Iklan

Rabu, 31 Ogos 2016

Strange Love - Part 12

Bab 12

Afizi membuka pintu rumahnya dengan berhati-hati. Bayi yang ada di pangkuannya baru sahaja terlelap semasa dalam perjalanan ke rumahnya. 

"Along ke?" kedengaran suara ibunya dari dalam bilik. 

"Ya, Umi." Perlahan sahaja Afizi menyahut panggilan ibunya kerana tidak mahu mengejutkan bayi ini. Dengan berhati-hati dia meletakkan bayi yang dipangkunya di atas sofa. 

Ibunya keluar dari bilik dan menuju ke arah Afizi. Reaksi wajahnya berubah saat melihat bayi yang ada bersama Afizi. 

"Along, anak siapa ni?" tanya ibu Afizi.

"Entahlah Umi. Along pergi rumah Encik Irham untuk ambil barang, tapi ada orang tunggu depan pintu. Dia cakap baby ni anak Encik Irham. Along pun tak pasti Umi," Afizi sendiri masih bingung. Betulkah bayi ini anak kepada Irham. 

"Umi, boleh tak tolong tengokkan. Along kena bawa barang milik Encik Irham ke hospital ni. Dah lewat dah ni," tambah Afizi lagi. 

"Okay.. Pergilah."

"Susu dan semua barang milik baby ada dalam beg dekat pintu. Along pergi dulu ya, Umi." Afizi berlalu keluar dari rumahnya. 

xxx

Afizi melihat Puan Soraya sedang menanti di luar bilik pembedahan. 

"Encik Irham dah masuk ke?" Afizi menegur Puan Soraya yang sedang duduk sambil membaca akhbar. 

"Eh, Afizi.. Ya.. Dah hampir setengah jam juga. Kenapa Afizi lambat. Tak jumpa beg ke?" tanya Puan Soraya lagi. 

"Tak Aunty. Jumpa. Cuma masa nak balik, saya singgah rumah kejap. Ada hal yang tak dapat dielakkan sikit." Afizi tidak pasti samada dia patut menceritakan hal sebenar kepada Puan Soraya. 

"Oh begitu.. Si Am tadi tak nak masuk. Nak tunggu Afizi juga. Aunty kena pujuk tadi cakap mungkin jalan sesak ke. Lagipun doktor ada appointment lain pula lepas ni. Mujurlah dia mengalah," jelas Puan Soraya. 

"Ya ke. Maafkan saya, Aunty. Iyas mana?"

"Ish.. Kenapa nak minta maaf pula. Aunty yang tertinggal beg. Susahkan Afizi pula pergi ambil. It's okay. Iyas pergi kafe tadi. Afizi dah makan ke? Pergilah ke sana. Temankan Iyas. Dia seorang je tadi."

"Belum lagi. Aunty dah makan ke?" tanya Afizi.

"Aunty dah makan. Kenyang lagi. Pergilah. Biar Aunty yang tunggu sini. Kalau operation dah selesai, Aunty call."

"Okay Aunty. Terima kasih"

Afizi berlalu dan menuju ke arah kafe. Mungkin dia patut memberitahu Ilyas mengenai apa yang terjadi. 

xxx

Afizi membawa makanannya dan menuju ke arah Ilyas yang sedang makan seorang diri. 

"Iyas.."

"Eh.. Afizi.. Duduklah. Bila sampai?" tanya Ilyas.

"Baru juga. Aunty suruh pergi makan dulu sambil teman Iyas makan,"jawab Afizi. 

"Oh ya ke. Kenapa lewat. Tadi ada orang tak nak masuk bilik pembedahan sebab kesayangan dia belum sampai lagi," usik Ilyas. 

Afizi cuba untuk senyum namun di dalam kepalanya pelbagai persoalan timbul mengenai anak Irham. Patutkah dia bertanya kepada Ilyas mengenai hal ini. 

"Kenapa? Alamak... Maaflah kalau gurauan saya tadi buat awak marah." Ilyas sedikit panik melihat reaksi wajah Afizi yang sedikit serius. 

"Eh.. Tak lah. Saya tak marah... Cuma saya ada benda nak tanya dengan Iyas."

"Lega hati saya. Tanya apa? Tanyalah?" balas Ilyas kembali. 

"Iyas tahu ke pasal abang Iyas dengan Aisha? Hmm Aisha Idris, pelakon tu?" Agak berat nama itu untuk keluar dari mulut Afizi. Mungkin kerana perasaan cemburu mula menyelubungi hatinya.

Ilyas sedikit terkejut mendengar soalan daripada Afizi.

"Abang dah bagi tahu awak ke pasal Aisha?" tanya Ilyas kembali. 

Afizi hanya menggeleng-geleng kepalanya. 

"Tadi ada seorang lelaki datang dekat rumah Irham. Sepupu kepada Aisha. Dia bawa seorang bayi," jelas Afizi. 

"Huh, bayi... Eh.. Abang cakap due date bulan depan. Mana bayi tu?" Ilias mencari-cari di sekeliling. 

"Saya tinggalkan bayi itu dengan ibu saya di rumah. Dia tolong jaga sebab saya pun tak pasti samada Iyas dan Aunty tahu pasal ni atau tidak."

"Mama belum tahu lagi pasal ni. Abang pun baru juga beritahu Iyas. Dia cakap dia akan beritahu Afizi juga nanti," balas Ilias. 

"Tak.. Dia belum beritahu saya. Mungkin saya ni tak penting sangat kot untuk tahu pasal benda ni." Afizi cuba untuk tersenyum. 

"Alamak.. Janganlah macam ni. Abang tu lembab sikit. Mungkin dia ingat ada masa lagi." Ilyas cuba untuk menenangkan hati Afizi yang berkecamuk. 

"Entahlah Iyas. Saya pun tak pasti apa yang saya rasa sekarang ni. Tak apalah. Yang penting sekarang Iyas kena fikir cara nak beritahu ibu Iyas."

"Tak apalah. Tunggu abang keluar. Dialah yang patut beritahu Mama. Pandai buat anak, pandailah jawab sendiri. Nanti Afizi pun boleh marah abang juga. Jangan takut saya akan back-up awak." tambah Ilyas lagi.

Afizi tersenyum dengan telatah Ilyas.

"Oh ya. Anak saudara saya tu lelaki ke perempuan? Comel tak?" tanya Ilyas.

"Hmmm.. Saya pun tak pasti. Tak sempat nak check." Tidak terlintas di hati Afizi mengenai perkara ini. Mungkin kerana terkejut dengan berita yang Irham sudah mempunyai anak. 

"Pakai baju warna biru ke pink?" tanya Ilyas lagi.

"Putih. So saya pun tak sure. Dia ada letak surat beranak dalam beg. Saya tak periksa pula."

"Tak apalah. Nanti ambil gambar dia ya. Mesej dekat saya. Dan Afizi jangan bimbang dan kecil hati lagi. Antara abang dengan pelakon tu dah tak ada apa-apa. Abang sayangkan Afizi saja sekarang. Dalam hati dia tu, penuh dengan muka Afizi," usik Ilyas lagi.

"Ish.. Dahlah. Cepat makan. Nanti pergi temankan Aunty. Kesian dia. Seorang diri." Afizi cuba untuk membuang rasa kecewanya kepada Irham. 

xxx

Afizi melihat jam tangannya. Sudah hampir 2 jam, Irham berada di dalam bilik pembedahan. Dia melihat ke arah Ilyas yang sedang memegang tangan ibunya. 

Afizi mengeluarkan telefonnya dari poket seluar lalu menulis mesej kepada ibunya untuk bertanyakan keadaan bayi Irham. 

Along jangan bimbang. Baby tu okay. Baru sahaja lepas minum susu. Sekarang dah tidur semula. Encik Irham macam mana?

Dia masih dalam bilik pembedahan. Terima kasih, Umi. 

Afizi menyimpan kembali telefon bimbitnya. Dia berpaling semula ke arah Puan Soraya dan Ilyas yang sudah pun bangun dari tempat duduk mereka dan sedang bercakap dengan doktor. Afizi tidak menyedari yang pembedahan sudah pun selesai. Dengan segera dia bergerak ke arah Puan Soraya dan Ilyas. Reaksi wajah Puan Soraya dan Ilyas sudah cukup untuk meyakinkan Afizi yang pembedahan Irham sudah berjaya. 

"Macam mana Iyas?"

"Okay. Doktor cakap bagus. Iyas pun tak faham sangat. Tapi Mama macam happy... So berjaya lah kot.

Puan Soraya yang sedang bercakap dengan doktor-doktor yang terlibat dengan pembedahan Irham menghampiri Ilyas dan Afizi. 

"Good news. Pembedahan berjaya. Everything's fine. Cuma doktor cakap Irham perlu banyak sokongan dari family and friends untuk terapi fizikal nanti. Mama nak pergi jumpa doktor sekejap. Iyas dan Afizi boleh pergi tunggu dalam bilik Irham."

Afizi lega. Walaupun hatinya masih lagi kecewa dengan rahsia yang disimpan oleh Irham daripadanya, tetapi kesihatan Irham masih lagi menjadi keutamaannya. Dia gembira kerana Irham akan dapat melakukan apa sahaja yang diingininya nanti.

xxx

Afizi melihat jam. Sudah hampir jam sepuluh malam. Dia masih lagi berada di sisi Irham yang masih belum sedarkan diri lagi. Ilyas dan Puan Soraya sudah pulang ke rumah untuk menyegarkan diri sebelum kembali menjaga Irham pada malam ini. Jadi Afizi membuat keputusan untuk berada bersama Irham sementara menanti kedatangan Ilyas dan Puan Soraya. 

Dia memegang tangan Irham. Tanpa disangka, tangan Irham mengenggam tangannya kembali. 

"Hai.." tegur Irham.

"Hai..." balas Afizi. 

"Mana yang lain?" tanya Irham.

"Mereka balik mandi dan tukar baju. Kejap lagi mereka sampai." Afizi menarik tangannya dari genggaman Irham. Namun Irham enggan melepaskannya. 

"Kenapa lewat tadi? Kau janji nak temankan aku sebelum masuk bilik bedah."

Afizi hanya diam. Tidak tahu apa yang patut dijawabnya. 

"Kenapa.. Takut kena hukum lah tu."

Afizi masih lagi membisu.

"Kenapa? Kaki aku ke? Kenapa? Tak berjaya ke pembedahan?" Irham mula panik apabila Afizi masih lagi diam.

"Eh.. tak.. Tak. Pembedahan okay. Berjaya.. Semua okay." Afizi tidak mahu Irham bimbang mengenai kakinya. 

"Habis tu kenapa dengan muka kau. Ada apa-apa yang tak kena ke?" tanya Irham lagi yang mula curiga dengan raut wajah Afizi. 

"Tak ada apa.. Semua okay.. Saya akan tunggu di luar ya." Afizi cuba untuk menarik tangannya tetapi sekali lagi gagal. 

"Please..." Afizi meminta Irham untuk melepaskan tangannya. Afizi tidak mahu memberitahu perkara sebenar tambahan pula Irham baru sahaja menjalani pembedahan. 

"Kenapa ni? Kau buat aku bimbang sekarang. Apa yang berlaku. Ada berita buruk ke? Kenapa kau sedih ni. Cakaplah." Irham terus mendesak. 

"Anak awak.... Anak awak ada di rumah saya..." Afizi tidak mampu lagi untuk menyorok perkara sebenar daripada Irham. Irham yang sedikit tersentak mendengar perkara sebenar melepaskan tangan Afizi tanpa sengaja. Dengan segera Afizi menjauhi diri daripada Irham. 

"Anak...."

"Ya. Sepupu Aisha datang bawa masa saya pergi ambil barang yang tertinggal tadi. Kenapa awak tak pernah beritahu saya pasal ni?"

"Afizi..."

"Tak apa. Saya faham. Siapalah saya untuk tahu benda macam tu. Saya bukannya penting pun dalam hidup awak. Nanti awak dah boleh berjalan, ramai lagi orang yang layak bersama dengan awak."

"Janganlah cakap macam tu. Aku tak tahu macam mana nak cakap dengan kau." ujar Irham. 

"Tak apalah. Saya nak balik dulu. Kejap lagi Aunty datang. Nanti kalau awak nak datang ambil anak awak, awak call lah saya." Tanpa menunggu penjelasan Irham, Afizi menuju ke arah pintu. 

Hatinya masih lagi kecewa. Tiada sebab untuk Irham menyorokkan perkara ini daripadanya. Dengan lesu, Afizi melangkah longlai keluar dari situ. 

xxx

To be continued
F.I

Selasa, 7 Jun 2016

Ramadhan 2016

Salam. 

Wah.. sopan pulak aku bulan Ramadhan ni.. Biasanya hi je kan. 2 hari dah berlalu puasa. Aku sebenarnya plan nak balik puasa kat Kelantan but then bila fikir, raya nanti pun nak balik lagi, aku hold dulu niat aku. Tambahan pulak aku dapat cuti lama this year so tunggu lah dulu. 

Tahun ni aku, persiapan aku buat awal. Bukan sebab semangat nak sambut raya ke apa, tapi malas nak bersesak time dekat raya nanti. Dahlah cuaca sekarang ni masih lagi panas. So aku dah beli siap2 jubah, kasut, selipar, kopiah. Biskut raya pun dah tempah. So nanti tak payah nak kalut sangat bila dekat raya. 

Bila tiba Ramadhan ni, rasa rindu dekat arwah Papa pun mencanak naik. Papa aku ni memang jenis talkative. So bila ada dia memang bising. Dia juga suka pergi beli makanan dan kuih dekat bazar Ramadhan. I'm missing him so bad right now. 

Teringat balik kenangan first time puasa masa umur 7 tahun. Aku dalam pukul 2 macam tu dah memberontak nak buka puasa. Tambahan pula adik aku tak puasa. So kira mcm dengki lah. Huhu. Tapi Papa aku pandai motivasikan anak dia ni. Dia bawa aku pergi kedai buku, beli novel dan juga komik Doraemon. So berjaya juga aku puasa penuh disebabkan Papa aku ni. 

Beberapa hari lagi, genap 2 tahun Papa aku pergi meninggalkan kami. Seorang Papa yang baik, jarang marah dan sangat kelakar. Sepanjang 28 tahun bersama dia, aku belajar banyak perkara. Terima kasih juga kepada Tuhan yang menganugerahkan aku seorang bapa yang sangat baik. Tolong jaga dia dengan baik seperti dia menjaga kami sekeluarga. 

I'm too emotional right now. So selamat menyambut bulan Ramadhan semua. Bye. 

Isnin, 9 Mei 2016

April Favorites

Hello!!!

Hari ni just nak share my favorites from last month. Dah lama juga tak share benda-benda yang menjadi kegemaran aku dengan korang. These are my favorites from last month. 

Captain America: Civil War


Best sangat... Aku memang obses dengan filem superhero dan filem ni memang menepati citarasa aku. The fighting scene antara Team Iron Man dengan Team Cap memang awesome. I plan to watch this again. Kalau kena pilih, aku definitely Team Captain America.

Descendants of the Sun


Aku jarang tengok drama Korea. Tapi bila dengar ada review yang bagus and my colleague pun duk asyik angau pasal hero drama ni, aku pun tengok lah. Yalah, selalu blur je bila dengar topik perbualan pasal drama ni. I love this. Sangat menarik. Bukan sekadar kisah cinta. Aku still remember heroin drama ni masa dia berlakon drama Autumn In My Heart. Aku maybe dalam form 2 or 3 masa tu. Tapi dia still kelihatan muda & cantik. Aku habiskan the whole series (16 episod) tak sampai satu minggu pun. Binge-worthy series. 

Blue Neighbourhood - Troye Sivan


My favorite album for this year so far. I used to watch him a lot on Youtube doing covers. Album penuh pertama Troye memang tidak menghampakan aku. Setiap lagu ada maksud yang tersendiri. Beautiful album. Lagu-lagu favorite aku dalam album ni ialah Talk Me Down, Youth, Fools dan Wild. 

Orphan Black (Season 4)


Season 4 baru je mula ditayangkan. I love this tv show so much. The lead actress is amazing. Mengisahkan seorang wanita yang mendapat tahu dia adalah salah seorang hasil klon. Best sangat. Totally recommended. 

Colourful Whiteboard Marker


Kat sekolah, aku hanya dibekalkan dengan marker warna hitam, merah dan biru jer. Satu hari aku terbaca yang menggunakan marker yang berwarna-warni boleh membantu fokus students. Semangat aku terus cari colourful marker. I bought this at Daiso. Already used one packet. Adalah lebih sikit fokus anak murid aku bila tengok warna-warna lain kat papan putih. 

Funko Pop! Mulan


My latest Funko Pop! collection. Walaupun filem Mulan ni dah lama ditayangkan (1998 kot), aku baru je tengok filem Mulan ni last month. Jarang sangat tgk filem-filem Disney Princess ni. Rasanya filem Rapunzel (Tangled) dan Frozen je lah aku pernah tgk. So bila tengok filem Mulan ni, terus jatuh cinta dengan Mulan. Few days later, saw this vinyl figure, and I bought it immediately. Aku dah plan nak tengok filem Disney Princess yang lain mcm Princess & the Frog, Cinderella, Beauty & the Beast, Pocahontas, Brave dan lain2 lagi lah. Masalahnya nak download lah pulak malas. Huhu. 

Nutox Serum Concentrate


Sejak dah masuk umur 30 an ni, kulit muka aku pun dah tak macam dulu. Kadang-kadang aku terkejut bila tengok dekat cermin (dramatik sikit). Bila ada colleague yang tegur muka aku dah kusam dan berkedut (I was like really?), aku tergamam jugak. Ada yang suggest pakai serum. Aku sebenarnya malas dan rasa leceh nak jaga muka ni. Rutin aku, senang je. Cuci muka pagi dan malam. Done. Kadang2 kalau rushing aku memang skip je cuci muka. So bila dengar perkataan 'berkedut' tu, aku trauma jap. Ada orang suggest serum ni sebab ia agak murah compare to serum yang lain. Dah lebih 2 minggu aku guna. Aku surprise jugak sebab agak berkesan. Ramai yang tegur ckp kulit nampak bersinar dan sihat (wah...). So okaylah tu kot. 

At First Sight Book Series (#1 Tell Me It's Real & #2 The Queen and The Homo Jock King)


Aku memang suka dengan buku yang ada 2 completely different characters yang fell in love. Plot yang ringan dan sangat kelakar. I think I'll do a review on these series

That's it from me. Bye... 

Jumaat, 6 Mei 2016

Hobi

Hello!!!

Finally, selepas lebih 5 bulan berjaya jugak aku siapkan Part 11, Strange Love. Sorrylah. Agak busy sikit. Bulan 5 dan 6 ni, ada banyak masa terluang. Public holidays, school holidays, so rasa agak tenang sikit untuk menulis.

Hari ni nak cerita pasal hobi aku. Hari tu dalam kelas, aku ada tanya murid-murid mengenai hobi mereka. Kalau dulu zaman sekolah, bila cikgu tanya pasal hobi jawapan yang akan keluar adalah membaca, bermain bola atau bola jaring dan paling 'memukau' pun mengumpul setem. Tapi hobi budak-budak zaman sekarang agak berbeza. Agak terkejut juga aku dengan hobi masing-masing. Mungkin juga sebab students aku ni dari sekolah swasta, so hobi mereka pun agak mewah jugak. Tak ada langsung yang sebut membaca. Main bola tu adalah tapi bilangan agak sikit. 

Antara hobi-hobi yang agak bombastik yang aku dengar adalah bermain piano, kumpul action figures, gymnastik, swimming, menari breakdance, mengumpul cd kpop dan macam-macam lagi lah. Budak-budak zaman sekarang agak terbuka bila bercerita mengenai hobi mereka. Aku dulu nak mengaku kumpul gambar artis pun takut cikgu marah. 

So hari ni aku nak share hobi aku pulak. Aku ni sebenarnya mempunyai banyak hobi. Kejap nak buat tu, kejap nak buat ni. So kat sini aku nak list just 5 sahaja, supaya post ni tak panjang berjela-jela. 

Membaca novel

~ Ni probably hobi aku sejak dari kecil lagi. Mengikut kat mama dan arwah papa aku, umur lima tahun aku dah mula pandai membaca walaupun tak sekolah tadika. Thanks to them lah. Papa aku suka beli surat khabar, mama aku pula hantu majalah hiburan. Sekolah rendah aku mula berminat dengan siri-siri penyiasatan macam Hardy Boys, Nancy Drew dan satu lagi aku tak ingat tajuk dia, tapi kisah lima sekawan dan ada seekor anjing. Bila dah sekolah menengah mula baca novel cintan cintun ni, macam novel Alaf, siri Sweet Valley High. Dan sekarang ni pula aku banyak baca novel Inggeris especially genre Young Adult walaupun aku dah tak berapa young. Hobi ni akan sentiasa berterusan. Mungkin bahan bacaan aku akan berbeza nanti, but aku akan still membaca sampai bila-bila. 


Menulis

~ Sejak dari sekolah menengah aku memang suka menulis. Aku siap ada buat satu novel bersiri dan pembaca-pembaca adalah sepupu-sepupu aku dan juga classmates. Siap pressure lagi suruh siapkan novel tu. Samalah macam sekarang. Huhu. Aku juga pernah collaborate dengan seorang rakan baik aku yang suka melukis komik tapi dialog dan jalan cerita aku yang buat. Yang ni lagi best, siap senior lagi baca komik buatan sendiri kami tu. Malangnya, kami bergaduh dan hubungan kawan baik selama 3 tahun putus begitu sahaja. So komik kami pun tergantung maka frustlah pembaca-pembaca kami tu. Kat mana dah budak tu sekarang?


Mengumpul CD

~ Rasanya sebelum ni pun aku ada post pasal kumpul cd ni. Sekarang dah lebih 100 cd kot dalam simpanan aku. Boleh check pos sebelum ni kalau nak tahu cerita pasal kumpul cd ni. Kumpul cd kat Malaysia ni memang pakai duit sikit. Mahal sangat tapi dah minat nak buat mcm mana. Boleh je download, tapi aku lebih suka cd. Huhu.


Mengumpul Funko Pop!

~ Hobi ni masih baru lagi. Kenapalah comel sangat patung Funko Pop! ni. Korang boleh google nak tengok macam mana rupa patung Funko Pop! ni. Antara yang ada dalam collection aku sekarang adalah Game of Thrones (Daenerys, Cersei, Jon Snow), Harry Potter (Harry & Hermione), Disney Princess (Rapunzel, Mulan), Marvels (Deadpool, Captain America). Nanti lah aku buat post untuk tunjuk collection aku. 


Mengumpul Tiket Wayang

~ Hobi ni bermula masa di universiti. Kat Kelantan kan, panggung wayang agak payah sikit. So bila masuk universiti ni, aku agak kerap menghabiskan masa kat cinema. Culture shock kot. Tiket yang aku kumpul sejak dari 2006 lagi. Aku siap tampal elok-elok dalam album foto. Setiap satu ada kenangan yang sendiri mostly with my exes lah. 

So that's it. Lima sahaja. Agak banyak dah tu. So you guys are welcome to share pasal hobi korang. Either kat komen or buat sahaja post kat blog korang tu. 

Bye!!!


Selasa, 3 Mei 2016

Strange Love - Part 11

Bab 11

Bunyi deringan telefon bimbit dari dalam bilik mengejutkan Afizi yang sudah hampir terlelap di ruang tamu. Dengan segera Afizi bangun dan berlari ke arah bilik tidurnya. Afizi mengambil telefon yang sedang dicas di atas meja dan merebahkan badannya ke atas katil. 

"Hello.." 

"Ya, kenapa lambat sangat angkat. Buat apa?" Kedengaran suara Irham yang sudah lama dirinduinya. Sudah lebih dua minggu mereka tidak bertemu. Hanya panggilan telefon dan video yang menyatukan mereka berdua. 

"Takde buat apa pun. Ada kat ruang tamu. Tengok tv dengan Umi dan Ila," jawab Afizi. 

"Ya ke? Atau tengah buat something yang naughty.." Irham tergelak kecil. 

"Mana ada. Lagipun naughty sorang-sorang mana best.." Afizi mengusik Irham kembali. 

"Wah.. Kau dah pandai ya sekarang. Flirting, cuba menggoda aku. Depan aku bukan main malu lagi," balas Irham. 

"Saya gurau je lah, Encik Irham. Eh tersebut Encik lagi. Mujurlah Encik jauh. So tak boleh nak hukum lah ya," tambah Afizi pula sambil tergelak.

"Takpe. Jangan bimbang. Aku ada sediakan notebook. Semua kesalahan kau, aku dah catat. Tunggu bila kita jumpa. Siap kau. Naughty sangat kan." Irham ketawa. 

"Okay, saya minta maaf. Kasihanilah saya.. Abang Irham." Afizi turut tergelak. Dia sangat merindui Irham. 

"Oh ya, macam mana perjumpaan petang tadi?" Tiba-tiba Afizi teringat akan temujanji Irham bersama dengan wakil pihak hospital. 

"Okay. Jangan bimbanglah. After surgery pun, aku bukanlah sembuh terus. So aku masih perlukan khidmat nurse aku yang hebat tu," jelas Irham. 

"Bukan nurse sahaja tau. Orang gaji, tukang masak, tukang sapu, teman berbual.. apa lagi..."

"Teman di ranjang..." Irham tergelak besar.

"Irham!!!" 

"Gurau je lah.. Boyfriend. Tersilap sebut tadi. Marah ke?"

"Tak marah pun. Geram je," balas Afizi. 

"Aku rindu kaulah." 

Afizi terkedu seketika mendengar luahan Irham. Dia gembira kerana bukan dia sahaja yang merindui Irham, tetapi Irham juga turut merinduinya. 

"Samalah. Oh ya. Esok kami nak pergi pejabat kedutaan." Afizi cuba mengalih topik perbualan. Terasa kekok pula dengan Irham yang tiba-tiba menjadi romantik. 

"Baguslah. Pergi awal sikit. Oh ya, nanti sebelum pembedahan, aku nak jumpa kau. Kau datang kan?"

"Ya saya datang. Saya kena hantar Umi pergi rumah kawan dia dulu. Lepas tu, saya pergi terus ke hospital."

"Okay. Tidur awal. Nanti mimpikan aku," usik Irham. 

"Baiklah. Good night." Afizi tersenyum. 

"Night."

xxx

"Along, Ila nak tumpang sekali ya. Ila nak jumpa lecturer kat kolej." 

"Okay. Siaplah cepat. Umi dah masuk dalam kereta tu." Afizi mengambil kunci keretanya. Afizi sedikit berdebar. Dia melihat jam di tangannya. Masih lagi awal. Tetapi dia yakin, Irham sudah berada di hospital. 

"Dah siap dah ni." Asilah mengikut Afizi dari belakang. Selepas mengunci pintu rumah mereka berdua masuk ke dalam kereta. 

"Along nak pergi hospital ke atau nak jumpa awek? Wangi sangat." Asilah mengusik abangnya. 

"Along mana ada awek. Pandai-pandai je Ila. Tak baik fitnah." Afizi yang sedang memandu hanya mampu tersenyum kecil dengan usikan adiknya. 

"Manalah tahu. Selalu je bergayut telefon sekarang. Kesian Umi. Umi tak sabar nak timang cucu tu," tambah Asilah lagi.

"Umi tak kisah. Umi nak anak-anak Umi berjaya dulu. Kumpul duit dulu. Baru kahwin. Senang hidup nanti," celah ibu mereka berdua. 

"Entah Ila ni. Ila je lah kahwin dulu. Umi, balik dengan Aunty Zah kan? Ila? Nak Along datang ambil ke?"

"Ya, Aunty Zah hantar Umi balik rumah nanti."

"Ila pun balik dengan kawan. Along tak payah datang ambillah. Teman je bos Along kat hospital tu." Asilah pula menambah. 

"Okay." 

xxx

Puan Soraya berlegar-legar di dalam bilik hospital. Bimbang menantikan waktu pembedahan. 

"Mama, stop. Pening Am tengok Mama," tegur Irham yang sedang berbaring di atas katil. 

"Tak boleh. Mama nervous ni," balas Puan Soraya sambil terus berjalan. 

"Mama, jangan bimbanglah. Datang sini." Irham memanggil ibunya untuk datang ke tepi katil. 

Irham memegang tangan ibunya. 

"Ma, terima kasih kerana datang. Dan Am juga nak minta maaf kalau Am banyak melukakan hati Mama," luah Irham. 

"Ish.. Janganlah cakap macam tu. Lagi Mama runsing."

"Mama... Am bedah kaki je. Mama sendiri pun patut tahu risiko rendah jer. Kalau tak berjaya sekalipun, Am dah redha. Dah jangan nak emosi. Nanti Am pula yang jadi takut." Irham mengusap-usap tangan ibunya. 

xxx

Afizi membawa bakul yang mengandungi buah-buahan dengan berhati-hati. Sempat juga dia bertegur sapa dengan bekas rakan sekerjanya. 

"Encik Misi..."

Afizi berpaling ke arah suara yang memanggilnya. Ilyas, adik kepada Irham melambai-lambai dan menuju ke arahnya.

"Iyas, bila sampai sini?"

"Dah 3 hari dah. Eh bukan main lama lagi bergayut dengan abang. Takkan dia tak bagi tahu adik dia dah sampai." Sempat lagi Ilyas mengusiknya.

"Mana ada bergayut lama. Tanya khabar je tu. Mungkin dia terlupa." Afizi memberi alasan. 

"Masuklah. Abang ada tu. Tengah tunggu seseorang yang istimewa. Hehe. I nak keluar kejap. Jangan nak naughty sangat. Mama ada di hospital ni," usik Ilyas lagi.

"Ish.. Tak adalah. Okay saya masuk dulu ya." 

Afizi membuka pintu balik. Kelihatan Irham sedang berbaring di atas katil. Matanya terpejam. Mungkin sedang tidur. Afizi meletakkan bakul yang dipegangnya di atas meja di sisi katil Irham. Sedang dia berlalu, tangannya dipegang.

"Eh.. ingat ke tidur." Afizi sedikit terkejut dengan tindakan Irham. 

"Tidur ayam je. Kejap lagi kena bius. So tunggu je lah nanti untuk tidur." Irham masih belum mahu melepaskan tangan Afizi. Afizi duduk di atas kerusi yang ada di tepi katil. Tangan mereka masih melekap erat. 

"I miss you..." luah Irham dengan perlahan. 

Afizi tersenyum. Entah bila perasaan sayangnya kepada Irham menjadi semakin besar. 

"Samalah. Miss you too." Afizi cuba menarik tangannya. Bimbang jika ibu Irham masuk ke dalam bilik secara tiba-tiba. 

"Aunty pergi mana?"

"Entahlah. Tadi dia keluar nak jumpa Abang Lan. Adalah tu kot. Dengan Abang Lan and the other doctors," jelas Irham. 

"Ooh.. Bila nak masuk bilik surgery?"

"Lebih kurang satu jam.... Kau takut ke?" tanya Irham.

Afizi mengangguk. Irham kembali memegang tangan Afizi.

"I'll be fine... Don't worry."

Afizi hanya mampu tersenyum. Entah mengapa perasaan bimbangnya datang secara tiba-tiba. Mungkin suasana di hospital, bau ubat-ubatan telah membangkit rasa runsing yang ada di dalam dirinya. 

Pintu bilik dibuka. Dengan segera Afizi menarik tangannya. 

"Eh.. Afizi dah sampai. Apa khabar?" tegur Puan Soraya. 

"Saya baik, Aunty." Afizi bangun dari kerusi untuk memberi ruang kepada Puan Soraya. 

"Am, Mama tertinggal beg pakaian Am. Kelam kabut sangat pagi tadi. Mama pergi balik ambil beg sekejap ya. Sempat lagi ni," ujar Puan Soraya. 

"Sempat ke Ma. Nanti kalau traffic busy macam mana? I need you here. Lepas surgery lah pergi ambil," balas Irham. 

"Kejap je." Ibu Irham masih tidak mahu mengalah.

"Tak apa. Biar saya pergi ambil. Aunty boleh teman Irham kat sini. Saya ada kunci. Kat mana beg tu?" celah Afizi. Bimbang pula melihat Puan Soraya yang runsing dan bimbang untuk memandu pulang ke rumah. 

"Menyusahkan Fizi je. Aunty tak sure Aunty letak kat mana. Mungkin dekat dapur sebab Aunty ada masukkan bekas air panas kat dalam beg."

"Tak apa. Biar saya cari. Encik Irham ada nak pesan apa-apa lagi ke?" Afizi melihat reaksi muka Irham sedikit bengang kerana Afizi akan meninggalkannya. 

Irham hanya menggelengkan kepalanya. 

xxx

Setelah beberapa minit, Afizi berjaya menemui beg yang memuatkan pakaian dan barang keperluan Irham. Dia melihat ke dalam beg. Memeriksa jika semua barang yang penting sudah diisi. Setelah puas hati dengan isi kandungan beg, Afizi melangkah keluar dari rumah Irham. 

Sewaktu dia sedang mengunci pintu, kedengaran suara bayi yang sedang menangis. Afizi berpaling dan kelihatan seorang lelaki sedang membawa seorang bayi.

Lelaki itu berhenti di hadapan Afizi. Afizi bingung. 

"Ini Irham ya?" tanya lelaki itu?

"Ooh.. Irham tak ada. Dia dekat hospital. Tengah menjalani pembedahan kaki. Kenapa ya? Saya pembantu dia." Rasa ingin tahu mula menyelubungi Afizi. 

"Saya Rafik, sepupu kepada Aisha. Ada amanah untuk diberi kepada Irham," jelas lelaki itu. 

"Aisha?"

"Ya.. Kawan kepada Irham. Aisha Idris."

Afizi mula teringat akan Aisha yang pernah ditemuinya suatu ketika dulu. 

"Oh ya, Aisha. Amanah apa ya?" tanya Afizi lagi.

"Ini.. Ini anak Irham. Kami dah buat semua surat beranak. Segala maklumat semua ada dalam beg ini." Lelaki itu menghulurkan bayi itu kepada Afizi. 

Afizi yang masih lagi bingung dan terkejut hanya mampu menyambut bayi itu. 

"Saya kena balik sekarang. Ada hal. Saya ada letak botol susu dan susu sekali dalam beg itu juga ya. Pergi dulu." Lelaki itu terus berlalu pergi tanpa sempat Afizi mengutarakan banyak lagi soalan yang berlegar di dalam fikirannya.

Afizi yang masih lagi terkejut, membuka kembali pintu rumah Irham. Dia melihat ke arah bayi itu. Anak Irham. Kenapa Irham tidak pernah menceritakan apa pun kepada dirinya. 

Perasaan Afizi berkecamuk. Marah, keliru, bingung. Dia buntu. Apa yang harus dilakukannya. 

xxx

To be continued...
F.I


Sabtu, 30 April 2016

Bad Blogger

Me... Yup I'm a bad blogger lately. 

Dah almost two months kot aku tinggalkan blog. As usual, busy dengan kerja. Dan bila ada freetime, komitmen lain pula menyusul. Sorry pada yang email minta novel dan juga minta tulis novel. Sekarang aku cuti (dapat another extra day, so cuti sampai Tuesday). My plan is to write. 

So wish me luck. 

Rabu, 3 Februari 2016

2015 Favorites: LGBTQ Books

Hello!!!

Last post untuk list favorites aku sepanjang tahun 2015. Aku memang hantu buku dan selalu baca buku. Tapi post aku ni lebih memberi fokus kepada buku-buku lgbtq. Okay, tak nak melalut panjang. Here are my favorites books in 2015


Carry On by Rainbow Rowell

Probably buku lgbt paling popular dan juga paling mainstream. Dekat kedai2 buku seperti MPH dan Popular pun ada jual Carry On ni. Sangat best. I read this like 4 times already. Kisah Simon dan seteru utamanya, Baz di sebuah wizard school. Inspirasi watak Harry Potter dan Draco Malfoy tetapi masih lagi mempunyai keunikan yang tersendiri. 5 Stars



Carry The Ocean by Heidi Cullinan

This book sangat unik. Kisah persahabatan dan cinta antara dua individu yang mempunyai kekurangan yang tersendiri. Salah seorang mengalami autism dan seorang lagi mengalami depresi. Tapi olahan cerita dia sangat menarik. 5 Stars



Loving Jay by Renae Kaye

Another amazing book. Kisah cinta dua individu yang berbeza. Liam yang masih lagi keliru dengan seksualitinya dan Jay yang sangat yakin dan vibrant. Sangat romantik. 5 Stars.



Minnesota Christmas Series by Heidi Cullinan

Siri buku favorite aku. Ketiga-tiga buku sangat best dan romantik. Dan jugak steamy. Hehe. Let It Snow mengisahkan Frankie, seorang stylist yang terperangkap di dalam ribut salji sehinggalah dia diselamatkan oleh 3 orang lumberjacks (my fantasy too) yang menawarkan Frankie untuk tinggal/berteduh di kabin milik mereka. 2 orang daripadanya iaitu Arthur dan Paul melayan Frankie dengan baik tetapi Marcus pula dingin dengannya dan ini membuatkan Frankie ingin tahu mengapa Marcus melayannya dengan buruk. Buku kedua pula kisah Arthur (another lumberjack) dengan seorang librarian yang sangat nerdy dan suka bersendirian dan buku ketiga mengisahkan Paul yang sedikit cemburu dengan kawan-kawannya yang sudah berpasangan. Kyle, seorang nurse yang sudah lama crush kepada Paul cuba untuk memikat Paul apabila dia tahu yang Paul sudah single. Great series. 5 Stars



Beware of Geeks Bearing Gifts by Charlie Cochet

Novel komedi romantik mengisahkan seorang polis, Quinn yang telah tercedera semasa satu operasi. Dia terpaksa bercuti dan berehat di rumah. Jirannya, Spencer yang melihat berita di televisyen membuat keputusan untuk melawat Quinn sambil membawa dessert walaupun mereka tidak pernah bercakap sebelum ini. Banyak part kelakar. 4 Stars



Just A Bit Confusing by Alessandra Hazard

Mengisahkan dua orang rakan sejak dari kecil lagi iaitu Ryan dan James. James menyukai Ryan sejak dari kecil lagi tetapi dia sedar yang Ryan adalah straight. Jadi dia hanya memendam perasaan. Sehinggalah James mula mempunyai boyfriend. Ryan mula cemburu walaupun Ryan sendiri sudahpun mempunyai girlfriend. 4 Stars.



Love In Transition by E.M Leya

Mengisahkan seorang wanita transgender Lexi yang meminati sukan luncur ais tetapi sedar yang dia tidak akan dapat menyertai sukan ini kerana status jantinanya. Satu hari, salah seorang atlet yang sedang berlatih, John ternampak Lexi dan terpikat dengan Lexi. Hubungan mereka mula rapat tetapi Lexi tidak tahu bagaimana untuk memberitahu John yang dia adalah transgender. 4 Stars



No! Jocks Don't Date Guys by Wade Kelly

Cerita kolej yang kelakar. Mengisahkan seorang atlet kolej, Chris yang menyukai seorang pelajar gothic, Alonzo. Alonzo keliru apabila Chris cuba untuk memikatnya dan berpendapat yang Chris cuba untuk mempermainkannya. 4 Stars. 



Sunset Park by Santino Hansell. 

Novel ni actually siri kedua dalam satu siri buku. Aku belum baca lagi novel first but novel kedua ni boleh je dibaca walaupun x baca novel yang first. Mengisahkan Raymond yang terpaksa berpindah kerana abangnya akan tinggal dengan teman lelakinya dan mereka akan memulakan kehidupan berkeluarga. Kawannya, David bersetuju untuk membenarkan Raymond berpindah ke rumahnya. Konflik mula timbul apabila David mula menyukai Raymond. 4 Stars.



Unwrapping Hank by Eli Easton

Novel yang bertemakan krismas juga. Sloane yang tidak dapat pulang ke rumah untuk menyambut krismas bersetuju untuk mengikut kawan baiknya, Micah. Walaupun dia agak gelisah sebenarnya kerana adik Micah, Hank dan dirinya tidak mempunyai hubungan yang baik. 4 Stars. 



Valor On The Move by Keira Andrews

Mengisahkan seorang bodyguard yang ditugaskan untuk menjaga anak presiden. Berbanding abang dan kakaknya yang agak liar, Rafael lebih gemar menghabiskan masanya dengan mencuba resipi baru. Walaupun ibu dan bapanya mahu Rafael terlibat dengan politik tetapi Rafa berhasrat untuk menjadi seorang chef. Rafael terpaksa memasak di waktu malam supaya tidak diketahui oleh keluarganya sehinggalah bodyguard barunya, Shane mengetahui rahsianya. Hubungan mereka mula menjadi rapat sehinggalah wujud satu rancangan untuk menculik Rafael. 4 Stars. 

That's it.. Habis juga list favorites aku. Kalau ada siapa yang nak baca novel ni boleh email aku untuk versi epub. Tapi kena sabarlah sikit untuk aku reply sebab aku akan bercuti di Kelantan. Baru je balik Kelantan hari tu. Mujur cuti panjang so boleh cuti semula. 

Jumpa lagi!!

Previous

2015 Favorites: Music

Hello!!!

Sambungan list favorites aku. Tapi kali ni music pula iaitu my favorite albums dan juga songs from 2015!!!

Favorite Albums


Adele - 25
Fifth Harmony - Reflection
Demi Lovato - Confident
Meghan Trainor - Title
The Weeknd - Beauty Behind The Madness
Little Mix - Get Weird
James Bay - Chaos And The Calm
Selena Gomez - Revival
Jess Glynne - I Cry When I Laugh
Justin Bieber - Purpose

Aku mostly listen to Pop music. Adalah sikit2 RnB but that's it. So list aku mostly consist of pop albums. Then, lagu-lagu pulak. Aku ni suka dengar lagu so nak pick 10 jer memang susah but setelah lama mengulangkaji, here are my Top 10



Wiz Khalifa Ft. Charlie Puth - See You Again




Adele - Hello




Little Mix - Black Magic




James Bay - Let It Go




Jess Glynne - Take Me Home




Demi Lovato - Cool For The Summer




Justin Bieber - Love Yourself




Sam Smith - Writing's On The Wall




Charlie Puth Ft. Meghan Trainor - Marvin Gaye




Meghan Trainor Ft. John Legend - Like I'm Gonna Lose You

Dan final list pula adalah buku. Will be on my next post. 

See ya

Previous