Iklan

Khamis, 20 Februari 2014

Forbidden Love - Part 6

Bab 6

Veronica dan Safuan masih lagi rancak berbual. Ada saja topik yang menjadi tajuk perbualan mereka. Sekali-sekala aku menyampuk. Zain pula hanya diam membisu. 

"Kita pergi tengok wayang nak?" ajak Safuan sambil memandang ke arah kami. 

"I boleh saja" jawab Veronica. 

"Aku tak kisah" balas Zain pula. 

"Sempat ke?" aku sedikit bimbang. Pintu pagar utama akan ditutup pada jam 12.00 tengah malam. 

"Sempat. Cerita tu pukul 9. Dalam jam 11 lebih tamatlah." jelas Safuan. 

"Jomlah. Fi. Ala kalau lambat, kita tidur lah di hotel" Veronica tersenyum. 

"Banyaklah duit aku nak tidur di hotel. Okaylah. Aku habiskan minuman." Aku cepat-cepat menghirup minuman yang ada di hadapan aku. Kami meninggalkan restoren dan menuju ke arah panggung wayang.

xxx

Safuan dan Zain menuju ke arah kami yang sedang berbual sambil memegang tiket wayang. 

"Tak ada seat yang sama row lah. Kena duduk asing-asing. Dua orang duduk di baris K. Dua lagi kena duduk di Baris M." Safuan menunjukkan tiket wayang kepada kami. 

"It's okay. Fi boleh duduk dengan Zain" cadang Veronica. Aku tergamam seketika dengan cadangan Veronica. Gatal juga si Veronica ni. 

Safuan menghulurkan dua tiket kepada Zain. 

"Jom pergi beli popcorn dulu" ajak Safuan. Kami berempat menuju ke kaunter makanan. Nasib aku agak tidak baik malam ni. Si sombong masih lagi menghantui hidupku nampaknya. 

xxx

Aku tidak dapat memberi perhatian kepada cerita yang ditayangkan. Entah kenapa hati aku berdebar-debar dari saat kami masuk ke dalam panggung wayang lagi. Kami hanya diam. Tidak ada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulut kami sejak masuk ke dalam panggung wayang. 

"Nak popcorn tak?" Aku menghulurkan bertih jagung yang dibeli kepada Zain. Tiada respons dari Zain. Kenapalah mulut aku gatal sangat nak menegur si sombong ni. Sedikit malu apabila Zain mengendahkan pertanyaan aku. 

Tanpa diduga, Zain menghulurkan tangannya ke arah bekas popcorn yang dipegang olehku. Dia mengambil beberapa biji popcorn. Mataku kembali melihat ke arah skrin di hadapanku. 

Sambil menonton, tangan kami semakin rancak mengambil popcorn dan menyuapkan ke dalam mulut masing-masing. Tiba-tiba tangan kami bersentuhan di dalam bekas popcorn. Aku berasa seperti ada kejutan elektrik yang mengalir di dalam tubuhku semasa tangan kami bersentuhan. 

Aku cepat-cepat menarik tanganku. Zain pula hanya berlagak selamba. Aku kembali menumpukan perhatian kepada cerita yang ditayangkan. 

xxx

Kami berjaya pulang sebelum waktu pintu pagar ditutup. Aku lega. Kami sampai di kolej kediaman Veronica. Veronica mengucapkan selamat malam dan keluar dari kereta. Sambil berlalu pergi, dia melambai-lambaikan tangannya ke arah kami bertiga. Zain keluar dari kereta dan masuk semula ke tempat duduk sebelah pemandu. 

Safuan kembali memandu menuju ke arah kolej kami. 

"Siapa roommate kau ya, Fi?" tanya Safuan cuba memecahkan suasana yang hening. 

"Tarmizi. Dia facilitator untuk minggu orientasi. Kenal tak?" tanyaku semula kepada Safuan. 

"Oh abang faci yang handsome tu. Kenal. Dia gay kan?" balas Safuan kembali. 

Aku tersedak. Tidak menyangka soalan itu yang keluar dari mulutnya. Aku diam. Tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan itu. 

"Kau ni pandai-pandai je buat spekulasi. Jangan layan soalan bodoh dia" celah Zain. 

"Aku ni boleh detect tau. Tengok luaran je aku tahu samada orang itu straight atau gay. Contohnya macam abang faci tu. Macam kau juga. Gay." Safuan tergelak. 

Zain menumbuk bahu Safuan yang berada di sebelahnya. 

"Cibai lah kau" rungut Zain. Aku hanya tersenyum melihat telatah mereka berdua. 

"Siapa makan cili dia lah yang terasa pedas. Tengok aku tanya Fi. Kau gay ke?" Safuan memandang ke arah ku. 

Aku hanya menggelengkan kepala. 

"Tengok Fi. Relaks je bila aku tanya soalan tu." sambung Safuan kembali. 

"Cibai lah kau. Malas aku nak layan." Zain menumbuk bahu Safuan sekali lagi. 

"Aduh! Sakitlah. Sorry, sorry. Okaylah kau straight." Safuan masih lagi tergelak. Aku turut tergelak sama tetapi dalam masa yang sama, fikiranku melayang-layang memikirkan gurauan Safuan sebentar tadi. Si sombong ni gay. Takkanlah. 

xxx

Aku masuk ke dalam bilik. Gelap gelita. Aku membuka lampu. Abang Tarmizi sedang berselimut litup. Awal pula dia tidur pada malam ni. Aku menuju ke arah almari dan mencari baju yang ingin dipakai untuk tidur. 

"Cepat sikit boleh tak? Nanti tutup lampu. Aku nak tidur."

Aku terkejut dengan suara abang Tarmizi. Agak kasar sedikit. Belum pernah lagi dia menggunakan kata panggilan 'aku' bila bercakap denganku. 

Aku cepat-cepat mengambil bakul kecil yang mengandungi alat-alat mandian lalu keluar sambil tanganku kembali menutup lampu. 

xxx

Tubuhku berasa sangat segar. Aku memang suka mandi di waktu malam. Terutama sebelum tidur. Badan akan menjadi lebih segar dan tidur akan menjadi lebih lena. 

Aku menyarung baju dan membetulkan ikatan tuala. Aku keluar dari bilik mandi dan menuju ke sinki. Zain sedang mencuci muka di salah satu sinki. Dia hanya memakai boxer. Agak seksi. 

Aku cuba untuk tidak mempedulikan Zain. Selesai memberus gigi, aku terus menuju ke arah pintu. 

"Terima kasih" ucap Zain perlahan. 

"Hah?" aku kehairanan sedikit. 

"Popcorn. Thank you." mata Zain masih lagi melihat ke arah cermin. 

"Oh. Okay. Sama-sama" balasku sambil berjalan keluar menuju ke arah bilikku. Pandai pula si sombong ni mengucapkan terima kasih. 

Aku membuka pintu perlahan-lahan. Bimbang mengejutkan abang Tarmizi lagi. Tanpa membuka lampu, aku bergerak ke arah meja untuk meletakkan bakul. 

Selesai menggantung tuala aku menuju ke arah katil. Malang tidak berbau apabila aku tersepak bucu katil semasa berjalan ke arah katil. Lampu bilik dibuka. 

"Kenapa Fi" abang Tarmizi terkejut mendengar bunyi aku tersepak bucu katil agaknya. 

"Sorry. Fi tersepak bucu katil tadi" aku menggosok-gosok kakiku. Agak pedih juga. 

Abang Tarmizi duduk di sebelahku. 

"Kuat juga bunyi tadi. Sakit tak. Mari abang tengok" abang Tarmizi memeriksa kakiku.

"Biru ni. Kejap abang ambil minyak angin. Kalau biarkan boleh bengkak ni." Aku terharu dengan sikap prihatin abang Tarmizi. Sudahlah aku mengejutkan dia dari tidur.

"Maaf ya abang. Bising pula malam-malam ni." tuturku perlahan. Abang Tarmizi kembali dengan minyak angin di tangannya. 

"Boleh bangun tak? Takpa abang angkat." 

Dengan selamba abang Tarmizi mengangkat tubuhku. Aku berpaut pada leher abang Tarmizi. Abang Tarmizi meletakkan aku di atas katil perlahan-lahan lalu duduk di hujung katil. 

Abang Tarmizi menyapu minyak angin sambil mengurut-urut kakiku yang agak sakit juga. 

"Abang minta maaf ya pasal tadi. Penat sikit hari ni. Tak sengaja tinggikan suara kat Fi" jelas abang Tarmizi. 

"Eh takpa. Fi tak ambil hati pun. Fi faham abang tengah stress." aku tersenyum sambil memandang ke arah abang Tarmizi. Abang Tarmizi mengalihkan pandangannya ke arahku. Mata kami saling memandang satu sama lain. 

Abang Tarmizi menghampiri ku. Tanpa diduga, bibirnya dengan selamba mengucup bibirku. Aku kelu. Terkedu. Tergamam. Abang Tarmizi menghentikan kucupannya. 

"Sorry. Tak sengaja." Abang Tarmizi bangun dari katil dan menutup suis lampu. Bilik kembali menjadi gelap gelita. Aku masih lagi tergamam. Dari bangku sekolah lagi, aku sudah menyukai abang Tarmizi. Dan buat pertama kalinya, aku sedar yang dia mungkin juga menyukai aku. 

Aku memejamkan mata. 

To be continued

F.I

Maaf kalau novel bersiri ni masih pendek. Bukan tak nak tulis panjang-panjang tapi aku nak make sure idea aku berkembang dengan betul-betul. Lagipun aku suka tamatkan setiap bahagian novel bersiri ni dengan babak yang membuatkan korang tak sabar-sabar untuk membaca bahagian seterusnya. 

Bahagian seterusnya akan dipublish samada hari Ahad atau Isnin. Terima kasih kerana sudi membaca. 

1 ulasan: