Iklan

Isnin, 11 Januari 2016

2015 Favorites: LGBTQ Movies

Hello!!!

Masih lagi dalam mood me'listing' favorite aku sepanjang tahun lepas. Seterusnya part last untuk movie selepas Hollywood movies dan Bollywood movies iaitu my favorite LGBTQ movies pada tahun lepas. Here are my favorites. 


Cuatro Lunas

I did a review for this movie. Kompilasi 4 kisah yang sangat menarik. Boleh check my review here

http://freaklikeusfi.blogspot.my/2015/02/gay-movie-cuatro-lunas.html



Xenia

Juga pernah direview. Mengisahkan 2 orang adik beradik yang mencari ayah mereka. Kinda a road trip movie. Sangat menghiburkan.



Jess & James

Another road trip movie. Tapi kali ni antara dua orang strangers yang baru bertemu. Selepas one night stand, James telah mengajak Jess untuk mengikutinya yang ingin melarikan diri dari ibunya yang agak annoying. Jess bersetuju kerana ingin melawat abangnya yang telah lama menghilangkan diri. Dua pelakon utama sangat seksi. Huhu



Boy Meets Girl

Kisah cinta di antara seorang gadis transgender dengan kawan baiknya semenjak dari kecil lagi. Sangat touching dan ada certain part sangat kelakar. I'll make a review untuk this movie nanti. Sangat menarik. 



Beira-Mar aka Seashore

Mengisahkan dua orang kawan yang mana hubungan mereka telah menjadi renggang cuba untuk memulihkan kembali persahabatan mereka. Salah seorang dari mereka ialah gay dan seorang lagi agak curious. Movie agak slow but still menghiburkan. Sinematografi sangat cantik. 



You and I

Another road trip movie. Jonas mengajak rakan baiknya, Phillip untuk menemaninya melawat site menarik untuk projek fotografinya. Walaupun Phillip gay, persahabatan mereka langsung tidak terjejas. Sehinggalah mereka menumpangkan seorang lelaki, Boris. Boris menunjukkan rasa minat terhadap Phillip dan ini membuatkan Jonas mula cemburu. Ketiga-tiga pelakon utama sangat seksi. So boleh cuci mata. 



Velociraptor

Mengisahkan dua orang sahabat. Apabila ada desas desus mengatakan yang dunia hampir tamat, Alex yang masih lagi virgin meminta bantuan rakan baiknya yang straight, Diego untuk bereksperimentasi bersamanya. Chemistry antara pelakon sangat bagus. Lakonan pelakon sangat baik terutama babak pertama kali mereka. It was so awkward. 

Mungkin ada movie yang aku tertinggal. Don't forget to leave your comment kalau ada apa-apa movie yang best yang patut aku tonton. 

Previous

2015 Favorites: Bollywood Movies

Hello!!!

Tahun lepas, entah kenapa aku banyak menonton filem dari India. Bollywood movies zaman sekarang honestly dah tak seperti dulu. Kalau dulu kejap-kejap nyanyi, tapi sekarang semua tu dah tone down sikit. Jalan cerita dia pun dah makin matang. Bilalah filem-filem kat Malaysia nak capai standard macam ni. 

My mom memang peminat filem2 Bollywood. So list ni jugak turut dibantu oleh Mak aku. Cuma dia tak tahulah yang aku post kat sini. Hehe. Here are my Top 10 Bollywood Movies (in no particular order)


Bajirao Mastani

Filem Bollywood paling latest yang aku tengok. Produksi dia memang mantap. Walaupun filem ni, filem epik, tapi jalan cerita dia still menarik. Aku ni bukanlah peminat cerita epik, tapi filem ni okay bagi aku. 



Dil Dhadakne Do

Mengisahkan konflik sebuah keluarga yang sedang bercuti di atas kapal. Walaupun ada part yang agak meleret (kadangkala boring) tapi still menghiburkan.



ABCD 2

Varun Dhawan dalam cerita ni sangat seksi. Especially part dia menari. Jalan cerita filem ni berkisar pada satu pasukan tarian. Entertaining lah jugak. 



Piku

Jalan cerita ni sangat menarik. Plot utama dia adalah hubungan antara seorang ayah yang sangat cerewet dan anak perempuannya yang annoyed dengan perangai bapaknya tu. Sangat menyentuh hati. Especially the ending. 



Dilwale

Sekarang ni tengah demam Dilwale. Pawagam pun selalu sold out. Jalan cerita biasa-biasa je tapi aku suka dengan lagu-lagu. Rindu sangat dengan SRK-Kajol tetapi Varun Dhawan sekali lagi menambat hati aku. Erkkk 



Tanu Weds Manu Return

Sequel kepada filem komedi, Tanu Weds Manu. Kali ni pasangan Tanu dan Manu dah mula bergaduh setelah 4 tahun berkahwin. Kelakar sangat. 



Hero 

Filem cinta. Gandingan dua pelakon baru yang merupakan anak kepada pelakon Bollywood. Aku suka dengan lagu-lagu dalam filem ni. Plot dia agak biasa; cinta terhalang. Tapi still menghiburkan.



Prem Ratan Dhan Payo

Filem romantik komedi lakonan Salman Khan dan Sonam Kapoor. Inspirasi dari filem The Prince and The Pauper. Aku suka gandingan Salman dan Sonam walaupun dah macam ayah dan anak aku tengok. 



Dum Laga Ke Haisha

Cerita ni sangat best. Heroin dia sangat unik. Mengisahkan seorang gadis yang bertubuh gempal yang telah dijodohkan dengan seorang lelaki kacak. Suaminya tidak suka pada isterinya sehinggalah mereka jatuh cinta apabila menyertai pertandingan lari berhalangan sambil mengangkat isteri. Kelakar sangat filem ni. 



Bajrangi Bhaijaan

Finally.. Definitely my favorite. Arghh.. Filem ni sangat touching. Sangat different dengan filem Salman Khan sebelum ni. Mengisahkan seorang lelaki India yang cuba menghantar paling budak perempuan Pakistan yang terpisah dengan keluarganya. Journey mereka dari India ke Pakistan sangat sangat menyentuh hati. 

Previous

Rabu, 6 Januari 2016

2015 Favorites: Movies

Hello!!!

Happy New Year untuk semua readers. Hari ni aku just nak share favorite movies aku sepanjang 2015. Seperti yang aku ckp before, aku ni memang hantu movies. Balik Kelantan hari tu pun, menggigil-gigil sebab kat Kelantan kan mana ada pawagam. Filem-filem kat Astro pulak rasanya dah agak boring. So this is my top 10 movies (English movies only) for this year. 


Star Wars: The Force Awakens

Yeah.. Gosh, aku suka sangat dengan movie ni. Nak kata aku ni huge fan of Star Wars franchise, tidaklah sangat. But this movie just perfect for me. Aku suka sangat dengan watak-watak baru seperti Rei, Finn, Poe dan yang paling penting sekali BB-8. Great movie to end 2015 for me. 



Mission Impossible: Rogue Nation

The best MI movie ever. Banyak aksi-aksi tak logik, tapi nama movie ni pun dah Mission Impossible kan. I'm so excited to find out that there'll be a movie number 6 for this one. 



Inside Out

Animasi paling terbaik tahun ni. Filem-filem animasi tahun ni agak kureng sikit berbanding tahun lalu. Last year ada Big Hero 6, Mr Peabody, Book of Life, Lego Movie, Boxtrolls. Tahun ni bagi aku Inside Out dan The Good Dinosaur je yang best. Yang lain agak mengecewakan especially Minions.



Me And Earl And The Dying Girl

Adaptasi dari buku yang agak popular. Peminat The Fault In Our Stars will love this movie. Sangat quirky dan fun dan sedih. 



Pitch Perfect 2

Ramai yang cakap sequel ni tak best. Tapi aku suka je. Mungkin tak sekuat the first one but still I love this. Rebel Wilson (Fat Amy) is like one of my favorite movie characters ever. 



Fifty Shades of Grey

Adaptasi dari siri buku erotik yang sangat popular. Movie dia takdelah senakal novelnya tapi filem ni still kena ban kat Malaysia. Jamie Dornan (Christian Grey) is so freakin' sexy. Probably the main reason, movie ni antara favorite aku pada tahun 2015. 



It Follows

Aku kalau tengok citer seram, mesti ada yang tak puas hati. Standard aku untuk filem seram agak tinggi. This one is perfect for me. Agak psiko dan menakutkan. Siapa yang suka cerita seram, should watch this. Must watch actually, not should. 



The Martian

Movie yang sangat mendebarkan. Masa part Matt Damon berjaya diselamatkan tu, aku memang tutup mata. Aku tak boleh bayang, kalau benda ni berlaku kat aku. 



Spy

Filem komedi paling banyak aku gelak. Melissa McCarthy is awesome. Even watak-watak lain dalam filem ini juga sangat menyerlah. 



Furious 7

Never tired of this franchise. Furious 7 is definitely my favorite ever in the series. The last scene sangat menyentuh hati. I'm going to miss Paul Walker. 

Itu saja. Banyak lagi movies yang best. Kalau ikutkan nak je aku senarai Top 50 tapi nanti boring pula korang dengar aku merepek. But the next two list, juga akan berkisar pada movies. LGBTQ movies and Bollywood movies. Hehe. 

Bye.