sikit. Hehe. Banyak lah juga buku yang aku beli walaupun aku boleh je beli buku ni kat Sunway Pyramid. Saje nak feeling sikit. 

Dari pagi sampai petang aku berada kat bandar KB. Tiba-tiba aku rasa macam nak makan satay perut. Biasanya aku suka beli benda ni kat satu tempat di kawasan Flat Buluh Kubu. Dia macam pasar malam tapi ada setiap malam. Aku tak sure apa nama dia tapi aku panggil tempat ni Pade Bas aka Padang Bas. Lepas check in hotel, aku pun pergi lah kat tempat ni. Tapi entah kenapa takde banyak gerai macam dulu. Dulu rasa macam meriah sangat. Ada tempat lain ke? Terkejut jugak aku tengok sikit je gerai. Mujurlah apa yang aku nak makan tu ada. So aku borong akok dan sate perut yang aku duk mengidam sangat tu. Balik hotel, makan-makan dan terus tidur kerana penat sangat. Maklumlah aku rajin sangat berjalan untuk ke KB Mall.

Esok pagi, aku pergi melawat sekolah lama. Tak masuk pun. Aku pun tak sure cikgu yang mengajar aku dulu ada ke tak. So aku lepak-lepak je kat padang sekolah sambil mengimbau kenangan lalu. Cewah.. Memang aku feel sangat masa ni. After that, aku pergi pula Pasar Siti Khadijah. Yang ni memang urusan nenek dan mak aku yang kirim banyak benda pelik-pelik. Antaranya serunding daging dan macam-macam lagi lah. Sampai sesat aku kat dalam pasar tu. Mujurlah ada Abe hensem tunjuk jalan ke arah tangga. Thank you, abe. Nanti nak dtg lagi lah. Aku dah siap lukis peta macam mana untuk ke kedai Abe hensem ni kalau aku ke Pasar Siti Khadijah lagi. 

So percutian aku kali ni agak menyeronokkan. Sekarang kena kerja balik. Hari pertama masuk kelas, longlai je kaki aku melangkah. Siap cakap Kelantan lagi dengan anak murid. Semua macam blur-blur, apalah cikgu dia ni merepek. Bulan 5 ni aku plan nak balik Kelantan lagi. Dan aku pun dah plan nak ronda-ronda bandar KB macam ni lagi. Ada tak nak join aku? Nanti kita pergi stalk abe hensem yang selamatkan aku dari sesat di Pasar Siti Khadijah tu ya.. Huhu. 

P/S: Novel belum siap lagi. Huhu lama dah.. Sorry ya. Sekarang ni nak sambung balik tulis. And to those yang minta novel epub kat email, kejap lagi aku buka email aku ya.

Okay, bye-bye!!!