Iklan

Selasa, 3 Mei 2016

Strange Love - Part 11

Bab 11

Bunyi deringan telefon bimbit dari dalam bilik mengejutkan Afizi yang sudah hampir terlelap di ruang tamu. Dengan segera Afizi bangun dan berlari ke arah bilik tidurnya. Afizi mengambil telefon yang sedang dicas di atas meja dan merebahkan badannya ke atas katil. 

"Hello.." 

"Ya, kenapa lambat sangat angkat. Buat apa?" Kedengaran suara Irham yang sudah lama dirinduinya. Sudah lebih dua minggu mereka tidak bertemu. Hanya panggilan telefon dan video yang menyatukan mereka berdua. 

"Takde buat apa pun. Ada kat ruang tamu. Tengok tv dengan Umi dan Ila," jawab Afizi. 

"Ya ke? Atau tengah buat something yang naughty.." Irham tergelak kecil. 

"Mana ada. Lagipun naughty sorang-sorang mana best.." Afizi mengusik Irham kembali. 

"Wah.. Kau dah pandai ya sekarang. Flirting, cuba menggoda aku. Depan aku bukan main malu lagi," balas Irham. 

"Saya gurau je lah, Encik Irham. Eh tersebut Encik lagi. Mujurlah Encik jauh. So tak boleh nak hukum lah ya," tambah Afizi pula sambil tergelak.

"Takpe. Jangan bimbang. Aku ada sediakan notebook. Semua kesalahan kau, aku dah catat. Tunggu bila kita jumpa. Siap kau. Naughty sangat kan." Irham ketawa. 

"Okay, saya minta maaf. Kasihanilah saya.. Abang Irham." Afizi turut tergelak. Dia sangat merindui Irham. 

"Oh ya, macam mana perjumpaan petang tadi?" Tiba-tiba Afizi teringat akan temujanji Irham bersama dengan wakil pihak hospital. 

"Okay. Jangan bimbanglah. After surgery pun, aku bukanlah sembuh terus. So aku masih perlukan khidmat nurse aku yang hebat tu," jelas Irham. 

"Bukan nurse sahaja tau. Orang gaji, tukang masak, tukang sapu, teman berbual.. apa lagi..."

"Teman di ranjang..." Irham tergelak besar.

"Irham!!!" 

"Gurau je lah.. Boyfriend. Tersilap sebut tadi. Marah ke?"

"Tak marah pun. Geram je," balas Afizi. 

"Aku rindu kaulah." 

Afizi terkedu seketika mendengar luahan Irham. Dia gembira kerana bukan dia sahaja yang merindui Irham, tetapi Irham juga turut merinduinya. 

"Samalah. Oh ya. Esok kami nak pergi pejabat kedutaan." Afizi cuba mengalih topik perbualan. Terasa kekok pula dengan Irham yang tiba-tiba menjadi romantik. 

"Baguslah. Pergi awal sikit. Oh ya, nanti sebelum pembedahan, aku nak jumpa kau. Kau datang kan?"

"Ya saya datang. Saya kena hantar Umi pergi rumah kawan dia dulu. Lepas tu, saya pergi terus ke hospital."

"Okay. Tidur awal. Nanti mimpikan aku," usik Irham. 

"Baiklah. Good night." Afizi tersenyum. 

"Night."

xxx

"Along, Ila nak tumpang sekali ya. Ila nak jumpa lecturer kat kolej." 

"Okay. Siaplah cepat. Umi dah masuk dalam kereta tu." Afizi mengambil kunci keretanya. Afizi sedikit berdebar. Dia melihat jam di tangannya. Masih lagi awal. Tetapi dia yakin, Irham sudah berada di hospital. 

"Dah siap dah ni." Asilah mengikut Afizi dari belakang. Selepas mengunci pintu rumah mereka berdua masuk ke dalam kereta. 

"Along nak pergi hospital ke atau nak jumpa awek? Wangi sangat." Asilah mengusik abangnya. 

"Along mana ada awek. Pandai-pandai je Ila. Tak baik fitnah." Afizi yang sedang memandu hanya mampu tersenyum kecil dengan usikan adiknya. 

"Manalah tahu. Selalu je bergayut telefon sekarang. Kesian Umi. Umi tak sabar nak timang cucu tu," tambah Asilah lagi.

"Umi tak kisah. Umi nak anak-anak Umi berjaya dulu. Kumpul duit dulu. Baru kahwin. Senang hidup nanti," celah ibu mereka berdua. 

"Entah Ila ni. Ila je lah kahwin dulu. Umi, balik dengan Aunty Zah kan? Ila? Nak Along datang ambil ke?"

"Ya, Aunty Zah hantar Umi balik rumah nanti."

"Ila pun balik dengan kawan. Along tak payah datang ambillah. Teman je bos Along kat hospital tu." Asilah pula menambah. 

"Okay." 

xxx

Puan Soraya berlegar-legar di dalam bilik hospital. Bimbang menantikan waktu pembedahan. 

"Mama, stop. Pening Am tengok Mama," tegur Irham yang sedang berbaring di atas katil. 

"Tak boleh. Mama nervous ni," balas Puan Soraya sambil terus berjalan. 

"Mama, jangan bimbanglah. Datang sini." Irham memanggil ibunya untuk datang ke tepi katil. 

Irham memegang tangan ibunya. 

"Ma, terima kasih kerana datang. Dan Am juga nak minta maaf kalau Am banyak melukakan hati Mama," luah Irham. 

"Ish.. Janganlah cakap macam tu. Lagi Mama runsing."

"Mama... Am bedah kaki je. Mama sendiri pun patut tahu risiko rendah jer. Kalau tak berjaya sekalipun, Am dah redha. Dah jangan nak emosi. Nanti Am pula yang jadi takut." Irham mengusap-usap tangan ibunya. 

xxx

Afizi membawa bakul yang mengandungi buah-buahan dengan berhati-hati. Sempat juga dia bertegur sapa dengan bekas rakan sekerjanya. 

"Encik Misi..."

Afizi berpaling ke arah suara yang memanggilnya. Ilyas, adik kepada Irham melambai-lambai dan menuju ke arahnya.

"Iyas, bila sampai sini?"

"Dah 3 hari dah. Eh bukan main lama lagi bergayut dengan abang. Takkan dia tak bagi tahu adik dia dah sampai." Sempat lagi Ilyas mengusiknya.

"Mana ada bergayut lama. Tanya khabar je tu. Mungkin dia terlupa." Afizi memberi alasan. 

"Masuklah. Abang ada tu. Tengah tunggu seseorang yang istimewa. Hehe. I nak keluar kejap. Jangan nak naughty sangat. Mama ada di hospital ni," usik Ilyas lagi.

"Ish.. Tak adalah. Okay saya masuk dulu ya." 

Afizi membuka pintu balik. Kelihatan Irham sedang berbaring di atas katil. Matanya terpejam. Mungkin sedang tidur. Afizi meletakkan bakul yang dipegangnya di atas meja di sisi katil Irham. Sedang dia berlalu, tangannya dipegang.

"Eh.. ingat ke tidur." Afizi sedikit terkejut dengan tindakan Irham. 

"Tidur ayam je. Kejap lagi kena bius. So tunggu je lah nanti untuk tidur." Irham masih belum mahu melepaskan tangan Afizi. Afizi duduk di atas kerusi yang ada di tepi katil. Tangan mereka masih melekap erat. 

"I miss you..." luah Irham dengan perlahan. 

Afizi tersenyum. Entah bila perasaan sayangnya kepada Irham menjadi semakin besar. 

"Samalah. Miss you too." Afizi cuba menarik tangannya. Bimbang jika ibu Irham masuk ke dalam bilik secara tiba-tiba. 

"Aunty pergi mana?"

"Entahlah. Tadi dia keluar nak jumpa Abang Lan. Adalah tu kot. Dengan Abang Lan and the other doctors," jelas Irham. 

"Ooh.. Bila nak masuk bilik surgery?"

"Lebih kurang satu jam.... Kau takut ke?" tanya Irham.

Afizi mengangguk. Irham kembali memegang tangan Afizi.

"I'll be fine... Don't worry."

Afizi hanya mampu tersenyum. Entah mengapa perasaan bimbangnya datang secara tiba-tiba. Mungkin suasana di hospital, bau ubat-ubatan telah membangkit rasa runsing yang ada di dalam dirinya. 

Pintu bilik dibuka. Dengan segera Afizi menarik tangannya. 

"Eh.. Afizi dah sampai. Apa khabar?" tegur Puan Soraya. 

"Saya baik, Aunty." Afizi bangun dari kerusi untuk memberi ruang kepada Puan Soraya. 

"Am, Mama tertinggal beg pakaian Am. Kelam kabut sangat pagi tadi. Mama pergi balik ambil beg sekejap ya. Sempat lagi ni," ujar Puan Soraya. 

"Sempat ke Ma. Nanti kalau traffic busy macam mana? I need you here. Lepas surgery lah pergi ambil," balas Irham. 

"Kejap je." Ibu Irham masih tidak mahu mengalah.

"Tak apa. Biar saya pergi ambil. Aunty boleh teman Irham kat sini. Saya ada kunci. Kat mana beg tu?" celah Afizi. Bimbang pula melihat Puan Soraya yang runsing dan bimbang untuk memandu pulang ke rumah. 

"Menyusahkan Fizi je. Aunty tak sure Aunty letak kat mana. Mungkin dekat dapur sebab Aunty ada masukkan bekas air panas kat dalam beg."

"Tak apa. Biar saya cari. Encik Irham ada nak pesan apa-apa lagi ke?" Afizi melihat reaksi muka Irham sedikit bengang kerana Afizi akan meninggalkannya. 

Irham hanya menggelengkan kepalanya. 

xxx

Setelah beberapa minit, Afizi berjaya menemui beg yang memuatkan pakaian dan barang keperluan Irham. Dia melihat ke dalam beg. Memeriksa jika semua barang yang penting sudah diisi. Setelah puas hati dengan isi kandungan beg, Afizi melangkah keluar dari rumah Irham. 

Sewaktu dia sedang mengunci pintu, kedengaran suara bayi yang sedang menangis. Afizi berpaling dan kelihatan seorang lelaki sedang membawa seorang bayi.

Lelaki itu berhenti di hadapan Afizi. Afizi bingung. 

"Ini Irham ya?" tanya lelaki itu?

"Ooh.. Irham tak ada. Dia dekat hospital. Tengah menjalani pembedahan kaki. Kenapa ya? Saya pembantu dia." Rasa ingin tahu mula menyelubungi Afizi. 

"Saya Rafik, sepupu kepada Aisha. Ada amanah untuk diberi kepada Irham," jelas lelaki itu. 

"Aisha?"

"Ya.. Kawan kepada Irham. Aisha Idris."

Afizi mula teringat akan Aisha yang pernah ditemuinya suatu ketika dulu. 

"Oh ya, Aisha. Amanah apa ya?" tanya Afizi lagi.

"Ini.. Ini anak Irham. Kami dah buat semua surat beranak. Segala maklumat semua ada dalam beg ini." Lelaki itu menghulurkan bayi itu kepada Afizi. 

Afizi yang masih lagi bingung dan terkejut hanya mampu menyambut bayi itu. 

"Saya kena balik sekarang. Ada hal. Saya ada letak botol susu dan susu sekali dalam beg itu juga ya. Pergi dulu." Lelaki itu terus berlalu pergi tanpa sempat Afizi mengutarakan banyak lagi soalan yang berlegar di dalam fikirannya.

Afizi yang masih lagi terkejut, membuka kembali pintu rumah Irham. Dia melihat ke arah bayi itu. Anak Irham. Kenapa Irham tidak pernah menceritakan apa pun kepada dirinya. 

Perasaan Afizi berkecamuk. Marah, keliru, bingung. Dia buntu. Apa yang harus dilakukannya. 

xxx

To be continued...
F.I


9 ulasan:

  1. Lame btol update. Huhu.. Pape pown makin menarik jln cite. Ble lg update trbaru?

    BalasPadam
  2. Can I suggest to you...untuk menulis di www.wattpad.com ...nant Amir boleh jadik follower you...

    BalasPadam
  3. Finally hahaha.. Lama sangat dah tunggu. Tq untuk update.. X sabaq nak tunggu next chapter

    BalasPadam
  4. Yeah.. Boleh tulis kat Wattpad..nice app

    BalasPadam
  5. Yeah.. Boleh tulis kat Wattpad..nice app

    BalasPadam
  6. tulis di wattpad coba kak
    biar lebih banyak yang baca karya abang
    biar famous macam Irham
    hehehee

    BalasPadam
  7. bila nak come out dengan new chapter? menarik... sesiapa yg nak follow saya jomla nanti kita follow semula.

    BalasPadam