Iklan

Isnin, 20 Februari 2017

First Valentine

Hello..

After the break up (more than two years ago), aku lebih fokus kepada kerja. Adalah sikit-sikit mencari, tapi tak pernah serius kot. Hanya sebagai kawan. Then I met a guy. Tapi dia agak jauh muda daripada aku. 7 tahun beza antara umur kami. Aku pernah cerita pasal dia dalam blog. I tried to open my heart but honestly, aku lebih anggap dia macam adik. Dia agak kecewa. Kami lost contact for a while but kembali berhubung cuma takdelah serapat dulu. 

Then, pada bulan Ogos tahun lepas, rakan-rakan aku semasa sekolah menengah nak buat reunion pada hujung tahun. So buat lah satu whatsapp group. Dalam banyak-banyak classmates, aku dan dua lagi rakan sekelas yang masih belum kahwin. Salah seorang tu nama dia Mr K. Aku dan Mr K ni dulu takdelah rapat sangat dalam kawan. Just kawan biasa je. Aku ni more like bookworw, nerd-ish type and dia pulak antara pelajar cemerlang, straight A's type. Jenis budak yang belajar. Tambahan pula, dia jenis pendiam. Aku ni pemalu jugak tapi bila dah kenal dgn seseorang, terus jadi peramah. But not him. 

Sekarang ni Mr K dah jadi doktor. One day, dia mesej aku secara private. Berbual pasal kerja masing-masing. I told him that aku akan balik Kelantan pada bulan September. Dia ajak berjumpa. Aku pula manalah pandai drive but dia sanggup nak datang ambil aku. Agak jauh jugaklah. Bila jumpa, kami banyak share kisah sekolah and dia totally berubah. Lebih talkative. Mula pandai bergurau dan lebih yakin. Masa ni aku dah syak dia gay tapi takdelah aku tanya dia direct. 

After that, hari-hari kami mesej. Simple mesej mcm dah makan ke?, kerja ke?, buat apa tu? until one day, aku terlampau sibuk uruskan exam sampai tak sempat nak baca mesej dia. And he was like. "I miss you... Please be okay..". Then aku reply balik, kalau rindu datanglah sini. Terus dia apply cuti pada bulan November dan beli tiket flight. At that moment, I knew he likes me and then I msg him back and tell him that I miss him too. 

November was fun. I learned to love again. Honestly my last break up was too painful. Itu pun aku dah prepare myself. But this time, I just want to live my life and tak fikir sangat pasal ni. Just enjoy the moment. And Mr K is very adventurous and outdoor type of a guy. I did my first hiking with him, tried those crazy rides at Sunway Lagoon sampai muntah-muntah. All those things yang aku rasa aku takkkan cuba kalau aku tak bersama dia. 

Dan valentine lepas, aku ada bagi dia satu tumbler. Hadiah murah je. Tak sampai 50 hinggit. Huhu. But he gave me (or us) a holiday package to Thailand. This will be my first time bercuti di luar negara. I'm so excited. And flight.. First flight jugak. Aku ni gayat. Hopefully no muntah-muntah. Masa naik jambatan gantung di Sunway Pyramid tu, aku memang gayat giler. Berpusing-pusing rasanya. Dah lah jambatan tu jenis open. Boleh nampak kat bawah. 

Klah before melarat ke cerita aku yang gayat, baik aku stop. Wish me luck ya. 

Bye...

Sabtu, 4 Februari 2017

January Favorites

Hi. 

Weekend ni agak sunyi sikit. No one kat rumah. My roomie dah balik kampung so duk sorang-sorang ni mulalah fikir pelik-pelik. Menyesal sangat tgk The Conjuring 2 khamis lalu. 

Today just nak share my favorites during Januari lalu. Aku kan dah plan nak post at least 5 posts for a month for this year. So kena rajin-rajin sikit. Lagipun aku dah lama tak publish post pasal favorites. Aku ni suka nak mempengaruhi org lain sebenarnya. 

Castle On The Hill (Ed Sheeran)


Salah satu lagu yang baru dikeluarkan oleh Ed Sheeran. Between those two songs, I prefer this one. This song reminds me of my younger years but aku takde lah senakal lirik di dalam lagu ni. 

La La Land


Filem muzikal. Aku bukanlah peminat tegar filem muzikal. Tapi ada lah tgk sikit2 movie muzikal ni. Filem ni bagi aku sangat mengagumkan. Sinematografi yang sangat cantik. Lagu dan skor muzik yang sangat menarik. Lakonan Ryan Gosling dan Emma pun sangat bagus. I watched this movie 3 times already. And going to be 4 soon...

H&M Sweatshirt


I'm not really into H&M. Tapi aku teramat perlukan sweatshirt. And I want this one sweatshirt yang warna black (also from CNY collection) tapi dah habis. So aku beli lah yang ni. Harga pun agak reasonable (around 40 ringgit). Kain dia agak best. Sangat selesa. Aku actually jarang pakai warna merah especially warna merah yang agak striking ni but people complimented me on red. Okaylah kena cari banyak baju warna merah lagi. 

Dua Lipa


A singer from UK. Album penuh dia belum lagi dikeluarkan tapi dia dah release beberapa single. I just love her. Aku agak lama juga dengar nama dia ni tapi tak pernah terfikir nak check lagu dia. But one day aku dengar lagu dia di mall and I googled the lyrics and found out it was her. So I checked her music and I instantly love it. Genre dia like a mixture of Pop, Synthpop and R&B. Her voice sangat soulful. Reminds me of Jessie J a little bit. Let me tampal beberapa lagu dia kat sini




This Is Us


My current obsession. Not sure kat Astro dah ada ke tak drama tv ni. This series is so good. I'm pretty sure I cried every episode. Jalan cerita yang sangat bagus dan menyentuh perasaan. Lakonan pelakon yang sangat bagus and Milo Ventimiglia. My high school crush since zaman Gilmore Girls lagi. 

Missing Nine


Tv siri dari Korea. Reminds me of Lost. Mengisahkan 9 orang yang terselamat dari plane crash dan terperangkap di dalam sebuah pulau. Setelah beberapa lama, hanya seorang saja yang dijumpai dan cerita ini adalah dari perspektif mangsa yang terselamat itu. 

A Second Harvest (Eli Easton)


Definitely my favorite read last month. Mneceritakan tentang Christie dari New York yang membuat keputusan untuk menukar cara hidupnya setelah menjejaki usia 30-an. He made decision untuk meninggalkan kota besar buat seketika dan merehatkan diri di Pennsylvania di mana Makciknya telah meninggalkan sebuah rumah kecil untuk dirinya. Di sana Christie telah berkenalan dengan jiran barunya, David yang telah kehilangan isterinya dan mengerjakan tanah milik makcik Christie. Overall, novel ni sangat menarik. Siapa nak file epub boleh email. 

Sabtu, 28 Januari 2017

Movie: Being 17


Dah lama tak buat movie review. Banyak movie yang aku tengok actually tapi tu lah. Busy dan tak sempat nak menulis. Sekarang ni tengah cuti so bolehlah nak menulis review untuk movie. 


Filem Being 17 ini adalah filem dari France yang telah ditayangkan pada Februari 2016 lagi. Menceritakan tentang Damien yang tinggal bersama ibunya, Marianne yang merupakan seorang doktor. Manakala ayahnya pula bekerja sebagai askar dan bertugas di luar negara. 


Di sekolah Damien merupakan seorang pelajar yang pintar tetapi salah seorang rakan sekelasnya, Thomas suka membulinya tanpa sebab yang kukuh. Hubungan mereka selalu tegang dan sering berakhir dengan pergelutan. Apabila Marianne mendapat tahu mengenai perkara ini, dia membuat keputusan untuk menemui ibu Thomas. 

Ibu Thomas yang sedang sakit akibat jangkitan paru-paru dan alahan mengandung menceritakan masalah keluarga mereka kepada Marianne dan ini membuatkan Marianne ingin membantu keluarga Thomas tambahan pula gred Thomas di sekolah semakin merudum. Marianne mencadangkan supaya Thomas tinggal di rumahnya yang mana lebih dekat dengan sekolah dan Damien pula boleh membantu Thomas di dalam pelajaran. 


Walaupun pada mulanya hubungan mereka berterusan tegang, situasi mula berubah apabila Damien mula mengenali latar belakang Thomas. Mereka menjadi rapat sehinggalah Damien meluahkan perasaannya kepada Thomas. 

Overall, filem ini agak menghiburkan. Ada part yang agak boring sikit. Dan ada pula part yang terlalu moody but chemistry antara dua pelakon utama sangat bagus. Watak Marianne, ibu kepada Damien sangat menyerlah dalam filem ini. Sinematografi pula sangat cantik. Latar belakang filem ini adalah sebuah bandar kecil di kawasan pergunungan. 

Rating:



Cuci

Alamak..

Lama tak jenguk blog ni.. Busy sangat. Dah bersawang. Ramai yang duk minta novel. Hopefully bulan 2 nanti dapat publish. 

I really miss writing....

Rabu, 31 Ogos 2016

Strange Love - Part 12

Bab 12

Afizi membuka pintu rumahnya dengan berhati-hati. Bayi yang ada di pangkuannya baru sahaja terlelap semasa dalam perjalanan ke rumahnya. 

"Along ke?" kedengaran suara ibunya dari dalam bilik. 

"Ya, Umi." Perlahan sahaja Afizi menyahut panggilan ibunya kerana tidak mahu mengejutkan bayi ini. Dengan berhati-hati dia meletakkan bayi yang dipangkunya di atas sofa. 

Ibunya keluar dari bilik dan menuju ke arah Afizi. Reaksi wajahnya berubah saat melihat bayi yang ada bersama Afizi. 

"Along, anak siapa ni?" tanya ibu Afizi.

"Entahlah Umi. Along pergi rumah Encik Irham untuk ambil barang, tapi ada orang tunggu depan pintu. Dia cakap baby ni anak Encik Irham. Along pun tak pasti Umi," Afizi sendiri masih bingung. Betulkah bayi ini anak kepada Irham. 

"Umi, boleh tak tolong tengokkan. Along kena bawa barang milik Encik Irham ke hospital ni. Dah lewat dah ni," tambah Afizi lagi. 

"Okay.. Pergilah."

"Susu dan semua barang milik baby ada dalam beg dekat pintu. Along pergi dulu ya, Umi." Afizi berlalu keluar dari rumahnya. 

xxx

Afizi melihat Puan Soraya sedang menanti di luar bilik pembedahan. 

"Encik Irham dah masuk ke?" Afizi menegur Puan Soraya yang sedang duduk sambil membaca akhbar. 

"Eh, Afizi.. Ya.. Dah hampir setengah jam juga. Kenapa Afizi lambat. Tak jumpa beg ke?" tanya Puan Soraya lagi. 

"Tak Aunty. Jumpa. Cuma masa nak balik, saya singgah rumah kejap. Ada hal yang tak dapat dielakkan sikit." Afizi tidak pasti samada dia patut menceritakan hal sebenar kepada Puan Soraya. 

"Oh begitu.. Si Am tadi tak nak masuk. Nak tunggu Afizi juga. Aunty kena pujuk tadi cakap mungkin jalan sesak ke. Lagipun doktor ada appointment lain pula lepas ni. Mujurlah dia mengalah," jelas Puan Soraya. 

"Ya ke. Maafkan saya, Aunty. Iyas mana?"

"Ish.. Kenapa nak minta maaf pula. Aunty yang tertinggal beg. Susahkan Afizi pula pergi ambil. It's okay. Iyas pergi kafe tadi. Afizi dah makan ke? Pergilah ke sana. Temankan Iyas. Dia seorang je tadi."

"Belum lagi. Aunty dah makan ke?" tanya Afizi.

"Aunty dah makan. Kenyang lagi. Pergilah. Biar Aunty yang tunggu sini. Kalau operation dah selesai, Aunty call."

"Okay Aunty. Terima kasih"

Afizi berlalu dan menuju ke arah kafe. Mungkin dia patut memberitahu Ilyas mengenai apa yang terjadi. 

xxx

Afizi membawa makanannya dan menuju ke arah Ilyas yang sedang makan seorang diri. 

"Iyas.."

"Eh.. Afizi.. Duduklah. Bila sampai?" tanya Ilyas.

"Baru juga. Aunty suruh pergi makan dulu sambil teman Iyas makan,"jawab Afizi. 

"Oh ya ke. Kenapa lewat. Tadi ada orang tak nak masuk bilik pembedahan sebab kesayangan dia belum sampai lagi," usik Ilyas. 

Afizi cuba untuk senyum namun di dalam kepalanya pelbagai persoalan timbul mengenai anak Irham. Patutkah dia bertanya kepada Ilyas mengenai hal ini. 

"Kenapa? Alamak... Maaflah kalau gurauan saya tadi buat awak marah." Ilyas sedikit panik melihat reaksi wajah Afizi yang sedikit serius. 

"Eh.. Tak lah. Saya tak marah... Cuma saya ada benda nak tanya dengan Iyas."

"Lega hati saya. Tanya apa? Tanyalah?" balas Ilyas kembali. 

"Iyas tahu ke pasal abang Iyas dengan Aisha? Hmm Aisha Idris, pelakon tu?" Agak berat nama itu untuk keluar dari mulut Afizi. Mungkin kerana perasaan cemburu mula menyelubungi hatinya.

Ilyas sedikit terkejut mendengar soalan daripada Afizi.

"Abang dah bagi tahu awak ke pasal Aisha?" tanya Ilyas kembali. 

Afizi hanya menggeleng-geleng kepalanya. 

"Tadi ada seorang lelaki datang dekat rumah Irham. Sepupu kepada Aisha. Dia bawa seorang bayi," jelas Afizi. 

"Huh, bayi... Eh.. Abang cakap due date bulan depan. Mana bayi tu?" Ilias mencari-cari di sekeliling. 

"Saya tinggalkan bayi itu dengan ibu saya di rumah. Dia tolong jaga sebab saya pun tak pasti samada Iyas dan Aunty tahu pasal ni atau tidak."

"Mama belum tahu lagi pasal ni. Abang pun baru juga beritahu Iyas. Dia cakap dia akan beritahu Afizi juga nanti," balas Ilias. 

"Tak.. Dia belum beritahu saya. Mungkin saya ni tak penting sangat kot untuk tahu pasal benda ni." Afizi cuba untuk tersenyum. 

"Alamak.. Janganlah macam ni. Abang tu lembab sikit. Mungkin dia ingat ada masa lagi." Ilyas cuba untuk menenangkan hati Afizi yang berkecamuk. 

"Entahlah Iyas. Saya pun tak pasti apa yang saya rasa sekarang ni. Tak apalah. Yang penting sekarang Iyas kena fikir cara nak beritahu ibu Iyas."

"Tak apalah. Tunggu abang keluar. Dialah yang patut beritahu Mama. Pandai buat anak, pandailah jawab sendiri. Nanti Afizi pun boleh marah abang juga. Jangan takut saya akan back-up awak." tambah Ilyas lagi.

Afizi tersenyum dengan telatah Ilyas.

"Oh ya. Anak saudara saya tu lelaki ke perempuan? Comel tak?" tanya Ilyas.

"Hmmm.. Saya pun tak pasti. Tak sempat nak check." Tidak terlintas di hati Afizi mengenai perkara ini. Mungkin kerana terkejut dengan berita yang Irham sudah mempunyai anak. 

"Pakai baju warna biru ke pink?" tanya Ilyas lagi.

"Putih. So saya pun tak sure. Dia ada letak surat beranak dalam beg. Saya tak periksa pula."

"Tak apalah. Nanti ambil gambar dia ya. Mesej dekat saya. Dan Afizi jangan bimbang dan kecil hati lagi. Antara abang dengan pelakon tu dah tak ada apa-apa. Abang sayangkan Afizi saja sekarang. Dalam hati dia tu, penuh dengan muka Afizi," usik Ilyas lagi.

"Ish.. Dahlah. Cepat makan. Nanti pergi temankan Aunty. Kesian dia. Seorang diri." Afizi cuba untuk membuang rasa kecewanya kepada Irham. 

xxx

Afizi melihat jam tangannya. Sudah hampir 2 jam, Irham berada di dalam bilik pembedahan. Dia melihat ke arah Ilyas yang sedang memegang tangan ibunya. 

Afizi mengeluarkan telefonnya dari poket seluar lalu menulis mesej kepada ibunya untuk bertanyakan keadaan bayi Irham. 

Along jangan bimbang. Baby tu okay. Baru sahaja lepas minum susu. Sekarang dah tidur semula. Encik Irham macam mana?

Dia masih dalam bilik pembedahan. Terima kasih, Umi. 

Afizi menyimpan kembali telefon bimbitnya. Dia berpaling semula ke arah Puan Soraya dan Ilyas yang sudah pun bangun dari tempat duduk mereka dan sedang bercakap dengan doktor. Afizi tidak menyedari yang pembedahan sudah pun selesai. Dengan segera dia bergerak ke arah Puan Soraya dan Ilyas. Reaksi wajah Puan Soraya dan Ilyas sudah cukup untuk meyakinkan Afizi yang pembedahan Irham sudah berjaya. 

"Macam mana Iyas?"

"Okay. Doktor cakap bagus. Iyas pun tak faham sangat. Tapi Mama macam happy... So berjaya lah kot.

Puan Soraya yang sedang bercakap dengan doktor-doktor yang terlibat dengan pembedahan Irham menghampiri Ilyas dan Afizi. 

"Good news. Pembedahan berjaya. Everything's fine. Cuma doktor cakap Irham perlu banyak sokongan dari family and friends untuk terapi fizikal nanti. Mama nak pergi jumpa doktor sekejap. Iyas dan Afizi boleh pergi tunggu dalam bilik Irham."

Afizi lega. Walaupun hatinya masih lagi kecewa dengan rahsia yang disimpan oleh Irham daripadanya, tetapi kesihatan Irham masih lagi menjadi keutamaannya. Dia gembira kerana Irham akan dapat melakukan apa sahaja yang diingininya nanti.

xxx

Afizi melihat jam. Sudah hampir jam sepuluh malam. Dia masih lagi berada di sisi Irham yang masih belum sedarkan diri lagi. Ilyas dan Puan Soraya sudah pulang ke rumah untuk menyegarkan diri sebelum kembali menjaga Irham pada malam ini. Jadi Afizi membuat keputusan untuk berada bersama Irham sementara menanti kedatangan Ilyas dan Puan Soraya. 

Dia memegang tangan Irham. Tanpa disangka, tangan Irham mengenggam tangannya kembali. 

"Hai.." tegur Irham.

"Hai..." balas Afizi. 

"Mana yang lain?" tanya Irham.

"Mereka balik mandi dan tukar baju. Kejap lagi mereka sampai." Afizi menarik tangannya dari genggaman Irham. Namun Irham enggan melepaskannya. 

"Kenapa lewat tadi? Kau janji nak temankan aku sebelum masuk bilik bedah."

Afizi hanya diam. Tidak tahu apa yang patut dijawabnya. 

"Kenapa.. Takut kena hukum lah tu."

Afizi masih lagi membisu.

"Kenapa? Kaki aku ke? Kenapa? Tak berjaya ke pembedahan?" Irham mula panik apabila Afizi masih lagi diam.

"Eh.. tak.. Tak. Pembedahan okay. Berjaya.. Semua okay." Afizi tidak mahu Irham bimbang mengenai kakinya. 

"Habis tu kenapa dengan muka kau. Ada apa-apa yang tak kena ke?" tanya Irham lagi yang mula curiga dengan raut wajah Afizi. 

"Tak ada apa.. Semua okay.. Saya akan tunggu di luar ya." Afizi cuba untuk menarik tangannya tetapi sekali lagi gagal. 

"Please..." Afizi meminta Irham untuk melepaskan tangannya. Afizi tidak mahu memberitahu perkara sebenar tambahan pula Irham baru sahaja menjalani pembedahan. 

"Kenapa ni? Kau buat aku bimbang sekarang. Apa yang berlaku. Ada berita buruk ke? Kenapa kau sedih ni. Cakaplah." Irham terus mendesak. 

"Anak awak.... Anak awak ada di rumah saya..." Afizi tidak mampu lagi untuk menyorok perkara sebenar daripada Irham. Irham yang sedikit tersentak mendengar perkara sebenar melepaskan tangan Afizi tanpa sengaja. Dengan segera Afizi menjauhi diri daripada Irham. 

"Anak...."

"Ya. Sepupu Aisha datang bawa masa saya pergi ambil barang yang tertinggal tadi. Kenapa awak tak pernah beritahu saya pasal ni?"

"Afizi..."

"Tak apa. Saya faham. Siapalah saya untuk tahu benda macam tu. Saya bukannya penting pun dalam hidup awak. Nanti awak dah boleh berjalan, ramai lagi orang yang layak bersama dengan awak."

"Janganlah cakap macam tu. Aku tak tahu macam mana nak cakap dengan kau." ujar Irham. 

"Tak apalah. Saya nak balik dulu. Kejap lagi Aunty datang. Nanti kalau awak nak datang ambil anak awak, awak call lah saya." Tanpa menunggu penjelasan Irham, Afizi menuju ke arah pintu. 

Hatinya masih lagi kecewa. Tiada sebab untuk Irham menyorokkan perkara ini daripadanya. Dengan lesu, Afizi melangkah longlai keluar dari situ. 

xxx

To be continued
F.I

Selasa, 7 Jun 2016

Ramadhan 2016

Salam. 

Wah.. sopan pulak aku bulan Ramadhan ni.. Biasanya hi je kan. 2 hari dah berlalu puasa. Aku sebenarnya plan nak balik puasa kat Kelantan but then bila fikir, raya nanti pun nak balik lagi, aku hold dulu niat aku. Tambahan pulak aku dapat cuti lama this year so tunggu lah dulu. 

Tahun ni aku, persiapan aku buat awal. Bukan sebab semangat nak sambut raya ke apa, tapi malas nak bersesak time dekat raya nanti. Dahlah cuaca sekarang ni masih lagi panas. So aku dah beli siap2 jubah, kasut, selipar, kopiah. Biskut raya pun dah tempah. So nanti tak payah nak kalut sangat bila dekat raya. 

Bila tiba Ramadhan ni, rasa rindu dekat arwah Papa pun mencanak naik. Papa aku ni memang jenis talkative. So bila ada dia memang bising. Dia juga suka pergi beli makanan dan kuih dekat bazar Ramadhan. I'm missing him so bad right now. 

Teringat balik kenangan first time puasa masa umur 7 tahun. Aku dalam pukul 2 macam tu dah memberontak nak buka puasa. Tambahan pula adik aku tak puasa. So kira mcm dengki lah. Huhu. Tapi Papa aku pandai motivasikan anak dia ni. Dia bawa aku pergi kedai buku, beli novel dan juga komik Doraemon. So berjaya juga aku puasa penuh disebabkan Papa aku ni. 

Beberapa hari lagi, genap 2 tahun Papa aku pergi meninggalkan kami. Seorang Papa yang baik, jarang marah dan sangat kelakar. Sepanjang 28 tahun bersama dia, aku belajar banyak perkara. Terima kasih juga kepada Tuhan yang menganugerahkan aku seorang bapa yang sangat baik. Tolong jaga dia dengan baik seperti dia menjaga kami sekeluarga. 

I'm too emotional right now. So selamat menyambut bulan Ramadhan semua. Bye. 

Isnin, 9 Mei 2016

April Favorites

Hello!!!

Hari ni just nak share my favorites from last month. Dah lama juga tak share benda-benda yang menjadi kegemaran aku dengan korang. These are my favorites from last month. 

Captain America: Civil War


Best sangat... Aku memang obses dengan filem superhero dan filem ni memang menepati citarasa aku. The fighting scene antara Team Iron Man dengan Team Cap memang awesome. I plan to watch this again. Kalau kena pilih, aku definitely Team Captain America.

Descendants of the Sun


Aku jarang tengok drama Korea. Tapi bila dengar ada review yang bagus and my colleague pun duk asyik angau pasal hero drama ni, aku pun tengok lah. Yalah, selalu blur je bila dengar topik perbualan pasal drama ni. I love this. Sangat menarik. Bukan sekadar kisah cinta. Aku still remember heroin drama ni masa dia berlakon drama Autumn In My Heart. Aku maybe dalam form 2 or 3 masa tu. Tapi dia still kelihatan muda & cantik. Aku habiskan the whole series (16 episod) tak sampai satu minggu pun. Binge-worthy series. 

Blue Neighbourhood - Troye Sivan


My favorite album for this year so far. I used to watch him a lot on Youtube doing covers. Album penuh pertama Troye memang tidak menghampakan aku. Setiap lagu ada maksud yang tersendiri. Beautiful album. Lagu-lagu favorite aku dalam album ni ialah Talk Me Down, Youth, Fools dan Wild. 

Orphan Black (Season 4)


Season 4 baru je mula ditayangkan. I love this tv show so much. The lead actress is amazing. Mengisahkan seorang wanita yang mendapat tahu dia adalah salah seorang hasil klon. Best sangat. Totally recommended. 

Colourful Whiteboard Marker


Kat sekolah, aku hanya dibekalkan dengan marker warna hitam, merah dan biru jer. Satu hari aku terbaca yang menggunakan marker yang berwarna-warni boleh membantu fokus students. Semangat aku terus cari colourful marker. I bought this at Daiso. Already used one packet. Adalah lebih sikit fokus anak murid aku bila tengok warna-warna lain kat papan putih. 

Funko Pop! Mulan


My latest Funko Pop! collection. Walaupun filem Mulan ni dah lama ditayangkan (1998 kot), aku baru je tengok filem Mulan ni last month. Jarang sangat tgk filem-filem Disney Princess ni. Rasanya filem Rapunzel (Tangled) dan Frozen je lah aku pernah tgk. So bila tengok filem Mulan ni, terus jatuh cinta dengan Mulan. Few days later, saw this vinyl figure, and I bought it immediately. Aku dah plan nak tengok filem Disney Princess yang lain mcm Princess & the Frog, Cinderella, Beauty & the Beast, Pocahontas, Brave dan lain2 lagi lah. Masalahnya nak download lah pulak malas. Huhu. 

Nutox Serum Concentrate


Sejak dah masuk umur 30 an ni, kulit muka aku pun dah tak macam dulu. Kadang-kadang aku terkejut bila tengok dekat cermin (dramatik sikit). Bila ada colleague yang tegur muka aku dah kusam dan berkedut (I was like really?), aku tergamam jugak. Ada yang suggest pakai serum. Aku sebenarnya malas dan rasa leceh nak jaga muka ni. Rutin aku, senang je. Cuci muka pagi dan malam. Done. Kadang2 kalau rushing aku memang skip je cuci muka. So bila dengar perkataan 'berkedut' tu, aku trauma jap. Ada orang suggest serum ni sebab ia agak murah compare to serum yang lain. Dah lebih 2 minggu aku guna. Aku surprise jugak sebab agak berkesan. Ramai yang tegur ckp kulit nampak bersinar dan sihat (wah...). So okaylah tu kot. 

At First Sight Book Series (#1 Tell Me It's Real & #2 The Queen and The Homo Jock King)


Aku memang suka dengan buku yang ada 2 completely different characters yang fell in love. Plot yang ringan dan sangat kelakar. I think I'll do a review on these series

That's it from me. Bye...