Iklan

Isnin, 17 Februari 2014

Aku & Membaca

Hello

Beberapa hari ni, aku agak sibuk sedikit. Jadi tak sempat nak update blog. Novel bersiri 'Forbidden Love' part 6 akan dipublish bila-bila masa sahaja. Aku tengah check ejaan dan nak tambah apa-apa yang patut. 

Aku actually lebih suka membaca dan menulis. Seingat aku, hanya ada satu novel yang pernah aku tulis. Itu pun masa zaman sekolah menengah lagi. Cousins aku memang suka sangat dengan novel yang aku tulis. Aku tulis dalam buku latihan sahaja. Buku itu dah pun hilang so agak sedih juga. Jadi novel 'Forbidden Love' ni kira karya aku yang kedua lah. 

Aku mula membaca sejak dari aku berumur 5 tahun lagi. Aku tak pernah sekolah tadika. Jadi aku tanya parents aku, macam mana aku boleh pandai membaca. Mereka cakap aku pandai membaca secara sendiri. Memang pelik. Dari kecil lagi aku suka dengan buku. Parents aku pula memang suka beli surat khabar dan majalah. So pengaruh dari situ kot. Oleh kerana aku dah pandai membaca, parents aku buat keputusan untuk tidak memasukkan aku ke tadika. 

So bila masuk tahun satu, aku agak kekok dan tak nak pergi sekolah. Masih ingat lagi, nenek aku terpaksa tunggu di luar kelas. Tragis juga lah. Tapi ada satu perkara yang membuatkan aku suka sekolah iaitu perpustakaan. Seriously, aku suka sangat dengan perpustakaan. 

Koleksi buku aku pula dari hari ke hari semakin bertambah. Kalau masa kecil dulu aku suka baca buku cerita penyiasatan seperti The Famous Five, Nancy Drew, Hardy Boys dan juga siri Pelajar iaitu di Sekolah Seri Melur. 

Semasa aku di sekolah menengah pula, aku mula gemar membaca majalah. Antaranya majalah Mangga, URTV dan yang paling aku obses sekali adalah Galaxie. Jaranglah aku terlepas majalah Galaxie. Aku juga masih membaca novel. Tapi novel cinta pula keluaran Alaf 21 dan Creative. Novel yang aku baca tu milik Mak Saudara aku, yang juga memang obses dengan novel. 

Bila dah masuk universiti, baru lah aku mula berjinak-jinak dengan novel dalam Bahasa Inggeris. Antaranya novel dari Francine Pascal (Sweet Valley High), Harry Potter dan juga novel-novel adaptasi dari siri tv seperti Roswell, Dawson's Creek dan banyak lagi. 

Sehinggalah sekarang koleksi novel dan majalah aku memang banyak. Di kampung pun ada. Sampaikan ibu aku selalu membebel sebab ruang stor yang semakin sempit. Padahal dia pun sama juga. Koleksi majalah dia dari tahun 80-an masih lagi ada. 

Bagi aku hobi membaca ni memang bagus. Sebab dia menolong otak kita untuk sentiasa aktif dengan imaginasi yang wujud semasa membaca sesuatu buku. Walaupun ada lagi novel yang aku masih belum habis baca, aku still akan tetap membeli novel-novel yang baru. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan