Iklan

Isnin, 11 Januari 2016

2015 Favorites: Bollywood Movies

Hello!!!

Tahun lepas, entah kenapa aku banyak menonton filem dari India. Bollywood movies zaman sekarang honestly dah tak seperti dulu. Kalau dulu kejap-kejap nyanyi, tapi sekarang semua tu dah tone down sikit. Jalan cerita dia pun dah makin matang. Bilalah filem-filem kat Malaysia nak capai standard macam ni. 

My mom memang peminat filem2 Bollywood. So list ni jugak turut dibantu oleh Mak aku. Cuma dia tak tahulah yang aku post kat sini. Hehe. Here are my Top 10 Bollywood Movies (in no particular order)


Bajirao Mastani

Filem Bollywood paling latest yang aku tengok. Produksi dia memang mantap. Walaupun filem ni, filem epik, tapi jalan cerita dia still menarik. Aku ni bukanlah peminat cerita epik, tapi filem ni okay bagi aku. 



Dil Dhadakne Do

Mengisahkan konflik sebuah keluarga yang sedang bercuti di atas kapal. Walaupun ada part yang agak meleret (kadangkala boring) tapi still menghiburkan.



ABCD 2

Varun Dhawan dalam cerita ni sangat seksi. Especially part dia menari. Jalan cerita filem ni berkisar pada satu pasukan tarian. Entertaining lah jugak. 



Piku

Jalan cerita ni sangat menarik. Plot utama dia adalah hubungan antara seorang ayah yang sangat cerewet dan anak perempuannya yang annoyed dengan perangai bapaknya tu. Sangat menyentuh hati. Especially the ending. 



Dilwale

Sekarang ni tengah demam Dilwale. Pawagam pun selalu sold out. Jalan cerita biasa-biasa je tapi aku suka dengan lagu-lagu. Rindu sangat dengan SRK-Kajol tetapi Varun Dhawan sekali lagi menambat hati aku. Erkkk 



Tanu Weds Manu Return

Sequel kepada filem komedi, Tanu Weds Manu. Kali ni pasangan Tanu dan Manu dah mula bergaduh setelah 4 tahun berkahwin. Kelakar sangat. 



Hero 

Filem cinta. Gandingan dua pelakon baru yang merupakan anak kepada pelakon Bollywood. Aku suka dengan lagu-lagu dalam filem ni. Plot dia agak biasa; cinta terhalang. Tapi still menghiburkan.



Prem Ratan Dhan Payo

Filem romantik komedi lakonan Salman Khan dan Sonam Kapoor. Inspirasi dari filem The Prince and The Pauper. Aku suka gandingan Salman dan Sonam walaupun dah macam ayah dan anak aku tengok. 



Dum Laga Ke Haisha

Cerita ni sangat best. Heroin dia sangat unik. Mengisahkan seorang gadis yang bertubuh gempal yang telah dijodohkan dengan seorang lelaki kacak. Suaminya tidak suka pada isterinya sehinggalah mereka jatuh cinta apabila menyertai pertandingan lari berhalangan sambil mengangkat isteri. Kelakar sangat filem ni. 



Bajrangi Bhaijaan

Finally.. Definitely my favorite. Arghh.. Filem ni sangat touching. Sangat different dengan filem Salman Khan sebelum ni. Mengisahkan seorang lelaki India yang cuba menghantar paling budak perempuan Pakistan yang terpisah dengan keluarganya. Journey mereka dari India ke Pakistan sangat sangat menyentuh hati. 

Previous

2 ulasan: