Iklan

Rabu, 4 Jun 2014

Movie: Longhorns

Hello!!!


Filem Longhorns ini merupakan keluaran dari produksi USA dan diterbitkan pada tahun 2011. Filem yang bergenre komedi ini memakan masa selama 1 jam 15 minit dan dilakonkan oleh pelakon-pelakon seperti Jacob Newton, Derek Villanueva dan Kevin Held. 


Filem ini mengisahkan seorang pelajar di Universiti Texas, Kevin (Jacob Newton) yang selalu mempunyai fantasi terhadap kawan baiknya, Justin (Kevin Held). Suatu hari Kevin telah 'membantu' rakannya di bilik tidur semasa mereka sedang menonton filem porno dan hubungan antara mereka menjadi sedikit tegang. Kevin kemudiannya telah berkenalan dengan Cesar yang merupakan satu-satunya pelajar gay di universiti yang tidak menyembunyikan status sebenarnya. 

Cesar & Kevin

Hubungan antara mereka menjadi lebih intim sehinggalah Kevin ragu-ragu dan bertanya pada diri sendiri adakah dia bersedia untuk berkongsi mengenai dirinya yang sebenar kepada orang ramai. Tanpa memberitahu Cesar, Kevin menghilangkan diri dan menghabiskan masa bersama kawan-kawannya, Steve dan Danny. 

Steve & Kevin

Firstly, filem ini agak naughty sikit. Ada adegan full frontal juga. Tema utamanya adalah seks. But overall it's a very nice and cute movie. Untuk sesiapa yang menggemari filem seperti siri filem Eating Out pasti akan menggemari filem ini. Filem ini memang santai dan menghiburkan. Pelakon-pelakon dalam filem ini juga semuanya cute. Tetapi aku paling suka watak Cesar. Overall, it's a cute movie. 

Rating: 

Aku beli movie ni juga dari Saya Download, Anda Beli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan