Iklan

Rabu, 3 Februari 2016

2015 Favorites: TV Shows

Hello!!!

Aku teruskan lagi list favorite aku sepanjang tahun 2015 yang lepas. Kali ini tv show pulak. Aku banyak menonton siri tv. Dan 10 siri tv ini adalah favorite aku sepanjang tahun 2015.


Jane The Virgin

Siri tv yang sangat kelakar. Aku tak sure pula samada siri tv ni ada ditayangkan di Malaysia, but you guys should check this out. Sekarang dah sampai season 2 and Jane is no longer pregnant. Dah bersalin so sekarang masanya untuk Jane membuat pilihan di antara Rafael dan Michael. Watak favorite aku adalah Rogelio, ayah kepada Jane. Sangat kelakar. 



iZombie

Aku belum tengok lagi season 2 tapi season 1 was amazing. Mengisahkan seorang gadis yang mempunyai masa depan yang cerah, bakal menjadi doktor dan sudah bertunang dengan lelaki yang perfect. Tetapi Liv telah dicakar oleh seorang (or seekor?) zombie dan menyebabkan dirinya turut dijangkiti virus yang menukarkannya kepada zombie. Hidup Liv mula berubah. iZombie ni ada ditayangkan di Warner TV, HyppTV. 



sense8

Science fiction bukanlah genre favorite aku sangat but this siri tv sangat best. Mengisahkan 8 orang strangers dari seluruh dunia yang dihubungkan pemikiran mereka. Agak complicated nak explain. Kena tengok sendiri. Jalan cerita dia agak rumit tapi watak2 dalam siri ini sangat likeable. Ada ditayangkan di Netflix Malaysia. 



The Flash

My favorite superhero. Kalau orang lain mesti pilih Superman, Batman, Iron Man tapi aku pulak dari dulu lagi suka dengan The Flash. Tak tahulah mengapa. Mungkin sebab personaliti aku dengan The Flash ni paling hampir berbanding superheroes lain. Siri tv ni sangat best. Warner TV ada tayang season 2 iaitu season paling latest. TV3 pun ada tayang jugak tapi season 1 rasanya. 



Quantico

Kisah seorang ejen fbi yang diperangkap dan dituduh terlibat dalam pengeboman satu tempat. Alex, lakonan Priyanka Chopra perlu membuktikan yang dia tidak bersalah. Ada ditayangkan di AXN. Sangat mendebarkan dan penuh aksi. 



Mr. Robot

Another science fiction. Juga sangat rumit untuk difahami tapi seriously memang best. Membuatkan kita berfikir. Mengisahkan seorang hacker yang cuba untuk menjatuhkan company yang menyebabkan ayahnya meninggal. Penuh dengan kejutan. 



Outlander

Another Sci-fi series. Tapi yang ni lebih romantik. Kisah seorang wanita yang merentas masa. Sinematografi sangat cantik. 



Please Like Me

Best sangat. Siri tv lgbtq favorite aku. Baru je habis season 3. Cerita yang funny dan watak2 yang agak quirky dan unique. 



How To Get Away With Murder

Fokus utama adalah undang-undang. Mengisahkan pelajar-pelajar law dengan mentor dan pensyarah mereka. Sangat mendebarkan. 



Unreal

Siri tv ni ada tayang kat channel Lifetime 702 Astro. Sangat best. Kisah di belakang tabir rancangan realiti ala The Bachelor. Heroin dia favorite aku. Shiri Appleby aka Liz from Roswell. 

Previous


1 ulasan:

  1. Banyak yang aku termiss sebab takda tv kat hostel. ALAAAAA

    BalasPadam