Iklan

Rabu, 31 Ogos 2016

Strange Love - Part 12

Bab 12

Afizi membuka pintu rumahnya dengan berhati-hati. Bayi yang ada di pangkuannya baru sahaja terlelap semasa dalam perjalanan ke rumahnya. 

"Along ke?" kedengaran suara ibunya dari dalam bilik. 

"Ya, Umi." Perlahan sahaja Afizi menyahut panggilan ibunya kerana tidak mahu mengejutkan bayi ini. Dengan berhati-hati dia meletakkan bayi yang dipangkunya di atas sofa. 

Ibunya keluar dari bilik dan menuju ke arah Afizi. Reaksi wajahnya berubah saat melihat bayi yang ada bersama Afizi. 

"Along, anak siapa ni?" tanya ibu Afizi.

"Entahlah Umi. Along pergi rumah Encik Irham untuk ambil barang, tapi ada orang tunggu depan pintu. Dia cakap baby ni anak Encik Irham. Along pun tak pasti Umi," Afizi sendiri masih bingung. Betulkah bayi ini anak kepada Irham. 

"Umi, boleh tak tolong tengokkan. Along kena bawa barang milik Encik Irham ke hospital ni. Dah lewat dah ni," tambah Afizi lagi. 

"Okay.. Pergilah."

"Susu dan semua barang milik baby ada dalam beg dekat pintu. Along pergi dulu ya, Umi." Afizi berlalu keluar dari rumahnya. 

xxx

Afizi melihat Puan Soraya sedang menanti di luar bilik pembedahan. 

"Encik Irham dah masuk ke?" Afizi menegur Puan Soraya yang sedang duduk sambil membaca akhbar. 

"Eh, Afizi.. Ya.. Dah hampir setengah jam juga. Kenapa Afizi lambat. Tak jumpa beg ke?" tanya Puan Soraya lagi. 

"Tak Aunty. Jumpa. Cuma masa nak balik, saya singgah rumah kejap. Ada hal yang tak dapat dielakkan sikit." Afizi tidak pasti samada dia patut menceritakan hal sebenar kepada Puan Soraya. 

"Oh begitu.. Si Am tadi tak nak masuk. Nak tunggu Afizi juga. Aunty kena pujuk tadi cakap mungkin jalan sesak ke. Lagipun doktor ada appointment lain pula lepas ni. Mujurlah dia mengalah," jelas Puan Soraya. 

"Ya ke. Maafkan saya, Aunty. Iyas mana?"

"Ish.. Kenapa nak minta maaf pula. Aunty yang tertinggal beg. Susahkan Afizi pula pergi ambil. It's okay. Iyas pergi kafe tadi. Afizi dah makan ke? Pergilah ke sana. Temankan Iyas. Dia seorang je tadi."

"Belum lagi. Aunty dah makan ke?" tanya Afizi.

"Aunty dah makan. Kenyang lagi. Pergilah. Biar Aunty yang tunggu sini. Kalau operation dah selesai, Aunty call."

"Okay Aunty. Terima kasih"

Afizi berlalu dan menuju ke arah kafe. Mungkin dia patut memberitahu Ilyas mengenai apa yang terjadi. 

xxx

Afizi membawa makanannya dan menuju ke arah Ilyas yang sedang makan seorang diri. 

"Iyas.."

"Eh.. Afizi.. Duduklah. Bila sampai?" tanya Ilyas.

"Baru juga. Aunty suruh pergi makan dulu sambil teman Iyas makan,"jawab Afizi. 

"Oh ya ke. Kenapa lewat. Tadi ada orang tak nak masuk bilik pembedahan sebab kesayangan dia belum sampai lagi," usik Ilyas. 

Afizi cuba untuk senyum namun di dalam kepalanya pelbagai persoalan timbul mengenai anak Irham. Patutkah dia bertanya kepada Ilyas mengenai hal ini. 

"Kenapa? Alamak... Maaflah kalau gurauan saya tadi buat awak marah." Ilyas sedikit panik melihat reaksi wajah Afizi yang sedikit serius. 

"Eh.. Tak lah. Saya tak marah... Cuma saya ada benda nak tanya dengan Iyas."

"Lega hati saya. Tanya apa? Tanyalah?" balas Ilyas kembali. 

"Iyas tahu ke pasal abang Iyas dengan Aisha? Hmm Aisha Idris, pelakon tu?" Agak berat nama itu untuk keluar dari mulut Afizi. Mungkin kerana perasaan cemburu mula menyelubungi hatinya.

Ilyas sedikit terkejut mendengar soalan daripada Afizi.

"Abang dah bagi tahu awak ke pasal Aisha?" tanya Ilyas kembali. 

Afizi hanya menggeleng-geleng kepalanya. 

"Tadi ada seorang lelaki datang dekat rumah Irham. Sepupu kepada Aisha. Dia bawa seorang bayi," jelas Afizi. 

"Huh, bayi... Eh.. Abang cakap due date bulan depan. Mana bayi tu?" Ilias mencari-cari di sekeliling. 

"Saya tinggalkan bayi itu dengan ibu saya di rumah. Dia tolong jaga sebab saya pun tak pasti samada Iyas dan Aunty tahu pasal ni atau tidak."

"Mama belum tahu lagi pasal ni. Abang pun baru juga beritahu Iyas. Dia cakap dia akan beritahu Afizi juga nanti," balas Ilias. 

"Tak.. Dia belum beritahu saya. Mungkin saya ni tak penting sangat kot untuk tahu pasal benda ni." Afizi cuba untuk tersenyum. 

"Alamak.. Janganlah macam ni. Abang tu lembab sikit. Mungkin dia ingat ada masa lagi." Ilyas cuba untuk menenangkan hati Afizi yang berkecamuk. 

"Entahlah Iyas. Saya pun tak pasti apa yang saya rasa sekarang ni. Tak apalah. Yang penting sekarang Iyas kena fikir cara nak beritahu ibu Iyas."

"Tak apalah. Tunggu abang keluar. Dialah yang patut beritahu Mama. Pandai buat anak, pandailah jawab sendiri. Nanti Afizi pun boleh marah abang juga. Jangan takut saya akan back-up awak." tambah Ilyas lagi.

Afizi tersenyum dengan telatah Ilyas.

"Oh ya. Anak saudara saya tu lelaki ke perempuan? Comel tak?" tanya Ilyas.

"Hmmm.. Saya pun tak pasti. Tak sempat nak check." Tidak terlintas di hati Afizi mengenai perkara ini. Mungkin kerana terkejut dengan berita yang Irham sudah mempunyai anak. 

"Pakai baju warna biru ke pink?" tanya Ilyas lagi.

"Putih. So saya pun tak sure. Dia ada letak surat beranak dalam beg. Saya tak periksa pula."

"Tak apalah. Nanti ambil gambar dia ya. Mesej dekat saya. Dan Afizi jangan bimbang dan kecil hati lagi. Antara abang dengan pelakon tu dah tak ada apa-apa. Abang sayangkan Afizi saja sekarang. Dalam hati dia tu, penuh dengan muka Afizi," usik Ilyas lagi.

"Ish.. Dahlah. Cepat makan. Nanti pergi temankan Aunty. Kesian dia. Seorang diri." Afizi cuba untuk membuang rasa kecewanya kepada Irham. 

xxx

Afizi melihat jam tangannya. Sudah hampir 2 jam, Irham berada di dalam bilik pembedahan. Dia melihat ke arah Ilyas yang sedang memegang tangan ibunya. 

Afizi mengeluarkan telefonnya dari poket seluar lalu menulis mesej kepada ibunya untuk bertanyakan keadaan bayi Irham. 

Along jangan bimbang. Baby tu okay. Baru sahaja lepas minum susu. Sekarang dah tidur semula. Encik Irham macam mana?

Dia masih dalam bilik pembedahan. Terima kasih, Umi. 

Afizi menyimpan kembali telefon bimbitnya. Dia berpaling semula ke arah Puan Soraya dan Ilyas yang sudah pun bangun dari tempat duduk mereka dan sedang bercakap dengan doktor. Afizi tidak menyedari yang pembedahan sudah pun selesai. Dengan segera dia bergerak ke arah Puan Soraya dan Ilyas. Reaksi wajah Puan Soraya dan Ilyas sudah cukup untuk meyakinkan Afizi yang pembedahan Irham sudah berjaya. 

"Macam mana Iyas?"

"Okay. Doktor cakap bagus. Iyas pun tak faham sangat. Tapi Mama macam happy... So berjaya lah kot.

Puan Soraya yang sedang bercakap dengan doktor-doktor yang terlibat dengan pembedahan Irham menghampiri Ilyas dan Afizi. 

"Good news. Pembedahan berjaya. Everything's fine. Cuma doktor cakap Irham perlu banyak sokongan dari family and friends untuk terapi fizikal nanti. Mama nak pergi jumpa doktor sekejap. Iyas dan Afizi boleh pergi tunggu dalam bilik Irham."

Afizi lega. Walaupun hatinya masih lagi kecewa dengan rahsia yang disimpan oleh Irham daripadanya, tetapi kesihatan Irham masih lagi menjadi keutamaannya. Dia gembira kerana Irham akan dapat melakukan apa sahaja yang diingininya nanti.

xxx

Afizi melihat jam. Sudah hampir jam sepuluh malam. Dia masih lagi berada di sisi Irham yang masih belum sedarkan diri lagi. Ilyas dan Puan Soraya sudah pulang ke rumah untuk menyegarkan diri sebelum kembali menjaga Irham pada malam ini. Jadi Afizi membuat keputusan untuk berada bersama Irham sementara menanti kedatangan Ilyas dan Puan Soraya. 

Dia memegang tangan Irham. Tanpa disangka, tangan Irham mengenggam tangannya kembali. 

"Hai.." tegur Irham.

"Hai..." balas Afizi. 

"Mana yang lain?" tanya Irham.

"Mereka balik mandi dan tukar baju. Kejap lagi mereka sampai." Afizi menarik tangannya dari genggaman Irham. Namun Irham enggan melepaskannya. 

"Kenapa lewat tadi? Kau janji nak temankan aku sebelum masuk bilik bedah."

Afizi hanya diam. Tidak tahu apa yang patut dijawabnya. 

"Kenapa.. Takut kena hukum lah tu."

Afizi masih lagi membisu.

"Kenapa? Kaki aku ke? Kenapa? Tak berjaya ke pembedahan?" Irham mula panik apabila Afizi masih lagi diam.

"Eh.. tak.. Tak. Pembedahan okay. Berjaya.. Semua okay." Afizi tidak mahu Irham bimbang mengenai kakinya. 

"Habis tu kenapa dengan muka kau. Ada apa-apa yang tak kena ke?" tanya Irham lagi yang mula curiga dengan raut wajah Afizi. 

"Tak ada apa.. Semua okay.. Saya akan tunggu di luar ya." Afizi cuba untuk menarik tangannya tetapi sekali lagi gagal. 

"Please..." Afizi meminta Irham untuk melepaskan tangannya. Afizi tidak mahu memberitahu perkara sebenar tambahan pula Irham baru sahaja menjalani pembedahan. 

"Kenapa ni? Kau buat aku bimbang sekarang. Apa yang berlaku. Ada berita buruk ke? Kenapa kau sedih ni. Cakaplah." Irham terus mendesak. 

"Anak awak.... Anak awak ada di rumah saya..." Afizi tidak mampu lagi untuk menyorok perkara sebenar daripada Irham. Irham yang sedikit tersentak mendengar perkara sebenar melepaskan tangan Afizi tanpa sengaja. Dengan segera Afizi menjauhi diri daripada Irham. 

"Anak...."

"Ya. Sepupu Aisha datang bawa masa saya pergi ambil barang yang tertinggal tadi. Kenapa awak tak pernah beritahu saya pasal ni?"

"Afizi..."

"Tak apa. Saya faham. Siapalah saya untuk tahu benda macam tu. Saya bukannya penting pun dalam hidup awak. Nanti awak dah boleh berjalan, ramai lagi orang yang layak bersama dengan awak."

"Janganlah cakap macam tu. Aku tak tahu macam mana nak cakap dengan kau." ujar Irham. 

"Tak apalah. Saya nak balik dulu. Kejap lagi Aunty datang. Nanti kalau awak nak datang ambil anak awak, awak call lah saya." Tanpa menunggu penjelasan Irham, Afizi menuju ke arah pintu. 

Hatinya masih lagi kecewa. Tiada sebab untuk Irham menyorokkan perkara ini daripadanya. Dengan lesu, Afizi melangkah longlai keluar dari situ. 

xxx

To be continued
F.I

16 ulasan:

  1. maigooddd

    2 bulan tersadai novel nihhh

    BalasPadam
  2. Still waiting for the upcoming chapter chaiyokk writer 💕🎉

    BalasPadam
  3. Haha.. Nak buat mcm mana.. Busy

    BalasPadam
  4. Yes akhirnya ade pun.terbaik.
    Biler sambungannye kikiki.BTW keep it up f.i

    BalasPadam
  5. bestnyaaaaaaa. hehe. seronok baca!! heyy, try la post kat wattpad. maybe akan lagi banyak peminat!

    BalasPadam
  6. Mohon sambung cepat. Tak sabar

    BalasPadam
  7. waiting 4 the updates...

    BalasPadam
  8. cepat2 updated ye...x sabar nak baca

    BalasPadam
  9. im still waiting for the next chapter ��

    BalasPadam
  10. hey don't dissapear please i need to read the continuous of your story please.

    BalasPadam
  11. Bila part 13 release?...

    BalasPadam
  12. next chappterrrrrr pleaseeeee... se

    BalasPadam
  13. bila nak sambung cerita lagi? dah setahun terbiar sepi...?

    BalasPadam
  14. Dear F.I, idk who you are and where you at right now.. Hope you doin fine. Just wanna tell you i appreciate your story soo muchh, it is so sad knowing that you stop updating this masterpiece since 2016,and now already 2022.. If you tidak keberatan and still save the full episodes in softcopy, i suggest maybe you can post it on Wattpad or Inkitt? Can get money to lor pleaseeeee i wanna what happen next.

    BalasPadam