Iklan

Khamis, 2 Oktober 2014

Ditipu

Hello!!!

Aku actually paling tak suka beli barang online. Entahlah, memang aku ni jenis paranoid sikit. Payah nak percaya kepada orang lain. But still ada juga barang yang terpaksa beli online. Contohnya perfume, baju and kasut kat Zalora then juga movie-movie gay. Tetapi sepanjang aku berurus-niaga secara online ni, tak pernah lagi kena tipu sehinggalah last week. 

Aku plan nak beli DVD cerita Charmed dari Season 1 sampai lah season last. Then aku jumpalah kat FB seorang mamat ni yang claim dia jual DVD tv series. Yang downloadlah ya. Dia jual agak murah so aku memang berminatlah. Aku pun bank-in lah duit tu dengan excited nya. Then si mamat tu pun message, dia ckp dia akan beritahu bila dia post nanti. 

Keesokan hari, still tak ada mesej dari dia. Aku pun fikir positif je lah. Mungkin dia tak sempat kot. Then another day, still no message from him. Esoknya, aku message dia tanya pasal ni. Dia ckp belum post lagi. Nanti dia post dia akan beritahu. Ayat sama jer.. 

Then seminggu lebih pun dah berlalu, still takde feedback. Aku mesej pun tak balas. Mamat ni memang mangkuk penipu.. Walaupun kerugian yang aku tanggung tu still bawah RM50, but still.. Aku sakit hati. So sekarang ni aku tak tahu apa nak buat. Ni antara option aku

A. Redha sambil menangisi nasib aku dengan tabah.
B. Report polis sambil berharap polis yang hensem akan berurusan dengan aku nanti di balai polis. 
C. Serang mangkuk hayun tu menerusi media-media sosial. 
D. Gunakan kuasa 'Charmed' yang sudah lama aku pendam ni dan hapuskan mangkuk ni. 

So, korang ada apa2 idea ke? By the way, ni semua juga salah En. Adri. Hehe. Asyik jual movie gay je.. Hehe. Nanti kau download citer Charmed ni ya, Aku beli and nanti aku paksa orang2 lain beli dengan kau jugak. Hehe. 

Okaylah. Aku dah start cuti. Nampaknya plan aku untuk bermarathon citer Charmed sepanjang musim cuti ni terpaksa dibatalkan. Sial. 

Bye

14 ulasan:

  1. Strange Love please..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru free dari UPSR. Nanti post.. Hehe

      Padam
  2. Salam abg fi.. sy tau care nk download anime free :) kebanyakan kn bayar kn? Yg ni free, abg pm sy kat fb, Choi Jin Ho, nnti sy bgtau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala Dik, Anime ni kurang minat sikitlah. kalau gay anime okaylah. Hehe

      Padam
    2. Yelah bang~ maksud saye yaoi lah :3 kat youtube kan belambak~ abg download je mobogenie app, nnti boleh download dari utube free :3 love stage 11 12 abg dapat mane?T.T

      Padam
    3. Love Stage season 1 sampai episod 10 je lah dik. Yang lepas tu kena baca manga dia lah. Download je manga dia. Yang season 1 tu rasanya Manga dari Chapter 1 sampai 15. So cari manga yang Chapter 16.

      Padam
  3. FI, aku pun pernah kene tipu ngan penjual online... kalau kau report polis pun x guna sebab polis ade banyak lagi kes2 penting nak selesaikan kalau nak dibandingkan dgn kes bwh RM50. kalau kau ade instagram (tipu lah kalau xde), kau leh search id @kamibencikakitipuonline . mereka ade banyak terima aduan tentang kaki tipu online dan mungkin mereka ade idea untuk membantu anda, insyaallah.

    BalasPadam
  4. aku sarankan kau guna option D...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenalah cari dua orang lagi, untuk lengkapkan 'The Power of Three.. Jom ar!!! Aku dah chop Paige. Hehe

      Padam
  5. Aku sangat bersetuju dengan option D tu FI.
    Ape guna jadi gadis sihir kalau tak gunakan kuasa untuk membalas dendam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okay, Kau pun kena join Rayyan!!!

      Padam